Wednesday, May 4, 2011

Venice..kau mengujakan aku.

25th April 2011 – Perjalanan dari dari Munich ke Venice melalui Innsbruck menenangkan mata, jiwa dan hati. Apatah lagi aku duduk di kelas pertama yang selesa dan kurang backpackers. Keluar dari negara austria keretapi terus menyusur laju meninggalkan banjaran alps jauh dibelakang.



Benvenuti in Italia –Selamat datang ke Italy. Stesen keretapi tempatan di italy kelihatan seperti sebuah rumah lengkap dengan kekisi. Cuma design saja yang lain. Kalau tak, sama dengan rumah aku.. Matahari mula memancar dengan warna kekuningan yang berbeza dari Austria.


Oleh kerana itu mungkin kulit warga italy sedikit gelap berbanding warga eropah yang lain. Di sepanjang perjalanan di Italy aku dihidangkan dengan pemandangan ladang-ladang anggur yang subur ditepi sungai. Ohhh.. Wine Terbaik mungkin dari kaki gunung ini fikirku.


Perjalanan berhenti di Verona. Bertukar train kerana train ini akan meneruskan perjalanan ke Bologna. Disini, tak perlu berlari terkejar-kejar train kerana jarak masa/ gap antara train adalah antara 5 hingga 10 minit. Mewah masa tersebut untuk aku yang sering tak cukup masa nie..Bukan apa, aku teringat semasa di Jepun, jarak transit ada yang hanya 1 minit. Terjun sana lompat sini. Mana-mana keluarga yang bawak troley kanak-kanak siap angkat troley bawak lari. Takut tertinggal train. Aku pun berlari-lari gak lah. Seronok. Kenangan dari Kyoto ke Tokyo bersama cik Yah.
Aku dapat merasakan kehangatan angin Venice. Ada keluarga Jepun kelihatan terlompat-lompat apabila nampak laut Venice. Aku juga tak sabar rasanya untuk menyusuri lorong-lorong tikus sambil menikmati aiskrim tempatan dan Pizza berulam Cappacinno Ais asli dan disudahi dengan espresso pekat.Pasti terangkat..
Jujurnya, Kecuali 2 rumah Allah, Makkah dan Madinah, Venice adalah tempat yang paling aku suka daripada berpuluh-puluh negara yang telah aku kunjungi.
Cantik susunan bangunannya,warnanya, designnya, jalan tikusnya, gondola,pertemuan sungai dan laut, pulau-pulau kecil yang disatukan dengan jambatan kecil, seni topeng adalah kelebihan bagi Venice. Buatlah berbagai cara bersandarkan populariti Venice seperti di Mines dengan gondolanya atau di Bandung Indonesia dengan jolokan sebagai Venice of The East, aku tetap mengatakan bahawa semuanya tidak sama. Venice adalah Venice. Period.
Maka tidak hairanlah pengunjung bersesak-sesak ke Venice. Aku pernah bercuti disini pada tahun 2007 bersama Cik Yah dan seorang rakan aku setelah habis training di Milan. Kali ini aku kesini lagi – atas alasan meeting di Milan juga. Jadi aku juga antara ramai manusia yang obses dengan Venice.
Sampai di Venice train station, aku segera mencari tempat penyimpanan beg, (bayaran sebanyak Euro 4 untuk 5 jam pertama). Kemudian mencari info untuk ke Rome. Aku sudah merancang untuk tidur di dalam train sahaja malam nie. Nasib aku agak baik, ya ada train dari Venice ke Napoli dan berhenti sementara di Roma Tirbutina. Bayaran tambahan untuk reservation 1 katil/ couchettes adalah Euro 33. Jika tidak menggunakan Euro Rail harganya boleh mencecah euro100. Dengan ini aku dapat menjimatkan kos tidur dengan tidak perlu tidur dihotel dan bila bangun, aku sudah berada di tempat atau negara lain.
Oleh kerana Venice adalah pulau-pulau kecil yang bersambung-sambung, cara yang mudah adalah dengan berjalan kaki, menaiki feri atau gondola dari point ke point. Aku lebih gemar berjalan kaki kesemua point berdasarkan peta ditangan. Baru nampak adventerous traveller.
Aku segera mencari hard Rock Café Venice untuk mendapatkan T-shirt – aku adalah collector yang tegar. Kemudian, kaki berjalan menyusuri sebahagian besar Venice. Aksi dan gaya pelancong dan warga, alam, haiwan dan indah senibina menjadi fokus lensa amatur aku.



























Kaki mula terasa longlai untuk melangkah, tepat jam 11:30 malam train aku mula bergerak meninggalkan Venice. Didalam Couchettes – kelas 1- compartment yang mengandungi 4 katil aku ditemani olah sepasang warga india (hidustan) yang berkerja di London berbulan madu di Italy dan seorang warga emas tempatan.
Teringat aku tulisan seorang pelancong dari Malaysia yang di tulis di atas kertas dan ditampal oleh pemilik kedai warga Mesir menjual kebab halal. Katanya : “Lancaulah Venice ni, semuanya mahal gila.. tapi nasib baik ada kedai kebab halal ni, boleh lah aku makan”.
Tepuk dada tanya selera. Venice of The East pun dah memadai bagi kita.
Selamat tinggal Venice dan aku susuri tamadun Rom pula esok.



No comments:

Post a Comment