Friday, July 24, 2009

Dhuha...jangan dilupa waktu yang indah ini.


Terima kasih Cik Lah..
Semasa sembang santai bersama Hj. Lah di Starbuck Alamanda, kami tak terlepas pandang untuk berbincang tentang punca rezeki dan dilemma yang kawan hadapi sebagai seorang "businessman"/contractor elektrik.. banyak juga punca rezeki yang perlu dijaga dan dibahagikan.

Sentuhan bicara Cik Lah tentang doa selepas solat sunat dhuha memberikan kesan kepada kawan - sesungguhnya Ya Rahman,ya Rahim ini sentiasa memberi nikmat kepada kawan. Janganlah hendaknya kawan ini disisihkan dari nikmatNya.

Doa selepas solat sunat dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

No comments:

Post a Comment