Tuesday, March 1, 2011

Sebelum Tidur..buku Dr. Juanda

Mata masih tak mengantuk. Baru balik dari Terengganu setelah melihat staf kerja di Pencawang TNB di Teluk Kalong,Singgah jumpa team lagi satu di Pencawang Masuk Utama (PMU) Pandan belakang Tesco Ampang... Arrange team Majid di Loji janaelektrik Malakoff di Lumut. Email, phone conversation, recommendation memang menjadi rutin harian yang menyebabkan aku kena berfikir seperti Intel Pentium..Kerja begini benar2 menguji tahap teknikal, management dan arrangement skill.. Praise to Allah (alhamdulillah) atas daya usaha yang lebih sedikit kerja beratur menunggu aku..
Esok di Malaysia Transformer.
Rabu di loji janaelektrik Powertek Melaka.
Khamis pasang transformer di The Curve Mutiara Damansara. ( Kalau takde kitaorg nie..The Curve tu tak ada elektrik.) Hahaha..
Jumaat bersama team dari Daihen Thailand di PMU Ulu Yam..


Malam sebelum tidur mesti baca buku.. tertarik dengan buku yang Cik Yah baru beli karangan Mufti Perlis Dr. Juanda berjudul "Suami mithali isteri sejati"

page 140:

Hidup ini adalah satu proses perjalanan yang panjang bagi menghadapi setiap masalah yang mendatang. Manusia memang dicipta untuk diuji. Itulah ketentuan Ilahi untuk makhluk ini. Semua yang ada pada diri kita adalah ujian..Harta benda, anak, isteri, kerjaya, ilmu dan pangkat, kecantikan dan pengiktirafan serta pujian, musibah dan kehancuran. Semuanya datang dan pergi sebagai satu pakej lengkap untuk menguatkan keperibadian kita...
Renung-renungkan lah.. Selamat malam