Friday, June 26, 2009

The King of Pop Passed away



Michael Jackson died after suffering a cardiac arrest, officials confirmed, sending shockwaves around the entertainment world as stunned stars and fans mourned the loss of the tortured music icon known as the "King of Pop".

Monday, June 22, 2009

TQ..Kerajaan perpaduan tak jadi pulak dah

Apa nak jadi...macam chipsmore pulak. sekejap jadi sekejap tak.. baguslah kawan tak berapa sokong idea nie. Mahathir pun tak sokong.. kerana apa..kerana tak ada negara dalam dunia ni yang tak nak pembangkang.. US ada Demokrat dan Pepublikan, England dengan Labour Party dan Conservative party (party yang besar).Germany dengan Social Democratic Party dan Christian Democratic Union .hatta Pelestine ada Fatah dan Hamas.
Biarlah kita ada BN dan PR.. baru syokk.
anyway syabas kepada Hj. Hadi,Anwar dan Lim Kit Siang yang berjaya mematikan isu ini dengan segara..
Dari Malaysiakini..
Pakatan Rakyat's top leadership today unanimously rejected the formation of a unity government with Umno or Barisan Nasional.
The PKR, DAP and PAS leaders reiterated their commitment to the opposition coalition with the aim of forming the federal government someday.

Thursday, June 18, 2009

Sultan Johor pulak MURKA...

In what can be construed as a slap for PM Najib, the Sultan of Johor has rejected the proposed third bridge linking Malaysia and Singapore. This the latest show of power by the royalty after he was apparently not even consulted by either government on the proposal.

Apa cerita sekarang.. Kalau jadi third link ni lalu kampung arwah mak kawan...
Nie tempat kawan bermain dan cari ketam nipah 20 tahun dahulu...


Wednesday, June 17, 2009

Jaga-jaga Tok Guru Dah Marah...

KOTA BAHARU 17 Jun — Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi.

Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Kan molek tu.. ada lagi satu by-election kat kelantan lepas ni..Kan kawan dah kata minggu lepas. Buat apa Nasha ni abiskan beras orang pas aje..
Camna Cik Lah.. tu lah demo tak sokong Husam itu hari. Kan dah kelam kabut

Tuesday, June 16, 2009

Flashback : My journery of world 7 wonders - Taj Mahal

Kawan merancang untuk menceritakan beberapa negara didunia ini yang pernah kawan kunjungi sedikit demi sedikit. Kawan mulakan dengan salah satu tempat yang tersenarai dalam 7 keajaiban didunia iaitu Taj Mahal di India yang kawan dan cik yah kunjungi sekitar 2005.
Perjalanan kawan daripada KL dengan penerbangan Malaysia Airline terus ke New Delhi. Kembara ini adalah full package for ground arrangement. Tiket pesawatnya adalah tebusan mata ganjaran Enrich program. -Satu program loyalty kepada semua frequent flyer..Kawan adalah pemegang kad yang berstatus lebih dari biasa...He.hee...


Cik Yah berehat di Golden Club Lounge sebelum pesawat berangkat ke Delhi.
Bila sampai di Jaipur kawan dan Cik Yah jadi hero dan heroin hindustan.. Posing sana sini...



Jangan lupa India nie famous dengan ular tedung yang menari-nari mengikut alunan lagu dari seruling...


Bersama rakan-rakan. Cik Zarina Merican -Timbalan Pengarah Kanan di Jabatan Perdana Menteri -think tank (tukang fikir untuk kita) nie..dan En. Adnan dari Jupem..

Seronok tak?...so apa lagi kumpul duit ikut kawan jalan-jalan..


Any relation between Mawi,Mizan dan Mukhriz???



This is old photos found from my old laptop. Photos taken couple of years ago in Felda Taib Andak - few days before hari raya, if I not mistaken year 2006. Well, during that time Mawi is still bachelor. He carries Mukhriz in his arm. His parent old house has been completely renovated before that Hari Raya.


Terima kasih Hj Din dan Hjh Izan

12.06.09 Malam- Betul kan orang kata, orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.. kawan menerima jemputan dari Hjh Izan sebelum maghrib untuk bertemu di seafood restaurant di Senibong (Sempadan dengan Singapore). Perjalanan selama 1jam setengah setelah mengambil pemandu pelancong di Skudai tidak begitu terasa.. Sudah pasti Cik Lah di KB di telefonnya untuk memberi tahu bahawa kawan ada bersama Hj.Din. Dont worry Cik Lah, kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa di KB atau dimana shj..Insyallah..
Datang Putrajaya, kawan bawa anda semua ke kedai mamak seberang rumah kawan.. hee...


Sedap tu....Hjh Izan sedang mengepit sepit ketam

Cik Yah tersenyum kekenyangan berlatar belakangkan Petrochemical plant di Pulau Singapura




A bird's eye view of a Historical City Melaka.


well, lewat sore kami sekeluarga ke Ke Eye on malaysia di pinggir sungai Melaka. Dari atas kami bisa lihat melaka bandar bersejarah. Oleh kerana malam, hanya kerlipan neon yang dapat dilihat dari kejauhan.

Zoooom kita ke Zoo



12.June awal pagi semua sudah bersiap untuk ke Zoo. Ini pertama kali kami ke zoo melaka. Melihat rakan-rakan anda....Yang paling exited adalah bibik kawan.. ha...haa.

Percutian Cuti sekolah 11 June



Tanggal 11 June- dikesempatan yang ada kawan membawa family bercuti di Melaka. Tujuan memberi pendedahan awal kepada anak kawan yang sulong tentang negeri bersejarah ini. Apatah lagi Bandar Melaka ini adalah Unesco Heritage site yang berkembar dengan Georgetown. Kawan juga teruja, mungkin lepas ni kawan sekeluarga akan ke Penang untuk menikmati keindahan bumi Malaya ini. Hotel penginapan di Mahkota Hotel memudahkan perjalanan kami di Bandar Hilir. Sebenarnya hanya walking distance ke Melaka shopping mall dan A'Famosa dan Eye on Malaysia. Tapi tak daya den nak jalan kaki..Seharian disini menyeronokkan tapi cuaca sekarang ni boleh tahan panasnya..Semasa check in bersembang jap dengan En. Ariff Azami seorang Pemilik firma Guaman di Puchong Selangor. Beliau ke Melaka juga untuk bercuti bersama keluarga. Mereka akan naik Cruise sungai Melaka untuk melihat matahari terbenam. Kawan tak cruise kat sini sebab cruise kat tasik putrajaya yang free pun kita tak sempat nak ikut. 1 hari kawan akan naik juga sebab Captain Ramli jiran depan rumah yang bawa bot cruise putrajaya baik orangnya.Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Wednesday, June 10, 2009

Unity Govt or 2 party system? The choice is yours

Sepanjang minggu ni selepas muktamar Pas di Shah Alam, kecoh satu Malaya pasal Kerajaan Perpaduan. Idea ni datang daripada Presiden Pas TGHH. Dulu tak jadi tapi sebab Nasharuddin menang, idea ni jadi balik.
Pada kawan ini semua takde hasilnya kerajaan perpaduan ni. Kawan tak boleh terima idea separuh masak camni. Suruh pemimpin tersebut perincikan tak tahu dan tak boleh jawab.
Pada kawan buat apa nak berbaik dengan UMNO,walaupun mereka ini satu akidah dengan kawan, matlamat dan landasan kehidupan mereka kadang-kadang berbeza. Tak usahlah habihkan beras dan air lior tuan guru. Perkasakan jemaah adalah kerja yang lebih aula. Sudah pasti kawan sokong Nik Aziz yang tak berkenan dengan idea tu. Kawan bukan ahli pas, tapi kawan tertarik dengan ucapan Ir. Khalid Samad yang membawa peristiwa peperangan Sifin sebagai peringatan dimana tentera Syaidina Ali diperdaya oleh tentera Muawiyah Abi Sufyan yang meletakkan al-Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas hampir kalah. UMNO belajar dari Muawiyah ini untuk bagi orang keliru dan confuse

Monday, June 8, 2009

Gayat dan teruja..



Isnin 08.06 - Tepat jam 12 kawan sudah berada di perkarangan Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Di Kapar Selangor. Stesen ini merupakan stesen utama dilembah Klang. kalau trip beberapa buah negeri takde elektrik. Syarikat kawan ditugaskan untuk menyeleggara dan menapis insulation oil di bahagian jeti tempat loading arang batu jauh ditengah laut. Lori kawan yang comel ni aje yang boleh masuk. Jalan cuma sehala...
Ada beberapa fasa di stesen ini menggunakan arang batu. Bagi mengawal abu dan debu asap berterbangan di Atmosfera, penerima elektrostatik digunakan bagi memerangkap 99 % asap dan debu yang berterbangan.Cerobong setinggi 175 meter dibina yang menepati piawaian WHO. Ini kerana stesen kuasa ini terletak di dalam laluan perjalanan burung yang berhijrah dari Hemisfera Utara ke selatan di musim dingin...Itulah adanya...

10 Minute in Kellie's Castle


Sun 07.June.09 - While waiting TNB personnel to open the gate of Main intake Pengkalan Ipoh substation, I spent the morning for sightseeing to Kellie's Castle. Kellie's Castle is located near Batu Gajah, and is about 20 minutes drive from Ipoh. The unfinished, ruined mansion, was built by a Scottish planter called William kellie Smith. According to differing accounts, it was either a gift for his wife or a home for his son. So reader: Pack your thing and go for cuti-cuti Malaysia

Muhammad Razif Mikhael is 4


Anak kawan yang kawan boleh katakan sedikit macho dengan daya dan gaya yang macam dah budak besar. Mungkin kerana suka buat apa yang abang2 dia buat membuatkan Mikhael ni cepat belajar dan selalu nak gaduh dengan orang besar. Kerana kesibukan outstation hanya sms yang kawan layangkan pada ibunya untuk dibacakan kepada beliau. Tepat jam 12mlm 06.06.2009, Wishing Mikhael Happy Birthday, He is 4 years young. Semoga jadi anak yang membahagiakan hati kita dan keluarga.

Kerja-kerja luar telah ku bereskan


Alhamdulillah, pujian bagi Allah, kawan dan menyelesaikan kerja tanpa henti di Taiping, Lumut, UM dan Pengkalan di Ipoh.Semua transformer yang kawan gode-gode telah selamat di ON kan. Walaupun penat tapi masyuk.bolehlah relax setahun..Ha..haa...Untuk pekerja kawan, satu insentif baru telah diberikan elaun sebanyak RM200 sehari.. Semoga mereka bekerja dengan lebih displin dan rajin. Dah boleh nak kahwin dan tukar kereta baru kepada sesiapa yang mahu..

Obama Speech at Cairo University

So long as our relationship is defined by our differences, we will empower those who sow hatred rather than peace, those who promote conflict rather than the cooperation that can help all of our people achieve justice and prosperity. And this cycle of suspicion and discord must end.

Kawan sangat terkesan dengan ucapan Barack Hussien Obama di Cairo University pada tanggal 4 June 2009. Sudah pasti ucapan beliau berkali ganda lebih bermutu berbanding pak-pak menteri kita.
Harapan kawan akan ada sinar keamanan di Palestin. Interfaith enggagement dan debate yang lebih terbuka dan kearah demokrasi yang meluas.
Dengan membaca tiga potong ayat al-Quran, beliau dilihat ingin memberikan kelainan daripada Presiden Amerika yang lepas.
Potongan dari surah 1. ayat 70 surah al-Ahzab: "Be conscious of God and speak always the truth." Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah dengan kata yang benar.”
2. Ayat 32 Surah al-Maidah:whoever kills an innocent is as -- it is as if he has killed all mankind. "Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”
3. Ayat 13 surah al-Hujurat:Wahai manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”
Kawan ucapakan syabas untuk beliau dan berharap Hamas, Fatah dan Israel memberikan respon positif.

Tuesday, June 2, 2009

Selang waktu yang serba kesibukan




Alhamdullillah, Al Rahman (yang maha pemurah) mencurahkan rezeki kepada kawan, sehingga tidak kesempatan untuk berehat yang panjang sejak dari awal mei sehingga sekarang. Ada sahaja kerja yang datang tidak putus. Mungkin hasil dari solat malam yang dikerjakan.. atau adakah ini ujian untuk menduga kekuatan iman...Wallahualam..
Benar kata pujangga untuk manfaatkan 5 masa...1 daripadanya masa lapang sebelum masa sibuk..Kawan jadi seperti lipas kudung, naik utara, balik KL, gi Kemaman naik taiping. Dah hari ini kawan akan bertapa di Lumut selama 5 hari..Bukan komplen, tapi rezeki Allah perlu kita rebut dengan kesyukuran.
Malam tadi berkesempatan bercandlelight dinner dengan Cik Yah.. Ha..haa...Tapi candle nya kok terpadam.. Kawan berdinner di Putrajaya Seafood di Taman Botani. Kawan bertukar selera kesana. Biasanya kawan akan ke Kelab Putrajaya sahaja untuk makan malam sekali-sekala.
Terima kasih atas kesempatan masa yang terluang.

Muhammad Yunus- Banker to the poor


Kawan baru habis mentelaah buku berjudul Muhammad Yunus- Creating a world without Proverty. Terasa betapa mulianya penerima anugerah nobel di tahun 2006 ini.

Beliau berusaha keras untuk mengubah ekonomi dan sosial terutama kalangan wanita di Bangladesh. Beliau berjaya dengan cita-cita mewujudkan satu stuktur "sosial business" yang sangat berlawanan dengan semangat kapitalis (maximum profit).

Sosial businees adalah satu perniagaan yang kawan idam-idamkan - yang mana hasil keuntungan akan kita pulangkan kepada perkerja dan masyarakat umum. Kawan tidak bercita-cita menjadi seorang kapitalis yang berjaya - hanya ingin mengaut keuntungan besar tanpa ada timbal balik kepada masyarakat umum. Doa-doakan kawan kejalan ini di masa mendatang.

Tertanya di kepala kawan kenapa kaedah yang dipelopor oleh Prof ini kurang berjaya di Malaysia walhasil kita banyak dana, Tekun,PUNB, Matrade dan bermacam-macam.

jawapannya: kita bukan kroni mereka yang berada di puncak kuasa.

Nasihat kawan kepada rakan-rakan seperjuangan: Set your goal and go for it, be tireless (tidak mengenal penat) and persevere (tekun berusaha) and believe in yourself (percaya pada diri). Semoga kita berjaya tanpa bantuan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.. Ha..haa..