Tuesday, June 2, 2009

Selang waktu yang serba kesibukan




Alhamdullillah, Al Rahman (yang maha pemurah) mencurahkan rezeki kepada kawan, sehingga tidak kesempatan untuk berehat yang panjang sejak dari awal mei sehingga sekarang. Ada sahaja kerja yang datang tidak putus. Mungkin hasil dari solat malam yang dikerjakan.. atau adakah ini ujian untuk menduga kekuatan iman...Wallahualam..
Benar kata pujangga untuk manfaatkan 5 masa...1 daripadanya masa lapang sebelum masa sibuk..Kawan jadi seperti lipas kudung, naik utara, balik KL, gi Kemaman naik taiping. Dah hari ini kawan akan bertapa di Lumut selama 5 hari..Bukan komplen, tapi rezeki Allah perlu kita rebut dengan kesyukuran.
Malam tadi berkesempatan bercandlelight dinner dengan Cik Yah.. Ha..haa...Tapi candle nya kok terpadam.. Kawan berdinner di Putrajaya Seafood di Taman Botani. Kawan bertukar selera kesana. Biasanya kawan akan ke Kelab Putrajaya sahaja untuk makan malam sekali-sekala.
Terima kasih atas kesempatan masa yang terluang.

No comments:

Post a Comment