Saturday, July 30, 2011

Bersih 2.0- meraikan pilihan di Jalan Raya

9 July 2011
Hahahaha... raya datang lagi.tapi bukan pilihanraya atau hari raya.. ini adalah pilihan di jalan raya.. kali ini aku membawa seorang rakan yang bersemangat waja dan memang semangat pun orang nya (Hj.Din aka towkey pengantin kota tinggi) untuk menghadiri perayaan meraikan demokrasi di ibu kota. BERSIH 2.0.
Mula-mulanya dia takut kena tangkap, Hajjah Izan pun suspen aje dengan aku. Aku buat muka toye dan donno aje lah..nak gi ke, tak nak gi ke,tak ape.. biar aku yang pegi. Akhirnya, Hj Din pun ikut aku. kami saje meramaikan majlis dan memenuhi undangan. Kalau tak gi berdose pulak..dah dijemput oleh Pucuk Pimpinan PAS dan Ambiga.
Aku heran kenapa banyak puak-puak tak suka minah Hindu nie. Adakah hanya kerana dia basuh kencing atau berak tak guna air tapi guna tisu, menjadikan isu besar kepada kita. Atau mungkin kerana Lina Joy yang murtad. Kalau itu menjadi isu mana perginya barisan peguam-peguam Muslim yang handal mandal tu. Fight lah sehingga berpeluh ketiak dan berkeringat muka.. Barulah dapat rezeki halal dengan berhujah mempertahankan Haq. Ini tak..Auta aje lebih. Gi mahkamah gigil.
Pada aku, tuntutan Bersih ini wajar dipenuhi tanpa ada syak dan wasangka dari golongan mana-mana pihak. Ini adalah untuk kebaikan bersama di masa depan bilamana kita menuju negara maju. Rakyat menjadi semakin matang dan hidup tanpa sempadan.. borderless
maklumat di hujung jari.Susah nak kencing mereka.
Tuntutan BERSIH
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


Mudah apa.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Nak seribu daya taknak seribu dalih

Unggun Bersih - A.Samad Said

27hb June 2011
Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
Lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Dari: samadsaid.wordpress.com
A. Samad Said adalah Sasterawan Negara Malaysia.

Mati itu pasti..hidup Insya Allah

Bulan 6 dan 7 aku dapat demam yang baru. Ramlee Awang Murshid terus memberi aku demam yang sampai sekarang pun tak kebah-kebah.
Mungkin bulan puasa yang akan datang akan ku isi dengan beberapa novel karangan beliau lagi.
Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari menjadi teman mengisi masa lapang dan telah habis ku hadam.
Ini ditambah dengan Hatiku di Harajuku dan Rayyan Fantasi.
Meminjam kata Laksamana Sunan aka Syaifuddin "Mati itu pasti hidup insya allah","sebagai manusia aku sayang padamu" dan "Lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum".
Yang syoknya kata nie menjadi gurauan antara aku dan cik yah..Ia ditambah dengan watak-watak jahat seperti Nyi Burga Kerala yang suka mencakar dan merobekkan jantung dan dada dan keris Nanggroe yang tajam menghunus..



"Apabila hujan turun
Melimpahlah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk
Tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas melangkah ke hujung
Awan, andai dapat dicapai..maka saktilah hamba.." - Bagaikan Puteri
*****


"Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan
sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian
Sebagai manusia..aku sayang kepadamu.." - Cinta Sang Ratu
*****

"...ia isyarat dari langit yang turun ke hati kemudian sampai ke fikiran. Akal manusia itulah yang membezakan kebaikan dan kebatilan..semua ini adalah peralihan yang dipanggil Ashabul Kahfi..SubhanALLAH..!!" - Hijab Sang Pencinta

Berjumaat di Pergunungan Garut Indonesia

17hb. June 2011
Tanggal 15 June -Sampai sahaja dari Colombo aku terus bergegas ke office. Beberapa perkara perlu aku bereskan seperti menyusun barang, melihat beberapa invoice,quotation, report dan mengambil tiket penerbangan ke jakarta untuk keesokkan harinya.
16hb June 2011

" Bapak ada dimana?" tanya rakan aku di penghujung talian,setelah aku keluar dari balai ketibaan di Bandara Sukarno Hatta Jakarta.
"Ya, Bapak jalan trus sahaja, saya ada didepan KFC ini" terangku sambil melambaikan tangan kearah teman ku di Jakarta ini.
"O ya..ayuh" dan kemudian talian terus terputus.

Perjalanan dari Bandara (Bandar Udara -aka airport) ke Garut mengambil masa sekitar 4 jam. Ia lebih pantas kerana dengan adanya lebuh raya (jalan tol Cipularang -singkatan nama CIkampek PUrwakarta dan padaLARANG) perjalanan kami menjadi semakin pendek. Jika tidak mahunya mengambil masa sekitar 7 jam dengan melalui daerah pergunungan di Puncak dan Bandung.

Sampai di penginapan kami diatas pergunungan Garut aku melelapkan mata dengan tubuh yang kesejukan menggigil. Disini suhunya begitu dingin dan dimalam hari suhunya boleh mencecah sekitar 10C. Tetapi yang bagusnya airnya adalah air yang hangat.. Hasil panas bumi (geothermal)..bolehlah mandi manda.

Disini aku menjalankan service untuk Power Plant yang membangkitkan tenaga elektrik hasil bantuan dari geothermal tersebut..(tak payahlah aku ulas panjang, nanti anda confuse). Maha suci Allah disebalik gunung-gunung berapi ini ada hikmahnya juga..

17hb June.2011

Awal pagi aku sudah bersiap untuk pergi kerja. Jarak dari hotel penginapan ke tempat kerja tidaklah begitu jauh. Oleh kerana hari ini Jumaat, dan mussola hanya sekitar 10 meter dari tempat kerja, aku pun mendatangi walaupun aku adalah musaffir dijalanan. Intipati khutbah lebih menjurus kepada Isra dan mikraj. perjalanan Rasulullah s.a.w. melintasi masa, adalah antara hari yang mana baginda menintiskan airmatanya dan dimana solat 5 waktu ini difardukan kepada kita.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’: 1)

Selamat tinggal Sri Lanka

15 June 2011,
Jam menunjukkan 4 pagi waktu Sri Lanka. Aku segera mengejutkan anak-anak kerana hari ini kami akan pulang ke tanah air.
Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam ke lapangan Terbang Colombo. Sebenarnya sudah 3 hari anak-anak aku tidak bersekolah.
Di airport kami bertemu dengan seorang Project Engineer warga Malaysia yang bekerja di sini. Beliau mewakili syarikat kepunyaan seorang Dato (kawan Khir Toyo) yang mempunyai projek kejuruteraan elektrik di sini.
" jarang aku tengok orang datang Sri Lanka untuk bercuti" katanya.
"iyee ke?" tanya ku berbasa basi..
"kat embassy pun tak banyak sangat orang" katanya yang sering berulang-alik dari untuk melaporkan diri di kedutaan kerana beliau adalah pekerja kontrak disini.
Perbualan kami dilanjutkan kepada barang-barang permata, sistem elektrik dan arah tuju syarikat beliau.
Pada aku, Sri Lanka adalah negara dunia ketiga ini amat menarik untuk dikunjungi. Aku ingin mengajar anak-anak aku bahawa ada lagi negara yang lebih susah dari Malaysia dan mereka perlu belajar dari kesusahan.

Di kejar Ular ke Wadduwa

14. June.2011


Selepas sarapan pagi di hotel penginapan kami di Nuwara Eliya, kami meneruskan perjalanan ke tempat peranginan pesisir pantai di Wadduwa yang terletak di Selatan Colombo.
Tempat ini terkenal kepada pelancong Eropah dan Russia yang bercuti untuk mengelapkan kulit mereka.

Perjalanan dari Nuwara Eliya ke Wadduwa ini mengambil masa selama kira-kira 6 jam.

Dalam perjalanan turun dari Nuwara Elliya, kami singgah di kilang pemprosesan teh dan membeli beberapa paket teh Sri Lanka sebagai hadiah kepada jiran yang mengetahui kunjungan kami ke negara ini. Kebanyakkan teh ini di eksport ke England.

Perjalanan di teruskan dan kami singgah di sebuah ladang Herba.

Waktu makan tengahari, kami singgah di sebuah restoran yang kelihatan kemas. Jika di Malaysia ketegori restoran ini adalah gred A. Bukan apa takut anak-anak tak selesa dan takut kena keracunan makanan.

Selepas makan dan apabila ingin masuk ke Van, Mizan dan Mukhriz menjerit " ular..ular" sambil berlari ke arah aku yang blurrr.

Aku ingatkan mereka main-main, dan ternampak ular yang datang entah dari mana. Aku buat tak kisah sahaja.

Selang dua jam perjalanan setelah melalui jalan kampung dan pekan, hujan dan ribut, Mikhael melalui ibunya meminta Ramesh berhenti kerana ingin kencing. Seperti biasa, Mikhael nie makan kurang tapi minumnya yang lebih sebab tu selalu kena berhenti kencing.Ramesh pun memberhentikan van beliau di tepi jalan, betul-betul macam orang Sri Lanka lah kami nie, kencing merata..

" Ha Mikhael turun, gi kencing- sambil tangankumembuka pintu van".

" Sapa lagi nak kencing turun sekali, senang nanti" kataku lebih ditujukan kepada Mizan dan Mukhriz, olehkerana terpaksa, mereka berdua pun turunlah sekali.

Tiba-tiba seekor ular sepanjang 1 meter keluar dari celah-celah bahagian belakang van. Ular yang berwarna hijau ini sangat menakutkan,ku kira bukanlah ular senduk (cobra) yang berbisa, tapi lebih baik lari dari kena patuk. Betul tak?.

Aku yang terlihat ular itu segera menjerit.. "ular..ular"..sebenarnya aku nie memang penakut pun dengan ular dan bertambah geli bila memegangnya.

Lantas baju anak-anak aku aku jerut dari belakang dan segera aku bawak naik kedalam van semula. Mungkin Mikhael belum habis kencing dah kena angkat dengan aku.Mereka berlumba-lumba memijak tangga van.

Dalam keadaan, tergopoh- gapah aku segera menutup pintu van dan menyuruh Ramesh segera jalan. kemudian kami ketawa apabila van terus memecut laju.

Kami sampai dihotel apabila senja menjelang. kali ini, selipar Muadz pula hilang - kemungkinan ketika suasana panik itu seliparnya tercampak keluar..Tak berselipar lah anak ku ini.

Kami bermalam di Villa Ocean View Wadduwa sebelum pulang ke tanah air keesokkan harinya.

Rupanya...macam-macam ada di sini..bukan hanya di Astro aje.