Friday, July 24, 2009

Dhuha...jangan dilupa waktu yang indah ini.


Terima kasih Cik Lah..
Semasa sembang santai bersama Hj. Lah di Starbuck Alamanda, kami tak terlepas pandang untuk berbincang tentang punca rezeki dan dilemma yang kawan hadapi sebagai seorang "businessman"/contractor elektrik.. banyak juga punca rezeki yang perlu dijaga dan dibahagikan.

Sentuhan bicara Cik Lah tentang doa selepas solat sunat dhuha memberikan kesan kepada kawan - sesungguhnya Ya Rahman,ya Rahim ini sentiasa memberi nikmat kepada kawan. Janganlah hendaknya kawan ini disisihkan dari nikmatNya.

Doa selepas solat sunat dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Terima kasih kerana sudi datang..


Cik Lah (Hj.Abdullah) Hj.Din dan Hjh Izan bertandang kerumah kawan pada 20hb hingga ke 22hb. Hj. Lah terbang semula ke Kota Bharu pada malam 21hb.
Kedatangan Hj.Lah adalah atas urusan perbicaraan di Mahkamah Rayuan. Hj.Din menyusul setelah mengetahui beliau ada di Putrajaya.
Kesudian mereka bertiga bertandang kerumah amat kawan hargai. Inilah berkat dari haji pada penghujung 2007. Sampai sekarang kami masih berkawan baik.

Oleh kerana rakan-rakan kami nie terdiri daripada pelbagai latar belakang, sebelah petang sebelum kedatangan Hj. Din, Hj.Lah dan kawan bersama rakan beliau En. Roslan Jailani -seorang Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan di MITI berdiskusi berkenaan tesis PhD beliau berkaitan Ulama Nusantara-Syeikh Nuruddin ar-Raniri - seorang ulama Fikah terkenal di Acheh selepas Hamzah Fansuri. Menceritakan masa lapang yang beliau habiskan semasa cuti PhD selama 3 tahun ni, dengan berbincang, berusrah dan diskusi bersama teman lain - membuatkan kawan tertanya dalam hati, alangkah baiknya kalau masa lapang aku pun dihabiskan seperti dia.


Tapi apakan daya masa lapang kami yang lain dipenuhi dengan sembang santai di Starbuck Alamanda, Kelab Tasik dan Taman Pertanian.

Kawan sangat teringin ke KB tapi apakan daya masa yang terluang masih tiada.Kalau ada rayuan di Mahkamah Persekutuan jangan lupa singgah2lah kesini.
Kirim salam pada Cik Ani tu... Ha...hha

Thursday, July 9, 2009

Dari Utusan : Hantar terus aduan KDN kepada menteri

09/07/2009 6:28pm


KUALA LUMPUR 9 Julai — Orang ramai kini boleh menghantar sebarang aduan berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus kepada menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui portal berita iKDn di alamat www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, untuk membuat aduan, orang ramai perlu klik kepada imej atau alamat ikdn@moha.gov.my

Kawan confirm menteri ni takde masa nak tengok email ke apa ke.. ingat apa dah jadi dengan no hotline dan sms kat belakang bas.. takdenya ada tindakan.Ini auta dia aje..

Berita Gumbira.. PPMSI dimansuhkan

Tak sia-sia semua Sasterawan Negara membantah. Paling vokal Pak Samad Janggut.Kawan secara umumnya bersetuju dengan pemansuhan ini. Pada kawan math dan sains bukanlah cara terbaik untuk diajar dalam bahasa yang ramai kanak2 tak faham- termasuklah anak kawan. Habis masa budak2 aje. Kawan confirm cikgu math kat negara pun bukan pandai sangat speaking. Biasalah orang kita/melayu takut cakap kerana takut salah...
Cara terbaik adalah betulkan pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri.Kawan pun dulu taklah pandai. Tapi sekarang bolehlah ada slang mat salleh dari UK (ulu klang) kalau cakap...boleh lah lepas gi europe tanpa masalah..
Ramai yang mempertahankan PPMSI ni dulu dengan mengambil contoh di Philippine. Mungkin kerana Filipino ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Pada kawan, Philippine bukan contoh terbaik-kerana berdasar pergaulan dengan rakan-rakan dari sana ramai yang cakap inggeris asal cakap..kita boleh nampak lintang pukang bahasanya kenalah Pak Menteri kita ni study balik kenapa warga German yang dulu agak malu sekarang ni semakin ok samada dari segi tulisan atau percakapan inggerisnya.

This is why I vote for him as my Bkt Antarabangsa Adun


Thanks Bro.. keep up your good work..Be Vocal on wrong policy and defend people right..
From Malaysian Insider
Appearing to don an opposition mindset, PKR’s Azmin Ali broke party ranks and attacked the policies of his own Pakatan Rakyat (PR) state administration today and called for a reshuffle of Tan Sri Khalid Ibrahim’s executive council.
The Bukit Antarabangsa lawmaker said the members of the state executive council were “getting too big for their boots” and were refusing to listen to others.
The PR backbencher chief and PKR party whip today did a better job at pointing out the shortcomings of the state government in the legislative assembly than the 20 Barisan National (BN) opposition members combined during a supplementary budget debate.
The disgruntled state lawmaker said he had been receiving a lot of complaints from the business community on excessive delays in approvals and this was stifling the economy of the state.

Sunday, July 5, 2009

June- Bulan makan seafood



Dalam Bulan June nie lebih dari 10 kali kawan ke Seafood Restaurant, baik di Putrajaya, Lumut, Manjong, JB dan KL.
Sekali makan biasalah..tak kurang dari 100..Ada orang belanja ada kita belanja.
Tanggal 28.June kesempatan yang ada Cik Yah dan Kawan ke Tupai-tupai dekat Bukit Petaling.Kakak Cik Yah yang tinggal diBintulu ada meeting di KL. Restaurant ni berkongsi kawasan dengan rumah Persatuan Wartawan Melayu.Depan DBP.
Specility steambot seafood..
Dengan tagline “Suasana Rimba di Kuala Lumpur”, memang bertepatan dengan konsep restorannya. Berada di restoran ini, terasa seperti menikmati makanan di kampung. Keseluruhan tempat makan diperbuat daripada kayu dan beratap genting. Di pintu masuk anda akan disambut oleh bunyi-bunyi burung yang mendamaikan. Kalau anda perasan, kat pintu masuk ni juga ada terdapat patung-patung tupai yang comel. Oh, parking kat sini pun FREE. So, tak perlu risau pasal bayaran parking, Bleh concentrate makan.