Saturday, July 30, 2011

Selamat tinggal Sri Lanka

15 June 2011,
Jam menunjukkan 4 pagi waktu Sri Lanka. Aku segera mengejutkan anak-anak kerana hari ini kami akan pulang ke tanah air.
Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam ke lapangan Terbang Colombo. Sebenarnya sudah 3 hari anak-anak aku tidak bersekolah.
Di airport kami bertemu dengan seorang Project Engineer warga Malaysia yang bekerja di sini. Beliau mewakili syarikat kepunyaan seorang Dato (kawan Khir Toyo) yang mempunyai projek kejuruteraan elektrik di sini.
" jarang aku tengok orang datang Sri Lanka untuk bercuti" katanya.
"iyee ke?" tanya ku berbasa basi..
"kat embassy pun tak banyak sangat orang" katanya yang sering berulang-alik dari untuk melaporkan diri di kedutaan kerana beliau adalah pekerja kontrak disini.
Perbualan kami dilanjutkan kepada barang-barang permata, sistem elektrik dan arah tuju syarikat beliau.
Pada aku, Sri Lanka adalah negara dunia ketiga ini amat menarik untuk dikunjungi. Aku ingin mengajar anak-anak aku bahawa ada lagi negara yang lebih susah dari Malaysia dan mereka perlu belajar dari kesusahan.

No comments:

Post a Comment