Saturday, July 30, 2011

Bersih 2.0- meraikan pilihan di Jalan Raya

9 July 2011
Hahahaha... raya datang lagi.tapi bukan pilihanraya atau hari raya.. ini adalah pilihan di jalan raya.. kali ini aku membawa seorang rakan yang bersemangat waja dan memang semangat pun orang nya (Hj.Din aka towkey pengantin kota tinggi) untuk menghadiri perayaan meraikan demokrasi di ibu kota. BERSIH 2.0.
Mula-mulanya dia takut kena tangkap, Hajjah Izan pun suspen aje dengan aku. Aku buat muka toye dan donno aje lah..nak gi ke, tak nak gi ke,tak ape.. biar aku yang pegi. Akhirnya, Hj Din pun ikut aku. kami saje meramaikan majlis dan memenuhi undangan. Kalau tak gi berdose pulak..dah dijemput oleh Pucuk Pimpinan PAS dan Ambiga.
Aku heran kenapa banyak puak-puak tak suka minah Hindu nie. Adakah hanya kerana dia basuh kencing atau berak tak guna air tapi guna tisu, menjadikan isu besar kepada kita. Atau mungkin kerana Lina Joy yang murtad. Kalau itu menjadi isu mana perginya barisan peguam-peguam Muslim yang handal mandal tu. Fight lah sehingga berpeluh ketiak dan berkeringat muka.. Barulah dapat rezeki halal dengan berhujah mempertahankan Haq. Ini tak..Auta aje lebih. Gi mahkamah gigil.
Pada aku, tuntutan Bersih ini wajar dipenuhi tanpa ada syak dan wasangka dari golongan mana-mana pihak. Ini adalah untuk kebaikan bersama di masa depan bilamana kita menuju negara maju. Rakyat menjadi semakin matang dan hidup tanpa sempadan.. borderless
maklumat di hujung jari.Susah nak kencing mereka.
Tuntutan BERSIH
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


Mudah apa.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Nak seribu daya taknak seribu dalih

Unggun Bersih - A.Samad Said

27hb June 2011
Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
Lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Dari: samadsaid.wordpress.com
A. Samad Said adalah Sasterawan Negara Malaysia.

Mati itu pasti..hidup Insya Allah

Bulan 6 dan 7 aku dapat demam yang baru. Ramlee Awang Murshid terus memberi aku demam yang sampai sekarang pun tak kebah-kebah.
Mungkin bulan puasa yang akan datang akan ku isi dengan beberapa novel karangan beliau lagi.
Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari menjadi teman mengisi masa lapang dan telah habis ku hadam.
Ini ditambah dengan Hatiku di Harajuku dan Rayyan Fantasi.
Meminjam kata Laksamana Sunan aka Syaifuddin "Mati itu pasti hidup insya allah","sebagai manusia aku sayang padamu" dan "Lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum".
Yang syoknya kata nie menjadi gurauan antara aku dan cik yah..Ia ditambah dengan watak-watak jahat seperti Nyi Burga Kerala yang suka mencakar dan merobekkan jantung dan dada dan keris Nanggroe yang tajam menghunus..



"Apabila hujan turun
Melimpahlah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk
Tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas melangkah ke hujung
Awan, andai dapat dicapai..maka saktilah hamba.." - Bagaikan Puteri
*****


"Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan
sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian
Sebagai manusia..aku sayang kepadamu.." - Cinta Sang Ratu
*****

"...ia isyarat dari langit yang turun ke hati kemudian sampai ke fikiran. Akal manusia itulah yang membezakan kebaikan dan kebatilan..semua ini adalah peralihan yang dipanggil Ashabul Kahfi..SubhanALLAH..!!" - Hijab Sang Pencinta

Berjumaat di Pergunungan Garut Indonesia

17hb. June 2011
Tanggal 15 June -Sampai sahaja dari Colombo aku terus bergegas ke office. Beberapa perkara perlu aku bereskan seperti menyusun barang, melihat beberapa invoice,quotation, report dan mengambil tiket penerbangan ke jakarta untuk keesokkan harinya.
16hb June 2011

" Bapak ada dimana?" tanya rakan aku di penghujung talian,setelah aku keluar dari balai ketibaan di Bandara Sukarno Hatta Jakarta.
"Ya, Bapak jalan trus sahaja, saya ada didepan KFC ini" terangku sambil melambaikan tangan kearah teman ku di Jakarta ini.
"O ya..ayuh" dan kemudian talian terus terputus.

Perjalanan dari Bandara (Bandar Udara -aka airport) ke Garut mengambil masa sekitar 4 jam. Ia lebih pantas kerana dengan adanya lebuh raya (jalan tol Cipularang -singkatan nama CIkampek PUrwakarta dan padaLARANG) perjalanan kami menjadi semakin pendek. Jika tidak mahunya mengambil masa sekitar 7 jam dengan melalui daerah pergunungan di Puncak dan Bandung.

Sampai di penginapan kami diatas pergunungan Garut aku melelapkan mata dengan tubuh yang kesejukan menggigil. Disini suhunya begitu dingin dan dimalam hari suhunya boleh mencecah sekitar 10C. Tetapi yang bagusnya airnya adalah air yang hangat.. Hasil panas bumi (geothermal)..bolehlah mandi manda.

Disini aku menjalankan service untuk Power Plant yang membangkitkan tenaga elektrik hasil bantuan dari geothermal tersebut..(tak payahlah aku ulas panjang, nanti anda confuse). Maha suci Allah disebalik gunung-gunung berapi ini ada hikmahnya juga..

17hb June.2011

Awal pagi aku sudah bersiap untuk pergi kerja. Jarak dari hotel penginapan ke tempat kerja tidaklah begitu jauh. Oleh kerana hari ini Jumaat, dan mussola hanya sekitar 10 meter dari tempat kerja, aku pun mendatangi walaupun aku adalah musaffir dijalanan. Intipati khutbah lebih menjurus kepada Isra dan mikraj. perjalanan Rasulullah s.a.w. melintasi masa, adalah antara hari yang mana baginda menintiskan airmatanya dan dimana solat 5 waktu ini difardukan kepada kita.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’: 1)

Selamat tinggal Sri Lanka

15 June 2011,
Jam menunjukkan 4 pagi waktu Sri Lanka. Aku segera mengejutkan anak-anak kerana hari ini kami akan pulang ke tanah air.
Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam ke lapangan Terbang Colombo. Sebenarnya sudah 3 hari anak-anak aku tidak bersekolah.
Di airport kami bertemu dengan seorang Project Engineer warga Malaysia yang bekerja di sini. Beliau mewakili syarikat kepunyaan seorang Dato (kawan Khir Toyo) yang mempunyai projek kejuruteraan elektrik di sini.
" jarang aku tengok orang datang Sri Lanka untuk bercuti" katanya.
"iyee ke?" tanya ku berbasa basi..
"kat embassy pun tak banyak sangat orang" katanya yang sering berulang-alik dari untuk melaporkan diri di kedutaan kerana beliau adalah pekerja kontrak disini.
Perbualan kami dilanjutkan kepada barang-barang permata, sistem elektrik dan arah tuju syarikat beliau.
Pada aku, Sri Lanka adalah negara dunia ketiga ini amat menarik untuk dikunjungi. Aku ingin mengajar anak-anak aku bahawa ada lagi negara yang lebih susah dari Malaysia dan mereka perlu belajar dari kesusahan.

Di kejar Ular ke Wadduwa

14. June.2011


Selepas sarapan pagi di hotel penginapan kami di Nuwara Eliya, kami meneruskan perjalanan ke tempat peranginan pesisir pantai di Wadduwa yang terletak di Selatan Colombo.
Tempat ini terkenal kepada pelancong Eropah dan Russia yang bercuti untuk mengelapkan kulit mereka.

Perjalanan dari Nuwara Eliya ke Wadduwa ini mengambil masa selama kira-kira 6 jam.

Dalam perjalanan turun dari Nuwara Elliya, kami singgah di kilang pemprosesan teh dan membeli beberapa paket teh Sri Lanka sebagai hadiah kepada jiran yang mengetahui kunjungan kami ke negara ini. Kebanyakkan teh ini di eksport ke England.

Perjalanan di teruskan dan kami singgah di sebuah ladang Herba.

Waktu makan tengahari, kami singgah di sebuah restoran yang kelihatan kemas. Jika di Malaysia ketegori restoran ini adalah gred A. Bukan apa takut anak-anak tak selesa dan takut kena keracunan makanan.

Selepas makan dan apabila ingin masuk ke Van, Mizan dan Mukhriz menjerit " ular..ular" sambil berlari ke arah aku yang blurrr.

Aku ingatkan mereka main-main, dan ternampak ular yang datang entah dari mana. Aku buat tak kisah sahaja.

Selang dua jam perjalanan setelah melalui jalan kampung dan pekan, hujan dan ribut, Mikhael melalui ibunya meminta Ramesh berhenti kerana ingin kencing. Seperti biasa, Mikhael nie makan kurang tapi minumnya yang lebih sebab tu selalu kena berhenti kencing.Ramesh pun memberhentikan van beliau di tepi jalan, betul-betul macam orang Sri Lanka lah kami nie, kencing merata..

" Ha Mikhael turun, gi kencing- sambil tangankumembuka pintu van".

" Sapa lagi nak kencing turun sekali, senang nanti" kataku lebih ditujukan kepada Mizan dan Mukhriz, olehkerana terpaksa, mereka berdua pun turunlah sekali.

Tiba-tiba seekor ular sepanjang 1 meter keluar dari celah-celah bahagian belakang van. Ular yang berwarna hijau ini sangat menakutkan,ku kira bukanlah ular senduk (cobra) yang berbisa, tapi lebih baik lari dari kena patuk. Betul tak?.

Aku yang terlihat ular itu segera menjerit.. "ular..ular"..sebenarnya aku nie memang penakut pun dengan ular dan bertambah geli bila memegangnya.

Lantas baju anak-anak aku aku jerut dari belakang dan segera aku bawak naik kedalam van semula. Mungkin Mikhael belum habis kencing dah kena angkat dengan aku.Mereka berlumba-lumba memijak tangga van.

Dalam keadaan, tergopoh- gapah aku segera menutup pintu van dan menyuruh Ramesh segera jalan. kemudian kami ketawa apabila van terus memecut laju.

Kami sampai dihotel apabila senja menjelang. kali ini, selipar Muadz pula hilang - kemungkinan ketika suasana panik itu seliparnya tercampak keluar..Tak berselipar lah anak ku ini.

Kami bermalam di Villa Ocean View Wadduwa sebelum pulang ke tanah air keesokkan harinya.

Rupanya...macam-macam ada di sini..bukan hanya di Astro aje.




Sunday, June 19, 2011

Muadz nak adik..

13 June 2011 makan malam..
Cuaca diluar sungguh dingin sekali. Aku rasakan suhu adalah dibawah 12 darjah Celcius. Hanya kami sekeluarga yang menikmati makan malam di hotel Galway Forest Lodge.
Ku kira pelayan dicampur dengan tukang masak mungkin lebih ramai dari kami sekeluarga.
Petang tadi setelah kepala aku kembali normal, kami bersiar-siar di sekitar hotel kemudian anak-anak berkuda di pinggir Nuwara Eliya dan seterusnya membeli barang harian di kota.
Sambil mengunggu makanan dihidang, aku bertanya kepada 4 orang anak aku - siapa nak adik lagi?. Jawapan mengejutkan.. Semua nak adik.. hehehehe.
Mulanya Mizan tak mahu adik kerana kononnya dia yang penat menjaga adik. Tapi jawapan itu dibantah oleh aku dengan membuktikan bahawa dia sering bermain, hanya bibik dan ibu yang sering menjaga Muadz dan adiknya yang lain. Mizan akhirnya terpaksa bersetuju. Kemudian menukar syarat bahawa jika adik lagi dapatkanlah perempuan...Aku katakan itu adalah kuasa Yang Esa Sang Pencipta. Akhirnya Mizan pasrah.
Oleh kerana abang sudah setuju, Mukhriz dan Mikhael jua terpaksa bersetuju daripada terpaksa bersoal jawab dengan aku. Tapi yang kelakar dan bestnya Cik Yah cuba mempengaruhi anak kecilnya Muadz supaya tidak payah beradik lagi.
" Muadz nak adik tak?" Tanya Ibunya.
Sudah pasti budak sekecil Muadz biasanya akan mengambil kata belakang. "tak".
Tapi Muadz berkata "nak"
"Kan susah ada baby macam makcik siti' Cik Yah menambah.
"Baby..Muadz nak baby" kata Muadz menyebabkan kami semua tergelak.
"Issssh.. susah ada baby" Cik Yah berkata.
"Tak, Muadz nak baby" Muadz mula menjerit. kami semua ketawa melihat telatah dua beranak ini.
Camna Cik Yah.. bersedia?.

Saturday, June 18, 2011

Mabuk darat ke Nuwara Eliya

13 June 2011
"Tu lah baca banyak sangat" Suara Mikhael sayup-sayup masuk ke telinga aku. Itu adalah sangkaan anak ketiga aku apabila aku muntah di pinggir parit besar.
Ketika itu aku masih berteleku dan mengeluarkan sisa sarapan yang aku makan di hotel dan aiskrim yang aku beli di Royal Peradeniya Botanical Gardens. Terasa dunia ini berputar. kepalaku cukup senoneng. Anak aku pula semberono mengeluarkan teori muntah menyebabkan aku tersengih seperti kerang busuk.
Mana tak muntah, jalan menuju ke Nuwara Eliya ini bengkang bengkok macam ular dipalu. Mulanya keadaan boleh dikawal, tapi apabila pemandu kami Ramesh mula membuka tingkap untuk menikmati cuaca sejuk di perjalanan menuju ke Nuwara Eliya tekak aku menjadi semakin tak sedap. Asap diesel dari kenderaan di depan cukup menusuk ke hidung. Tekak menjadi semakin loya. Jadi tak salahlah kalau aku mengeluarkan isi perut aku ke dalam parit. Anak dan isteri selamat sebab awal-awal lagi dah ambil pot masing masing dan mula tidur apabila jalan mula berkoner-koner.


Aku yang duduk dibarisan kedua van ditemani oleh Muadz dan Mizan yang mahu tidur berbaring. Hajat dihati kononnya ingin menghabiskan novel ringan Rindu Yusof Cinta Zulaikha karangan Siti Rozillah tidak kesampaian. Memang benar sebelum tidur Mikhael tahu aku sedang membaca, jadi tak salahlah kalau teori muntah itu terpancul dari mulutnya.
"Papa muntah, anak Ok- ini kali pertama saya bawa kenderaan, orang tua yang muntah" kata pemandu yang beragama Kristian Katolik itu kepada aku. Aku tersenyum dan mendiamkan diri sambil memejamkan mata dengan harapan agar kami sampai segera ke hotel di Galway Forest Lodge.
3 jam sebelum itu.
Selepas check out dari hotel kami menikmati suasana pagi di Peradeniya Botanical Gardens kira-kira setengah jam dari hotel penginapan kami. Taman Botani ini dijadikan sebagai tempat pengambaran pengantin. Mungkin kerana bunga-bunga dan tumbuhan yang sangat besar dan cantik boleh menjadi fokus lensa jurufoto seperti Saiful Nang ataupun anak murid beliau Hj. Din Kota Tinggi :).

Aduhhh..Ya pun geleng, Tidak pun geleng..

12. June 2011
Aku tidak membawa multiple plug untuk mengecas handphone dan bateri kamera dari Malaysia. Sangkaan aku Sri Lanka adalah negara jajahan British,jadinya plug 3 pinnya juga sama sepeti kita di Malaysia. Sangkaan aku meleset - memang betul plugnya 3 pin tapi bentuknya adalah bulat. Kita bersegi empat.Hasilnya tak bisa dicucukkan plug tersebut ke soket.
"Encik boleh tak saya pinjam plug dari hotel ini" Kata aku kepada seorang Guest Relation Officer di Hotel pengginapan kami -Serene View Hotel Kandy
"Ok, pukul 4 petang kami hantar ke bilik tuan" kata beliau sambil menggelengkan kepala.
"Boleh tak" tanyaku lagi
"Ok, 4 petang" katanya lagi dengan mengggelengkan kepala lagi..
Aku menjadi keliru dan akhirnya aku tersenyum sendirian
"Ok ya" kataku sambil tersenyum memandang wajah beliau yang juga keliru . Rupanya disini sama macam orang-orang India yang susah mahu menggangguk. Mereka tidak menggangguk. Geleng yang sekali kekiri sahaja itu tandanya boleh.Pembaca boleh perhatikan macam filem Hindustan yang menggelengkan kepala dari kanan ke kiri dan berkata"Challo". Kalau geleng kanan kiri,kanan kiri, itu tandanya tidak boleh.. Tidak ada istilah kepala keatas dan kebawah disini.- bahasa tubuh dan tanda setuju untuk semua warga dunia.
Satu pelajaran bahasa badan yang baru untuk aku di sini. Geleng sekali maksudnya OK, geleng banyak kali Tak OK.

Pertunjukan kebudayaan di Kandy.. Seronok jugak

"Kandy tak sejuk dan tak panas" kata Ramesh kepadaku. Aku hanya tersenyum, sambil berkata dan memandang kepada cik Yah "kita tengok nanti".
Ternyata suhu tak sejuk dan tak panas hanya sesuai untuk warga Sri Lanka, untuk tubuh aku yang berdarah merah dan mamalia dari Malaysia ini, suhu ini kira panas jugak. Kami masih perlukan aircond dan kipas.
Petang ini kami menikmati pertunjukkan tarian kebudayaan warga Sri Lanka dan masyarakat Kandy khususnya. Tarian yang kelihat seperti tarian Bollywood ini mengujakan anak-anak aku. Aku menjadi juru terjemahan kepada mereka tentang maksud tarian dan gerakan bahasa tubuh berdasarkan pamplet yang diedarkan sebelum kami masuk ke dewan persembahan. Di akhir tarian mereka mempersembahkan ritual keagamaan termasuklah berjalan diatas bara dan mengeluarkan api dari mulut.
Alaaah,aku teringat Noraniza Idris pun pernah keluarkan api dari mulutnya sewaktu Augerah Juara Lagu beberapa tahun lalu. Tapi mungkin Noraniza terlupa untuk berjalan diatas bara. Kalau beliau boleh jalan diatas bara waktu AJL itu, mungkin kini beliau sudah bergelar MAHAGURU dengan mengajar teknik tersebut tanpa sebarang ritual keagamaan di Kandy.