Tuesday, May 3, 2011

Cerita Perjalanan Munich ke Venice

25.april 2011 Cerita perjalanan dari Munich ke Venice. Innsbruck Austria Tetap dihati. Perjalanan ke Germany yang tertangguh dari bulan March terpaksa aku teruskan juga memandangkan tiket pesawat telah dibeli sejak awal tahun lagi. 2 kali terpaksa ditangguh menyebabkan aku terpaksa membayar denda beberapa ratus ringgit kepada Qatar airways. Hari jumaat 21 april 2011, selepas solat jumaat berimamkan Al Sheikh Dr Abd Rahman Al-sudais (Imam Besar Masjidil Haram) di Masjid wilayah Persekutuan, aku bergegas ke Boustead Travel di Jln Raja Chulan untuk membeli tiket Euro Rail. Aku bercadang untuk melawat 4 buah negara sekaligus. Ini menjimatkan wang daripada membeli tiket point to point di sana. Aku pilih Germany, Austria,Italy dan Czech Republic. Kecuali Czech, 3 negara itu sering aku kunjungi atas urusan perniagaan.
Perjalanan ke KLIA ditemani olah Cik Yah dan anak-anak. Kami sekeluarga menaiki train dari Putrajaya. Penerbangan dari Kuala Lumpur pada hari Ahad 10:20 pagi menuju ke Doha Qatar mengambil masa sekitar 7 jam.Perjalanan yang panjang ini agak relax bagi aku kerana satu row hanya aku seorang sahaja yang duduk. Wow!!! aku boleh berbaring dan berguling-guling. Tak perlu naik first class untuk berbaring seperti dirumah. Inilah hasil kalau kita berbaik dengan gadis-gadis kecil molek dikaunter tiket. Masa diisi dengan menonton filem The Tourist lakonan Angelina Jollie dan Johhny Depp. Pengambaran banyak dibuat di Venice..Malangnya,lay over di Doha selama 10 jam untuk menunggu penerbangan seterusnya ke Munich sangat-sangat meletihkan.Bayangkan dari zohor membawa ke Asar, maghrib dan isyak sehingga keesokkan harinya jam 2 pagi. Ini lah masalahnya kalau mencari tiket murah. Aku pernah begini di Manama Bahrain dan Dubai beberapa tahun lalu. Nasib baik, kali ini aku mendapat kawan yang luar biasa dari rakan-rakan berbual yang biasa aku jumpa apabila stranded di airport2 luar negara.Pengalaman hidup beliau akan aku paparkan kemudian.
Dari Doha ke Munich mengambil masa 6 jam. Aku sampai pada jam 7 pagi waktu tempatan. Duduk disebelah seorang wanita dari Philippine yang bekerja di Ulm sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanan di pesawat.
Sesampai di Munich, terus mengaktifkan tiket eurorail, membuat seat reservation untuk perjalanan dari munich ke Venice adalah kemestian sebelum kita menaiki train. Menaiki S bahn dari airport ke Munich main station tidak menjadi masalah pada aku cuma aku ingat-ingat lupa untuk menuju ke Main Station di bandar Munich ini kerana ada Ostbahnhof dan Hauptbahnof (main train station).

Perjalanan menaiki keretapi First Class - relax sikit..

Sekarang aku dalam perjalanan dari Munich ke Venice melalui Innsbruck – City of the golden Roof di Austria. Tepat aku menulis disini, aku melalui jalan yang sama yang aku lalui semasa aku berusia awal 20an.Aku pasti waktu itu 1998 dan aku berusia 22 tahun.Aku masih cam dengan rumah di atas bukit ini. sekarang usia aku menghampiri 35 tahun. Tiada perubahan di Austria. sungai-sungai masih mengalir cantik. Pokok Pine masih meninggi, Banjaran Alps sungguh mendamaikan dengan tompokan salji memutih yang masih ada di puncak gunung.Warganya dengan bahasa German yang pekat menyusahkan aku untuk menangkap apa yang diperbualkan.









Indahnya nikmat Allah. Alam dan insan.. Tidak terkata dengan perkataan..Subhanallah..

No comments:

Post a Comment