Saturday, July 30, 2011

Di kejar Ular ke Wadduwa

14. June.2011


Selepas sarapan pagi di hotel penginapan kami di Nuwara Eliya, kami meneruskan perjalanan ke tempat peranginan pesisir pantai di Wadduwa yang terletak di Selatan Colombo.
Tempat ini terkenal kepada pelancong Eropah dan Russia yang bercuti untuk mengelapkan kulit mereka.

Perjalanan dari Nuwara Eliya ke Wadduwa ini mengambil masa selama kira-kira 6 jam.

Dalam perjalanan turun dari Nuwara Elliya, kami singgah di kilang pemprosesan teh dan membeli beberapa paket teh Sri Lanka sebagai hadiah kepada jiran yang mengetahui kunjungan kami ke negara ini. Kebanyakkan teh ini di eksport ke England.

Perjalanan di teruskan dan kami singgah di sebuah ladang Herba.

Waktu makan tengahari, kami singgah di sebuah restoran yang kelihatan kemas. Jika di Malaysia ketegori restoran ini adalah gred A. Bukan apa takut anak-anak tak selesa dan takut kena keracunan makanan.

Selepas makan dan apabila ingin masuk ke Van, Mizan dan Mukhriz menjerit " ular..ular" sambil berlari ke arah aku yang blurrr.

Aku ingatkan mereka main-main, dan ternampak ular yang datang entah dari mana. Aku buat tak kisah sahaja.

Selang dua jam perjalanan setelah melalui jalan kampung dan pekan, hujan dan ribut, Mikhael melalui ibunya meminta Ramesh berhenti kerana ingin kencing. Seperti biasa, Mikhael nie makan kurang tapi minumnya yang lebih sebab tu selalu kena berhenti kencing.Ramesh pun memberhentikan van beliau di tepi jalan, betul-betul macam orang Sri Lanka lah kami nie, kencing merata..

" Ha Mikhael turun, gi kencing- sambil tangankumembuka pintu van".

" Sapa lagi nak kencing turun sekali, senang nanti" kataku lebih ditujukan kepada Mizan dan Mukhriz, olehkerana terpaksa, mereka berdua pun turunlah sekali.

Tiba-tiba seekor ular sepanjang 1 meter keluar dari celah-celah bahagian belakang van. Ular yang berwarna hijau ini sangat menakutkan,ku kira bukanlah ular senduk (cobra) yang berbisa, tapi lebih baik lari dari kena patuk. Betul tak?.

Aku yang terlihat ular itu segera menjerit.. "ular..ular"..sebenarnya aku nie memang penakut pun dengan ular dan bertambah geli bila memegangnya.

Lantas baju anak-anak aku aku jerut dari belakang dan segera aku bawak naik kedalam van semula. Mungkin Mikhael belum habis kencing dah kena angkat dengan aku.Mereka berlumba-lumba memijak tangga van.

Dalam keadaan, tergopoh- gapah aku segera menutup pintu van dan menyuruh Ramesh segera jalan. kemudian kami ketawa apabila van terus memecut laju.

Kami sampai dihotel apabila senja menjelang. kali ini, selipar Muadz pula hilang - kemungkinan ketika suasana panik itu seliparnya tercampak keluar..Tak berselipar lah anak ku ini.

Kami bermalam di Villa Ocean View Wadduwa sebelum pulang ke tanah air keesokkan harinya.

Rupanya...macam-macam ada di sini..bukan hanya di Astro aje.




No comments:

Post a Comment