Sunday, September 13, 2009

Ramadhan semakin menipis..

I..
Ramadhan makin menipis. Hanya tinggal berbaki 7 hari. Bagaimanapun, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Di dalamnya ada malam agung yang paling istimewa; beribadat pada malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau 83 tahun, satu tempoh melebihi usia kebanyakan manusia zaman ini. Berusahalah kita mencari malam penuh keberkatan itu. Ya, masih belum terlewat ...
II..
Cik Yah dah beli baju raya anak-anak semalam di Jusco. Banyak dapat angpau kosong..Maksudnya bayar berbelanja dan membeli belah (pinjam kata Mizan)
III..
Mizan dah tunjukkan result Exam dia. Exam dijalankan sebelum cuti sekolah hari tu.. Kawan rasa Alhamdullilah syukur. Sekarang banyak bahasa Melayu standard yang beliau gunakan sebagai pertuturan harian. Harap2 jangan lah bahasa sms yang digunakan nanti. Kadang2 tergelak jugak kerana bahasa dia tak macam bahasa johor Kawan yang kekampungan.
IV.
Toy baru kawan (Lexus baru) insya-allah akan dapat pada hari isnin. kemungkinan besar bolehlah dibawa balik ke Johor. Alfonso tu Cik Lee boleh drive dengan anak2 kawan yang 3 stooges tu.
V.
Cadangan untuk menghantar Mizan menghadiri kelas Math kaedah Mokhdar pada percutian hujung tahun nie. Mungkin start November. Kem selama 8 hari. Harapan kawan apabila dia masuk darjah dua,math. arimetic. dan sifir menjadi 'Kacang'.
VI.
Umrah dan ziarah. Perancangannya penghujung tahun nie. Rakan director kawan (zam) merancang kesana. Kawan ingin mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Istanbul atau Mesir sekali kot..
Salam

Friday, September 11, 2009

Berbuka puasa di Concorde Shah Alam

Again nice number.. 09.09.2009.
Kawan berbuka puasa di Concorde Hotel Shah Alam kerana melayani rakan-rakan & customer.
Waduh-waduh, Ibu dan Bapak2, kat sini spesialnya adalah sup gear box dan kambing bakar.Beriani gam, not bad.. Oleh kerana kawan nie darah rendah, kawan pun test lah sup gear box nie. POWER jugak...Harga buffet 1 kepala dalam RM65++

Habis majlis, terus pulang ke putrajaya. Jam 4 :30 pagi kawan sudah dijalanan ke Ti-oxide di Kemaman untuk repair transformer leaking. Tup-tup Siap jam 10mlm dan terus memecut ke KL semula kerana perlu menghadiri meeting di Malaysia Steel. Setiap perhentian lelapkan mata. Tak tahan.Hampir 20 jam tak tido..Sampai putrajaya kul 3pg. Waduh 1 hari terasa semakin cepat berlalu..Apa jadi dengan toy baru kawan?

Friday, September 4, 2009

Nice Number - Ninth for Nine, Negeri state assemblyman dies

Coincidence.. Ninth by election will be held in Negeri Sembilan.

Barisan Nasional’s (BN) Bagan Pinang state assemblyman Azman Mohd. Noor has just passed away in Seremban, according to BN sources.

His death will trigger the ninth by-election since Election 2008. All but one of the previous eight, the most recent of which was in Permatang Pasir, were taken by the Pakatan Rakyat coalition. BN secured its solitary win in Batang Ai in Sarawak, and conceded the Penanti seat without contest.

So, Check it out who going to win this war of words and promises.

Thursday, September 3, 2009

My new toy..


Yess.. hari ni kawan dah sign Hire Purchase agreement untuk toy baru kawan.Tambah hutang kat CIMB Kg Baru. Inilah kali pertama kawan sign kat dalam bank untuk buat loan. Selalunya Banker yang datang office kawan. Sebab tu lah kawan tak tau dengan branch mana kawan pinjam duit.Semua banker yang uruskan..Susahnya bila nak trade in baru tercari-cari branch tu kat mana. Housing loan dan car loan kawan dgn Hong Leong dan Public Bank.. Dia org je yang aggresive dan tawarkan interest yang menarik. Bank lain slow sikit kot.
Tapi kes nie berbeza. CIMB tu depan kedai jual kereta aje...Dekat2 dgn Naza Kg Baru.
Kalau takde aral melintang dapatlah kereta ni untuk raya walaupun tak bawa balik kampung. Semua naik Alfonso.. Kepada staf kawan, kawan ucapkan terima kasih kepada kalian semua. Ada bahagian di kereta ni milik anda diatas usaha dan kerja keras anda selama ini. Terima kasih kepada kamu semua, kerana hang, boss hang ni dapat kereta baru..Don't worry kereta ni boleh dibawa gi sampling transformer, tapi dengan syarat Triton tu ada orang lain guna..

Wednesday, September 2, 2009

Fasa kedua Ramadhan

Kepada yang terlupa. Mai sini kita ingat mengingati- start semalam kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan iaitu 10 yang pertengahan. Fasa pertama adalah rahmat telah berlalu. Fasa kedua Maghrifah (keampunan) -kita lalui sekarang dan Ketiga adalah pembebasan dari Api Neraka.
Kejarlah maghrifah/keampunan ini sebelum ia berlalu.
Ramadhan akan datang belum tentu kita bertemu lagi. Kuatkan azam tambahkan keimanan..
Salam dari Hj.Rashid...