Monday, May 30, 2011

Menjual kreativiti diri di Prague

Prague adalah bandar Seindah Paris, Secantik Geneva, sebersih Frankfurt.Ada juga warga kota ini yang menjual kreativiti diri untuk sesuap nasi..



Mereka semulia penduduk Saigon, Hanoi Vietnam, Jakarta, Bandung, Solo, Jogja, Bali ,Makassar, Manila,Bangkok, dan Karachi yang mesti menjadi kreatif untuk terus hidup. Kehidupan sempit warga kota ini telah aku teladani dimasa lalu kerana kunjungan kesana..
Menjual suara dengan menjadi pemuzik jalanan, menjual kraftangan dan pelbagai perkhidmatan kepada pelancong adalah antara pendapatan harian warga ini. Ini pasti lumayan.. Sudah pasti lebih lumayan dari hanya bersujud sebagai peminta sedekah. Warga kita menjadi kurang kreatif lantaran hidup yang selesa walaupun tak mewah.. Sebab itu warga kita kena berbagai penyakit - Darah tinggi, kencing manis dan obesiti..Warga kita akan fikir, apa nak buat ekkk.. business apa ekkk?.nak fikir pun tak tahu.








Syabas warga Prague, anda telah menunjukkan pada aku : kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih. T.S Eliot says “Only those who will risk going too far can possibly find out how far one can go.” Jadi keluarkan diri kita dari kepompong keselesaan sedikit ini untuk keselesaan yang lebih esok hari..

Meminta Sedekah di Prague

Peminta sedekah di Prague, kenapa perlu malu?.
28th April 2011.
Tangan yang diatas lebih mulia dari tangan dibawah. Ini bermakna, tangan yang dibawa adalah hina dari tangan diatas. Kata mudah, yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Aku lihat peminta sedekah disini menutup muka sambil bersujud diatas lantai. Ini menyusahkan aku untuk membuat accessement bahagian mana di tubuhnya yang cacat hingga mereka tidak boleh membuat kerja dan hanya mengharapkan sedekah sahaja. Aku perhatikan, tangannya tidak kudong, kakinya tidak putus, matanya tidak buta. Aku percaya kita semua akan melihat sifat kekurangan peminta sedekah itu sebelum kita memberi wang tanda ikhsan. Tak kiralah samada kepada warga kita atau warga asing yang meminta di masjid atau pasar malam.





Aku lihat mereka ini adalah lelaki yang gagah perkasa. Lebih tinggi dari aku, tubuhnya lebih kental. Aku lihat tidak ada keperluan disini untuk menolong lelaki tersebut.
Aku tertunggu-tunggu, seorang dua pelancong meletakkan wang syling di kotak minuman didepan peminta sedekah tersebut. Perlahan-lahan mukanya diangkat, tangannya pantas mengambil wang dan masukkan kedalam poket seluar. Bijak..Mungkin penuh kocek jika dia bersujud dari pagi sampai ke malam.
Aku tak rasa pemuda prague ini tahu bagaimana modus operandi yang lebih canggih di negara lain hingga susah kita nak katakan bahawa orang tersebuti peminta sedekah atau tidak. Conman atau congirl,,
Di Milan umpamanya lelaki Senegal akan mengikat tangan anda dengan tali yang katanya datang dari negara asal mereka dan akan membawa tuah kepada sipemakainya. Kemudian dia akan meminta sedikit wang dari anda atas nama Tips kerana sehelai tali tersebut.
Di Venice, wanita meminta wang kononya ingin menelepon keluarganya, dan kononya dia kehabisan wang. Ditangan nya ada sekeping nota bernombor yang berbelas angka. Atas dasar ikhsan anda akan memberi dia 50 sen atau 1 Euro. Tapi dia akan demand lebih hingga 5 euro.
Di Paris bawah Eiffel Tower sekumpulan warga Gipsi yang boleh memberi salam meminta bantuan kononya tak makan beberapa hari. Berpakaian kotor dan mengekori anda. Amat menyusahkan anda.
Di Mekah, beberapa wanita warga Afrika membawa anak kecil meminta wang sambil mengalunkan syair-syair arab terutama selepas waktu subuh.
Tapi semua ini tidak dapat menandingi kehebatan kita di Malaysia. Kita ada “SINDIKET MEMINTA SEDEKAH”. Ingat SINDIKET. Lebih ramai dari aktiviti perseorangan dan tersusun. Ada berbagai gaya dan cara yang tak mungkin dapat lelaki Prague ini bayangkan ada di Malaysia. Hanya Yusof Haslam yang tahu hingga ada cerita ini didrama Remang-remang kotaraya dan Gerak Khas.
Mungkin jika lelaki Prague ini telah datang ke Malaysia dan mengambil pengalaman kita, beliau sekarang ini mungkin akan menikmati hidup yang amat berbahagia. Beliau sekarang ini digelar “Ketua Sindiket Meminta Sedekah Prague”.

Wednesday, May 11, 2011

City of Love.. Prague atau Paris?.

Destinasi aku yang pertama, mengambil gambar jarak jauh Gereja yang glamor nie dengan jambatan batu. Typical old european town.




Aku boleh katakan terdapat similarity antara Prague dan Regensburg di Germany – kota lama yang mengajar aku erti kehidupan sehingga kehari ini. Kota yang meninggalkan 1001 kenangan pahit manis kepada aku.
Keseluruhan Prague sangat menarik untuk dikunjungi oleh ahli sejarah, peminat seni, peminat bohemia kristal hinggalah kepada peminat wanita.
Deretan kabaret dan disko yang kotor adalah pemandangan biasa di beberapa jalan utama. Gambar yang bisa menaikkan nafsu juga ditampal dimerata pintu masuk metro sebagai promosi.
Alhamdulillah, Malaysia belum sampai ketahap ini- paling cool pun warga kita tampal contact number di tiang-tiang lampu isyarat menjual ubat kuat.Ramai kawan aku mencari. Patutlah banyak iklan ni kat Bangi dan Seri Kembangan!!!.
1 sifat orang Eropah umumnya dan warga remaja khususnya disini suka menunjukkan kecintaan mereka pada kekasih hati walau dikhalayak ramai. Senang kata beromen dijalanan. Hatta di atas jambatan berumur ribuan tahun -tempat pelancong macam aku lalu lalang, mereka pun sibuk membuat aksi terlarang.
Janji mereka sehidup semati, senang –susah bersama, kata orang masa bercinta kentut pasangan pun berbau wangi. Kenapa aku perlu menjadi JAIS disini. Aku pun bukan Ahmad Jais. Apatah lagi nak menyanyikan lagu Suhami Meor Hassan yand dipopularkan oleh Cikgu Shida Bota yang gempak tu. Jangan pegang-pegangg …laa..laaa.laaa..laaa..Memang tak jalan. Ah, biarkan mereka menikmati zaman keremajaan dan kemudaan mereka.
Sikap kecintaan mereka ini dapat aku rakamkan melalui lensa, remaja lelaki ini menunjukkan dia tulus ikhlas melamar wanita yang tersengih malu tapi mahu. Ini bukan lakonan arahan Trio Dato T. Wajah remaja lelaki ni berbeza benar dengan topeng Anwar Ibrahim. Ini adalah kisah benar. Ini adalah hakikat kehidupan kita, sampai masa kita perlu mengambil tanggungjawab menjadi ketua keluarga. Syabas kepada remaja lelaki yang berani dan bertanggungjawab ini.


Untuk remaja Melayu di Malaysia- anak2 saudara aku dan anak2 aku juga, kahwin lah anda sebelum anda dikahwinkan. Hindarkan diri dari ketelanjuran.Ikut salur agama dan budaya. Jangan beri malu mak bapak.
Untuk ibu- bapa, INGAT sabda Nabi s.a.w - “Mahar yang terbaik adalah yang paling murah.” (Hr. Abu Daud, dan dinyatakan shahih oleh al-Hakim)
Jadi, beruntunglah sesiapa yang ada 4 anak bujang macam aku nie.
Kenapa?...Mungkin mereka akan kahwin free kerana keluarga bakal isteri anak aku teruja membaca blog ini.

Warga berdisplin di Prague.

28th April 2011..
Perjalanan aku ke Prague – Ibu Negara Czech Republic dimulakan awal pagi. Keseluruhan Perjalanan mengambil masa 5 jam. Dari Munich dengan EC train (keretapi laju) dan menaiki bas dari Nuremburg ke Prague selama 3 setengah jam.


Oleh kerana aku orang tua, first class aje yang sesuai. Bus 2 tingkat dengan tingkat bawah untuk first class dan di tingkat atas untuk second class. Mereka yang takde class takyah datang sini.. hahahaha..


Di dalam bas aku ditemani oleh seorang mamat warga Amerika bernama Jeff. Jeff berkerja di Germany untuk perusahaan yang beribu pejabat di Netherland. Kami bertukar business card. Beliau seorang enveromentalis yang dealing dengan kementerian pertahanan Germany.



Aku melawak “ Tak takut ke orang German ingat hang spy FBI Amerika”. Aku tahu dan orang German pun tahu dia bukan FBI kerana saiz tubuh beliau yang sudah montel – susah lari dan tembakan pun kurang tepat..Jeff mula menceritakan bahawa dia susah nak dapat Citizenship German. Sudah 11 tahun beliau di German. Jeff berharap dia akan dapat citizenship dimasa terdekat.
Dari penceritaan Jeff, aku dapat rumuskan beliau adalah workerholic, commited, kurang MC, baik hati dan cakap tak berhenti.. Kalau ahli nujum aku -cik yah tengok mamat nie, gerenti dia akan cakap mamat nie ada no..5,6,7,8,9,10.Cik Yah akan naik taraf menjadi ahli nujum negara tak lama lagi..Well, Jeff akan menjadi rakan facebook aku nanti..hahaha.
Sampai di Prague, beliau mengajak aku minum-minum. “ Can we have glassssss of beer”katanya. Aku perlulah menolak cara yang sopan dan memberitahu bahawa aku tergesa-gesa dan beberapa tempat sudah aku mark untuk dilawati. Aku tak mahu bersyarah bahawa aku tak boleh minum, haramlah..bla..bla..bla..
Nanti kalau Jeff kata, Bro, sekarang kan dah banyak beer tanpa alkohol. Camna pulak aku nak jawab. Bertambah cerita pulak.
Sebab kedua, bukan apa, kalau sembang dengan dia sampai esok pun tak habis. Jeff takpe lah dia cuti disini selama 4 hari dengan rancangan melawati tamadun Bohemia ini. Rekabentuk setiap bangunan dan meterial perlu beliau hayati. Almaklum bangunan kat sini berusia seribu tahun. Amerika bukan ada culture dan bangunan ribuan tahun macam nie. Malaysia pun sama sebenarnya. Hahaha..

Aku menukar mata wang dari Euro ke Czech Crown (Koruna) di train station. Mula mengambil metro dengan peta sentiasa ditangan. Aku hairan gak kerana di Prague nie takde inspector ticket atau gate yang bukak tutup untuk masukkan ticket.Kalau anda nak tipu dan tak beli tiket pun takpe sebenarnya. Anda boleh jalan selamba aje dan takde orang yang tahu.
Tapi inilah dinamakan DISPLIN kepada diri. Ini bukan cerita “tuhan melihat apa yang anda kerjakan”. Bayangkan kalau cara ini di buat di Malaysia -takde gate untuk penumpang, aku pasti KTM atau Metro KL yang nak bangkrap ini akan terus lingkup.
Sebenarnya, Islam mengajar kita menjadi orang yang berdisplin, Zam pernah kongsi pendapat dengan aku tentang displin ini, dan rumusnya kerana itulah Allah menetapkan kita waktu solat. Dari pukul sekian sehingga sekian untuk Zohor sahaja umpamanya. Lebih dari tempoh tersebut waktu sudah luput.Takleh lagi sembahyang Zohor. Ini adalah satu bentuk displin kepada diri. Tapi mungkin kita kurang praktikkan untuk kehidupan seharian menjadikan displin ini bersifat ritual semata yang sengaja dikebelakangkan.
Berdisplinkah kita?..Tepuk dada tanya iman.

Friday, May 6, 2011

Semoga kau berada ditaman-taman syurga

Tanggal jumaat 6.Mei 2011 - Ku tinggalkan dulu travelog ku di Eropah...




Kuala Selangor - Air mata mula bergenang di kelopak. Kereta Putihku yang bercermin gelap diberhentikan di tepi jalan. Melintas jalan dan meniti parit untuk sampai ke tujuan. Di rumah tersebut, sekumpulan warga lelaki sedang mengangkat doa memohon rahmat dari Yang Esa. Ramai juga warga yang tidak dapat masuk kerumah mengangkat tangan berdoa dari luar rumah. Sudah selesai solat jenazah. Usai doa, warga lelaki beramai-ramai mengangkat sekujur tubuh yang kaku kedalam kotak kayu.
Kotak itu diangkat ke dalam sebuah van sumbangan Tabung Haji. Pak Imam memimpin bacaan Al Fatihah dan memberikan sedikit tazkirah.
Mata mencari dimana Mak Usu. Kelibat beliau bersama dengan 2 anak perempuannya dapat aku perhatikan dari sisi anak mata. Aku bersalaman dengan beliau, air mata tiba-tiba mula membasahi pipi Cik Yah. Cik Yah mencari sepupunya 2 wanita muda tersebut untuk menyampaikan salam takziah dan kiriman salam dari keluarga yang tidak dapat hadir. Air mata semakin deras membasahi pipi kedua-dua saudara. Beginilah suasana saat kita kehilangan orang yang disayangi.
Van terus laju meninggalkan kami dibelakang menuju kesebuah masjid di Pokok Asam Kuala Selangor. Sampai di Masjid kami mula menunaikan kewajipan solat jenazah sekali lagi dan memberi peluang kepada sanak saudara yang tidak sempat berbuat demikian dirumah simati. Selesai penggalian tapak semadian, keranda dimasukkan perlahan-lahan keliang lahat. Bacaan talqin memecah suasana. Taburan bunga dan air mawar sungguh memilukan.
Benarlah kata pujangga.. Hidup ini dimulakan dengan tangisan, pertengahan juga ada tangisan, dan akhir hayat juga diiringi dengan tangisan.
Doaku hanya satu..Semoga kau Pak Usu akan dihimpunkan dengan para solihin di taman taman syurga. Al Fatihah untuk mu

Thursday, May 5, 2011

Fruitful meeting



Aku sampai Milan dalam pukul 10 malam 26.April dari Pisa – La Spezia – Genova. Aku melalui bandar peranginan pesisiran pantai yang cantik dan menawan berdesignkan ala-ala mediterranean.
Aku terus check in di Hotel berbintang 3- Flora Hotel yang berdekatan dengan Milano Centrale train station. Ini untuk memudahkan aku pergi meeting di Bollate dan Cormano keesokan paginya
Sampai di hotel aku membuat beberapa point untuk meeting- supaya kalau discussion terkeluar dari point, mudahlah aku membawa mereka ke landasan point aku itu dan menepati apa yang aku hajatkan. Masa itu emas…
Awal pagi aku menelepone Dr. Stefano –prinsipal aku di Milan. Segalanya diatur. Dari Milano Centrale aku menaiki metro ke Cardona kemudian menaiki train ke Bollate.
Aku dijemput oleh Dr. Stefano untuk ke officenya.
Meeting berakhir jam 2 petang dan seorang lagi prinsipal aku menjemput aku ke officenya di Cormano –sekitar 15 minit perjalanan dengan menaiki Alfa Romeo baru beliau.
Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar.Apa yang aku nak – aku dapat. Hatta, indonesia market pun aku dapat. Sekarang time aku kena kerja keras lebih dari biasa.
Peluang dan kepercayaan orang kepada aku tak akan aku sia-siakan. Doakan semoga aku berjaya, kerana kalau berjaya cerah masa depan dan business macam nie boleh diturunkan kepada anak beranak. Ramai yang boleh menumpang hasilnya.
Cumanya aku hairan, kenapa kat Malaysia, untuk field aku nie tak ramai orang buat business macam rakan-rakan aku di negara maju nie (baik Germany @ Italy)-mereka adalah manufacturer. Mereka sebenarnya tidak begitu high tech tapi orang nampak macam high tech. Pekerja mereka pun macam aku gak. 10-20 orang.


Tapi yang aku nampak mereka nie really focus pada niche market dan know how, pastu boleh marketkan product mereka serata dunia…Aku rasa kat Malaysia kalau nak buat macam nie kena pakai kabel politik agaknya.
KJ oh KJ tengok-tengoklah kat kami nie….Opppps mungkin Mukhriz Mahathir lagi power kot.

Milan -Kota untuk Orang Giler





Sejak dari awal tahun ini, aku telah berjanji kepada diri aku kalau aku ke Eropah aku tidak berbelanja mewah. Aku kena ingat aku ada anak kecil yang masih bersekolah, hutang piutang yang masih banyak. Kakitangan yang mengharapkan aku sebagai ketua. Atas dasar itu, aku hanya kesini untuk meeting,meeting dan cuci mata aje.Sambil melihat rich and famous berbelanja.
Ini bukan cerita ikan Patin RM15,000 di Temerloh. Milan dan Temerloh ibarat planet bumi dan planet pluto. Ini kisah cerita bagaimana seorang waiter mendapat Euro6000 (RM30,000) untuk duit tip sahaja dari rich and famous person.
Al-kisah - adalah bilionair dari Russia datang ke Milan bercuti bersama companion (isteri@girlfried.. wallahualam) dan rakan niaga yang juga membawa companion.
Mereka berempat makan disebuah fine restaurant. Memesan wain yang paling berkualiti dan makanan yang paling special. Bill semua adalah Euro6000 untuk 4 orang. Apabila ingin membayar menggunakan Card Credit, card credit ini pulak decline.
Lantas, wanita tersebut tadi mengeluarkan sebundle wang Euro note 500 -pastilah wang itu milik lelaki kaya – (perempuan kan suka jadi Finance Minister kita) membayar dan berkata kepada waiter itu. “What ever balance is yours”.
Terloncat-loncat lah si waiter kerana satu bundle itu bernilai Euro12,000. Tuan-tuan bayangkan tips sahaja Eruo 6000 (RM30,000). Tak giler ke tu..
Kisah benar ini diceritakan oleh prinsipal aku Dr. Stefano – menunjukkan kalau dah terlampau kaya, mereka dah tak tahu nilai duit tu sendiri.
Bila balik dari meeting, aku menyinggahkan diri ke Duomo untuk melihat kot-kot Angelina Jolie masih di Duomo dan shopping kat sini lagi. Kalau ada boleh nak minta autograph. Muka-muka bulat gaya Makcik Dato Siti, takde tempat disini.
Di dalam ruang legar didepan butik LV dan Prada, syarikat penerbangan italy sedang membuat promotion untuk sesiapa yang nak membeli private jet.. Ulang sekali lagi Private jet. Mereka bukan nak tayang Ferrari latest design, Lumbogini idaman aku atau Maserati buatan tangan terlaju. Alfa Romeo lagilah, maaf..takde dalam senarai. Mereka tayangkan jet terbaru.. Satu lagi kerja giler dari orang giler.
Aku geleng kepala aku...Milan-milan..ko memang untuk orang giler.

Pisa Tower- takkan tumbang kerana aku tahan.

Perjalanan aku diteruskan ke Pisa. Menaiki train menyusuri laut Mediterranean. Cantik sungguh Villa-villa di atas puncak bukit menghadap ke laut luas. Kapal-kapal layar berbagai saiz berwarna putih tersusun cantik dipelabuhan. Lebih hebat dari Danga Bay. Ini pasti kawasan elit di Civitavecchia. Macam cerita CSI Miami, wanita-wanita berkulit putih yang di gelapkan. Ala-ala Jeniffer Lopez agaknya. Kalau kawan aku Anuar tengok pasti memilih isteri dari sini pula.
Perjalanan tertangguh kira-kira 1 jam kerana ada accident dimana seorang warga nak menyemberang landasan dan dilanggar train. Aku menjadi gusar kerana aku ada connecting train dari Pisa ke Milano.
Bila lalu di tempat warga yang dilanggar, mayatnya sudah ditutup dengan kain /plastik putih.. Sekali lagi- kain putih.. bukan plastik sampah warna hitam seperti yang selalu kita lihat di Malaysia.
Sampai di Pisa train station, aku terus mencari arah Pisa Tower. Setiap orang aku tanya supaya aku tak sesat macam di Rome. Tambahan pula masa tak mencukupi. Bandar Pisa ni kecil aje rupanya. Macam Teluk Intan. Kita pun ada menara senget. Jadi, kita perlu berbangga dengan apa yang kita ada. Betul tak?. Esok Cikgu minta semua anak murid pergi Teluk Intan ye.
Dari Train station ke Pisa Tower jaraknya kira-kira 1.5km. jenuh jugak berjalan kaki..Berpeluh. Walaupun di musim bunga. Aku mengheret luggage sampai ke Tower. Habis beg TUMI aku ni, jahanam tayarnya nanti.



Oooooo patutlah Pisa Tower ini senget. Akiteknya orang Malaysia. Ini Malaysia Boleh, sejak dahulukala dah buat bangunan senget benget. Sekarang lagi hebat Stadium runtuh, hospital berkulat and bangunan Putrajaya bocor. Hebat Kita nie. Tapi yang pasti bukan aku contractornya. Sebab itu aku kesini untuk menahan Pisa dari tumbang.



Al Kisah diatas hanya rekaan aku. Tapi kenapa Tower tu senget korang boleh tanya Pak Google sendiri..
Addio Pisa..

Menuju ke Negara Terkecil Didunia : Vatican City


Perjalanan di Kota Rome ini diteruskan lagi dengan aku memilih Vatican City sebagai destinasi seterusnya setelah penat menjelajah Coliseum.
Di dalam kota Rom ini terdapat sebuah negara terkecil didunia- Vatican City. Bahasa Italy disebut Città del Vaticano. Untuk yang mengembara seperti aku, anda mestilah cekap. Didalam Metro ini tidak ada bahasa Melayu atau orang putih. Rajin-rajinkan bertanya supaya tak sesat jalan.
Bukan apa, oleh kerana kurang bertanyalah aku tersesat arah menuju ke Vatican City. Dari Metro ke Metro yang lain, lompat melompat akhirnya sampai juga ke sini. Rupanya Vatican ini dipagar setinggi 20meter dan bagi mereka yang ingin masuk samada mereka adalah jemaah kristian yang mahu mengunjungi tempat suci agama mereka ini atau pengunjung biasa – mereka perlulah beratur.
Di jalan-jalan penuh dengan gambar Pope John Paul II. Kenapa agaknya dengan dia nie. Kan Pope ni dah meninggal lama kata hatiku. Rupa-rupanya beliau akan diangkat menjadi “Saint” oleh penganut-penganut Kristian. (Kalau kita kira Wali lah tu) . Peningkatan taraf kekudusan Pope ini adalah atas beberapa sebab yang aku rasa tak perlulah aku tuliskan disini. Takut nanti korang confuse. Aku? insyaallah tidak. Pengalaman banyak mengajar aku bertoleransi dan menolak cara halus bila sampai bab-bab macam ini. Aku pernah didekati oleh ramai mubaligh kristian – di Sydney oleh mubaligh muda yang berdakwah semasa aku melepak di taman ketika Olympic Sydney tahun 2000. Dalam pesawat dari Kuala Lumpur hingga ke Heathrow London seorang wanita berdakwah hingga menganggu aku nak membaca dan tidur.
Pada aku semua itu tidak menjadi kudis-yang penting kita perlu ada akidah yang mantap. Campaklah kemana sahaja, syahadah tetap akan dijunjung.
Hari ini ramai pengunjung melawat Vatican dan ditambah pula dengan majlis kenaikan taraf Pope tersebut, menjadikan aku lebih aman menjadi pemerhati dijalanan, nak beratur sahaja sudah lebih kurang 3 km mengelilingi tembok tinggi Vatican. Tapi kalau nak bypass, enggagelah dengan travel company disini. Agama sudah menjadi satu cabang business yang lumayan. Manjamaira travel bolehlah reki-reki italy pulak lepas ini.










Oleh kerana tiada keperluan untuk aku masuk kedalam Vatican, aku pun ronda-ronda diluar sahaja. Aku melintasi 1 kedai kebab halal milik warga turki. A..ha..!...kat Vatican ada orang jual kebab halal..Ini memang Hebattttt.





Aku tidak ragu kerana pemilik menampalkan sijil halal keluaran dari negara-negara EU.Aku pasti bukan senang nak dapat sijil macam nie. Nie bukan Halal Jakim. Sekejap Ok Halal pastu tak Ok.


Untuk aku, disuasana yang masih pagi, Kebab hanya untuk alas perut. Aku bukan boleh makan banyak-banyak. Perut cepat digest. Masalah nanti. Untuk buang air kecil sahaja kena Euro 0.80 (RM3.60).



Aku lihat disini Agama, Kebab dan toilet adalah business yang lumayan disini. Ada kawan-kawan nak Invest ke?.

Wednesday, May 4, 2011

26th April 2011- Coliseum 7 wonders of the world

Aku mula menyusuri tamadun Roman setelah sampai dari Venice. Tamadun Rome ini sangat mengagumkan hingga di dalam Al-Quran menceritakan tamadun yang hebat ini (surah al-Rum). Kemenangan dan kejatuhan mereka. Melihat sahaja Coliseum tidak dapat aku bayangkan betapa hebatnya mereka - bangsa Romawi. Rome adalah sebuah bandar yang besar sejak beberapa kurun lalu.








Hari ini Rome adalah kotaraya yang sangat hidup dengan berbagai jenis manusia dan majoriti berugama kristian Katolik.

Keretapi bergerak semakin perlahan untuk stesen keretapi Roma Tirbutina. Semua penumpang mencapai luggage masing-masing bersedia untuk turun.
Kami berempat di compartment yang sama, sudah lama bersedia. Aku juga sudah sedia seawal jam 6 pagi. Menyediakan beg dan luggage aku di muka pintu, memakai kod dan terus menunggu train berhenti.
“ How long you will be in Rome?. Aku bertanya kepada rakan India yang bekerja di London dan berbulan madu di Italy.
2 days, we have to buy Roma ticket. Tambahnya lagi.
Oooo, yah..i will be here only for half a day tour, will catch a train to Pisa and then to Milan. Aku meluahkan perancangan harian aku kepada dia.
“ OK, hope to see you again, enjoy your holiday” kata rakan ku selama 7 jam ini.
Thank you, you too. Balas ku
Kami membawa haluan sendiri.Aku membawa haluan sendiri ke Roma Termini train station. Meninggalkan luggage aku di train station sebelum masuk ke perut Metro menuju ke Coliseum. – Destinasi pertama jelajah Rome. Bagi memudahkan pergerakan, aku membeli daily ticket untuk keseluruh pusat bandar Rome dengan kadar Euro 4 untuk 24 jam.
Sampai di Coliseum, aku pun berehat bersama kit kat.. Light breakfast croissant dan Cappacino. Kalau tak minta cappacino penjual akan bagi anda secawan espresso. Minuman tradisi italy yang mereka panggil coffee - (cawan plastik-sangat kecil sekitar 20ml aje). Aku rasa,kalau aku minum espresso tu macam tak sampai dalam perut.
Coliseum terletak di tengah bandar Rome. Anda juga boleh berjalan kaki sahaja dari beberapa tempat utama.Oleh kerana masa aku yang tersangat terhad, lebih afdal aku menaiki metro supaya aku boleh ke seluruh bandar. Coliseum sangat mengagumkan bukan kerana usianya sahaja tetapi juga kerana ia sangat besar. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana bangsa Romawi Kuno ini bisa membinanya hanya dengan TANGAN. Amat mengagumkan, pada zaman kegemilangannya itu Coliseum ini di liputi oleh batu marmar yang cantik dan bermutu.





Menghampiri Coliseum, Gladiator dah mula menunggu orang yang boleh diumpan. Berbagai aksi mereka akan tunjukkan- hatta memancung kepala anda.
“ Where are you coming from, Sir” Gladiator menghampiri aku.
“Malaysia” jawab aku ringkas
“Ohhh, apa khabar” Gladiator mula menunjukkan kehebatannya berbahasa Malaysia. Ini taktik biasa untuk mengumpan.
“ I’ve been in Pinang”. Tambahnya lagi.
“Penang lah bukan Pinang.. Aikkk.. Gladiator ni pun sampai Penang” gelak kecil aku.
"Can I take your photo and just give me small tips” pintanya.
Aku mula mengelak, “ that ok, I just walk around and will be right back”. Aku mula meninggalkan Gladiator ini menggigit jari.

Nota: Bayaran masuk ke dalam Coliseum adalah sebanyak Euro15.

Venice..kau mengujakan aku.

25th April 2011 – Perjalanan dari dari Munich ke Venice melalui Innsbruck menenangkan mata, jiwa dan hati. Apatah lagi aku duduk di kelas pertama yang selesa dan kurang backpackers. Keluar dari negara austria keretapi terus menyusur laju meninggalkan banjaran alps jauh dibelakang.



Benvenuti in Italia –Selamat datang ke Italy. Stesen keretapi tempatan di italy kelihatan seperti sebuah rumah lengkap dengan kekisi. Cuma design saja yang lain. Kalau tak, sama dengan rumah aku.. Matahari mula memancar dengan warna kekuningan yang berbeza dari Austria.


Oleh kerana itu mungkin kulit warga italy sedikit gelap berbanding warga eropah yang lain. Di sepanjang perjalanan di Italy aku dihidangkan dengan pemandangan ladang-ladang anggur yang subur ditepi sungai. Ohhh.. Wine Terbaik mungkin dari kaki gunung ini fikirku.


Perjalanan berhenti di Verona. Bertukar train kerana train ini akan meneruskan perjalanan ke Bologna. Disini, tak perlu berlari terkejar-kejar train kerana jarak masa/ gap antara train adalah antara 5 hingga 10 minit. Mewah masa tersebut untuk aku yang sering tak cukup masa nie..Bukan apa, aku teringat semasa di Jepun, jarak transit ada yang hanya 1 minit. Terjun sana lompat sini. Mana-mana keluarga yang bawak troley kanak-kanak siap angkat troley bawak lari. Takut tertinggal train. Aku pun berlari-lari gak lah. Seronok. Kenangan dari Kyoto ke Tokyo bersama cik Yah.
Aku dapat merasakan kehangatan angin Venice. Ada keluarga Jepun kelihatan terlompat-lompat apabila nampak laut Venice. Aku juga tak sabar rasanya untuk menyusuri lorong-lorong tikus sambil menikmati aiskrim tempatan dan Pizza berulam Cappacinno Ais asli dan disudahi dengan espresso pekat.Pasti terangkat..
Jujurnya, Kecuali 2 rumah Allah, Makkah dan Madinah, Venice adalah tempat yang paling aku suka daripada berpuluh-puluh negara yang telah aku kunjungi.
Cantik susunan bangunannya,warnanya, designnya, jalan tikusnya, gondola,pertemuan sungai dan laut, pulau-pulau kecil yang disatukan dengan jambatan kecil, seni topeng adalah kelebihan bagi Venice. Buatlah berbagai cara bersandarkan populariti Venice seperti di Mines dengan gondolanya atau di Bandung Indonesia dengan jolokan sebagai Venice of The East, aku tetap mengatakan bahawa semuanya tidak sama. Venice adalah Venice. Period.
Maka tidak hairanlah pengunjung bersesak-sesak ke Venice. Aku pernah bercuti disini pada tahun 2007 bersama Cik Yah dan seorang rakan aku setelah habis training di Milan. Kali ini aku kesini lagi – atas alasan meeting di Milan juga. Jadi aku juga antara ramai manusia yang obses dengan Venice.
Sampai di Venice train station, aku segera mencari tempat penyimpanan beg, (bayaran sebanyak Euro 4 untuk 5 jam pertama). Kemudian mencari info untuk ke Rome. Aku sudah merancang untuk tidur di dalam train sahaja malam nie. Nasib aku agak baik, ya ada train dari Venice ke Napoli dan berhenti sementara di Roma Tirbutina. Bayaran tambahan untuk reservation 1 katil/ couchettes adalah Euro 33. Jika tidak menggunakan Euro Rail harganya boleh mencecah euro100. Dengan ini aku dapat menjimatkan kos tidur dengan tidak perlu tidur dihotel dan bila bangun, aku sudah berada di tempat atau negara lain.
Oleh kerana Venice adalah pulau-pulau kecil yang bersambung-sambung, cara yang mudah adalah dengan berjalan kaki, menaiki feri atau gondola dari point ke point. Aku lebih gemar berjalan kaki kesemua point berdasarkan peta ditangan. Baru nampak adventerous traveller.
Aku segera mencari hard Rock Café Venice untuk mendapatkan T-shirt – aku adalah collector yang tegar. Kemudian, kaki berjalan menyusuri sebahagian besar Venice. Aksi dan gaya pelancong dan warga, alam, haiwan dan indah senibina menjadi fokus lensa amatur aku.



























Kaki mula terasa longlai untuk melangkah, tepat jam 11:30 malam train aku mula bergerak meninggalkan Venice. Didalam Couchettes – kelas 1- compartment yang mengandungi 4 katil aku ditemani olah sepasang warga india (hidustan) yang berkerja di London berbulan madu di Italy dan seorang warga emas tempatan.
Teringat aku tulisan seorang pelancong dari Malaysia yang di tulis di atas kertas dan ditampal oleh pemilik kedai warga Mesir menjual kebab halal. Katanya : “Lancaulah Venice ni, semuanya mahal gila.. tapi nasib baik ada kedai kebab halal ni, boleh lah aku makan”.
Tepuk dada tanya selera. Venice of The East pun dah memadai bagi kita.
Selamat tinggal Venice dan aku susuri tamadun Rom pula esok.



Tuesday, May 3, 2011

Lelaki melayu dah pandai memilih. Pilihan terbaik.. wanita dari Timur Tengah?..

Kapal yang membawa Anuar terbang jauh mengambil isteri mudanya


"Bang boleh pinjam The Star nie tak?".Aku bertanya sambil tangan aku sudah telah memegang akhbar tersebut.
"Boleh.. Tapi ko kena pulang balik sebab aku tak baca lagi". Kata beliau dengan tegas
Aku perhatikan di kerusi sebelah dia yang kosong, masih ada lagi berbagai jenis akhbar. The Edge pun ada..Not bad mamat nie. kataku dalam hati.


Oleh kerana aku dah kena sound, aku pun membaca sekali imbas.. Wow polis takkan menyorok di belakang pokok, tepi jambatan, dalam semak untuk menangkap pesalah trafik. Kata muka depan The Star. Aku tahu kalau polis masih main nyorok-nyorok macam ni, aku mesti ada dalam senarai mereka.Aku pasti ini bukan satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.


"We are landing at Doha International aiport, and the local time is 45 minute pass 12 in the afternoon".Suara manis Pramugari mengumumkan kami telah selamat sampai ke Doha.Semua penumpang mencapai cabin luggage untuk keluar dari perut pesawat.


"Kau dari mana?".Tanya abang yang aku pinjam The Star dari dia. Izikan aku menggunakan nama beliau Anuar(nama samaran).
"Saya dari KL" jawab ku
"Abang dari mana?". Tanya ku kembali
"Aku dari Kulai.."selamba aje dia menjawab.
"Ha!. dari Kulai..Kulai kat mana?" Tanya ku lagi
"Bandar xxx Putra".Kata beliau
"Oooo. famili saya ada kat Bukit Besar"..secara tak langsung aku memberitahu beliau bahawa aku pun orang kulai.
"Bapak mertua aku duduk kat Pasir Raja". Dia memberitahu aku tanpa aku bertanya.
"Ko nak gi mana?". tanya Anuar lagi.
"Nak gi Germany. Ada meeting" jawab ku ringkas.
"Ko?". aku tukar nada dari abang ke ko supaya nampak lebih mesra.. (betul ke caranya?)
"Nak gi Casablanca".jawab beliau..
"Casablanca???ada apa?" tanya aku sedikit pelik..Kerana aku tahu Malaysia tak berapa banyak business trade dengan Morrocco.
"ambik bini"..jawab beliau perlahan.
"ada bisnes ke kat sana ke?" tanya aku setelah jawapan beliau tadi tidak tidak berapa aku dengar...
"tak..ambik bini"..jawab beliau ke telinga aku..
"Ha ambik bini..bini ko orang sana ke?"


Keraguan mula menerjah otak aku, tadi bapak mertua dia orang pasir raja, kemudian nak ambil bini kat Casablanca. aku mengagak bahawa Anuar ini berkahwin dua.

Tiba diterminal dan setelah selesai kekaunter Transfer,Anuar menceritakan pengalaman beliau beristerikan warga Morroco. Tepat tekaan aku. Ceritanya Bini kedua beliau adalah orang kampung di Morroco yang tinggal kira-kira 300 kilometer ke selatan Casablanca. Tinggal di perkampungan kecil berbentuk Wadi di wilayah yang aku tak tahu nama nya


Aku lihat ini lah kejujuran seorang lelaki jika bercerita dengan lelaki yang lain- tentang rahsia lelaki : beristeri lebih dari seorang adalah antara puluhan lelaki yang sangat jarang diberitahu kepada kaum Hawa. Mungkin juga, Anuar berasa dia mempunyai kelebihan dari aku.Sebab itu dia beriya-iya cerita. Aku percaya Anuar tidak akan memberitahu isterinya walaupun bertahun-tahun kahwin. Aku ada bertanya soalan ini pada Anuar, jawapan Anuar mudah -"Rashid, aku tak akan beritahu kerana tak mahu isteri aku terguris. Kalau dia tahu, let it be." Moga dia akan terima.katanya ringkas.


Pada Anuar, berkahwin lebih bukanlah mengguris dan menghiris hati isteri. Aku memahami perasaaan Anuar ini - sudah pasti dia mampu untuk tackle masalah-masalah mendatang.
Tuan-tuan dan Puan-puan, Lihatlah, betapa mulia hati suami bernama Anuar yang tak mahu hati isteri beliau terguris. En. Anuar,rela memendam perasaan seberapa lama yang boleh demi kebahagian insan yang bernama wanita. Jadi, isteri @ wanita perlu melihat kisah ini dari prespektif agama. Sunnah Nabi..(Sabda Nabi s.a.w : barang siapa yang mengikut sunnah ku dia adalah dari kalangan ku)


Sudah 3 bulan Anuar - 38 tahun,berkahwin dengan wanita Morrocco yang bertubuh kecil, berambut perang, bermata bulat dan berkulit cerah merah. Sekarang, sudah sampai masanya beliau mambawa balik isterinya itu ke Malaysia untuk bersama-sama dengan beliau sepenuh masa. (Gambar isterinya itu ditunjukkan kepadaku - sebab itu aku tahu bentuk rupa tersebut)..
Masalah bahasa tanyaku lagi bagaimana diatasi?. Warga Morrocco berbahasa French dan Arab. Disini kelebihan untuk Anuar, beliau bercita-cita belajar bahasa Arab untuk memudahkan komunikasi berkesan.


Keluarga disana: mereka sangat menerima Anuar sebagai sebahagian dari keluarga, walaupun Anuar datang berseorangan ke Casablanca untuk bernikah,beliau dijunjung oleh orang kampung selesai acara penikahan beliau. Hatta, Anuar membawa baju melayu, samping dan songkok untuk bernikah.


Keluarga disini: Ibu bapa, isteri dan anak -anak semua tidak tahu, yang paling best sekali Anuar memberitahu kepada isterinya beliau ada kerja di Mukah Sarawak tetapi beliau melencong ke Morroko..bukan mukah, tapi 10000 batu jauh ke Morroko..Alahai En. Anuar.

Bagaimana berkenalan? Rupanya ada match maker di sana oleh warga Malaysia- tapi hanya dibuka kepada rakan yang diketahui kadar qaul dan hisabnya.


Dalam Train ke Italy aku menghantar sms kepada Anuar berbunyi :
"Bro, dah sampai ke Casablanca ke? Selamat menjamu selera dengan resepi baru malam ni. Setiap malam adalah malam jumaat bagi ko..


Oooooo..Anda juga berminat?.. Hubungi saya kerana hanya saya sahaja mengetahui siapa Anuar. Bayarkan saja tiket saya ke Casablanca. Yang lain bisa diatur.. :)

Cerita Perjalanan Munich ke Venice

25.april 2011 Cerita perjalanan dari Munich ke Venice. Innsbruck Austria Tetap dihati. Perjalanan ke Germany yang tertangguh dari bulan March terpaksa aku teruskan juga memandangkan tiket pesawat telah dibeli sejak awal tahun lagi. 2 kali terpaksa ditangguh menyebabkan aku terpaksa membayar denda beberapa ratus ringgit kepada Qatar airways. Hari jumaat 21 april 2011, selepas solat jumaat berimamkan Al Sheikh Dr Abd Rahman Al-sudais (Imam Besar Masjidil Haram) di Masjid wilayah Persekutuan, aku bergegas ke Boustead Travel di Jln Raja Chulan untuk membeli tiket Euro Rail. Aku bercadang untuk melawat 4 buah negara sekaligus. Ini menjimatkan wang daripada membeli tiket point to point di sana. Aku pilih Germany, Austria,Italy dan Czech Republic. Kecuali Czech, 3 negara itu sering aku kunjungi atas urusan perniagaan.
Perjalanan ke KLIA ditemani olah Cik Yah dan anak-anak. Kami sekeluarga menaiki train dari Putrajaya. Penerbangan dari Kuala Lumpur pada hari Ahad 10:20 pagi menuju ke Doha Qatar mengambil masa sekitar 7 jam.Perjalanan yang panjang ini agak relax bagi aku kerana satu row hanya aku seorang sahaja yang duduk. Wow!!! aku boleh berbaring dan berguling-guling. Tak perlu naik first class untuk berbaring seperti dirumah. Inilah hasil kalau kita berbaik dengan gadis-gadis kecil molek dikaunter tiket. Masa diisi dengan menonton filem The Tourist lakonan Angelina Jollie dan Johhny Depp. Pengambaran banyak dibuat di Venice..Malangnya,lay over di Doha selama 10 jam untuk menunggu penerbangan seterusnya ke Munich sangat-sangat meletihkan.Bayangkan dari zohor membawa ke Asar, maghrib dan isyak sehingga keesokkan harinya jam 2 pagi. Ini lah masalahnya kalau mencari tiket murah. Aku pernah begini di Manama Bahrain dan Dubai beberapa tahun lalu. Nasib baik, kali ini aku mendapat kawan yang luar biasa dari rakan-rakan berbual yang biasa aku jumpa apabila stranded di airport2 luar negara.Pengalaman hidup beliau akan aku paparkan kemudian.
Dari Doha ke Munich mengambil masa 6 jam. Aku sampai pada jam 7 pagi waktu tempatan. Duduk disebelah seorang wanita dari Philippine yang bekerja di Ulm sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanan di pesawat.
Sesampai di Munich, terus mengaktifkan tiket eurorail, membuat seat reservation untuk perjalanan dari munich ke Venice adalah kemestian sebelum kita menaiki train. Menaiki S bahn dari airport ke Munich main station tidak menjadi masalah pada aku cuma aku ingat-ingat lupa untuk menuju ke Main Station di bandar Munich ini kerana ada Ostbahnhof dan Hauptbahnof (main train station).

Perjalanan menaiki keretapi First Class - relax sikit..

Sekarang aku dalam perjalanan dari Munich ke Venice melalui Innsbruck – City of the golden Roof di Austria. Tepat aku menulis disini, aku melalui jalan yang sama yang aku lalui semasa aku berusia awal 20an.Aku pasti waktu itu 1998 dan aku berusia 22 tahun.Aku masih cam dengan rumah di atas bukit ini. sekarang usia aku menghampiri 35 tahun. Tiada perubahan di Austria. sungai-sungai masih mengalir cantik. Pokok Pine masih meninggi, Banjaran Alps sungguh mendamaikan dengan tompokan salji memutih yang masih ada di puncak gunung.Warganya dengan bahasa German yang pekat menyusahkan aku untuk menangkap apa yang diperbualkan.









Indahnya nikmat Allah. Alam dan insan.. Tidak terkata dengan perkataan..Subhanallah..