Monday, May 30, 2011

Meminta Sedekah di Prague

Peminta sedekah di Prague, kenapa perlu malu?.
28th April 2011.
Tangan yang diatas lebih mulia dari tangan dibawah. Ini bermakna, tangan yang dibawa adalah hina dari tangan diatas. Kata mudah, yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Aku lihat peminta sedekah disini menutup muka sambil bersujud diatas lantai. Ini menyusahkan aku untuk membuat accessement bahagian mana di tubuhnya yang cacat hingga mereka tidak boleh membuat kerja dan hanya mengharapkan sedekah sahaja. Aku perhatikan, tangannya tidak kudong, kakinya tidak putus, matanya tidak buta. Aku percaya kita semua akan melihat sifat kekurangan peminta sedekah itu sebelum kita memberi wang tanda ikhsan. Tak kiralah samada kepada warga kita atau warga asing yang meminta di masjid atau pasar malam.





Aku lihat mereka ini adalah lelaki yang gagah perkasa. Lebih tinggi dari aku, tubuhnya lebih kental. Aku lihat tidak ada keperluan disini untuk menolong lelaki tersebut.
Aku tertunggu-tunggu, seorang dua pelancong meletakkan wang syling di kotak minuman didepan peminta sedekah tersebut. Perlahan-lahan mukanya diangkat, tangannya pantas mengambil wang dan masukkan kedalam poket seluar. Bijak..Mungkin penuh kocek jika dia bersujud dari pagi sampai ke malam.
Aku tak rasa pemuda prague ini tahu bagaimana modus operandi yang lebih canggih di negara lain hingga susah kita nak katakan bahawa orang tersebuti peminta sedekah atau tidak. Conman atau congirl,,
Di Milan umpamanya lelaki Senegal akan mengikat tangan anda dengan tali yang katanya datang dari negara asal mereka dan akan membawa tuah kepada sipemakainya. Kemudian dia akan meminta sedikit wang dari anda atas nama Tips kerana sehelai tali tersebut.
Di Venice, wanita meminta wang kononya ingin menelepon keluarganya, dan kononya dia kehabisan wang. Ditangan nya ada sekeping nota bernombor yang berbelas angka. Atas dasar ikhsan anda akan memberi dia 50 sen atau 1 Euro. Tapi dia akan demand lebih hingga 5 euro.
Di Paris bawah Eiffel Tower sekumpulan warga Gipsi yang boleh memberi salam meminta bantuan kononya tak makan beberapa hari. Berpakaian kotor dan mengekori anda. Amat menyusahkan anda.
Di Mekah, beberapa wanita warga Afrika membawa anak kecil meminta wang sambil mengalunkan syair-syair arab terutama selepas waktu subuh.
Tapi semua ini tidak dapat menandingi kehebatan kita di Malaysia. Kita ada “SINDIKET MEMINTA SEDEKAH”. Ingat SINDIKET. Lebih ramai dari aktiviti perseorangan dan tersusun. Ada berbagai gaya dan cara yang tak mungkin dapat lelaki Prague ini bayangkan ada di Malaysia. Hanya Yusof Haslam yang tahu hingga ada cerita ini didrama Remang-remang kotaraya dan Gerak Khas.
Mungkin jika lelaki Prague ini telah datang ke Malaysia dan mengambil pengalaman kita, beliau sekarang ini mungkin akan menikmati hidup yang amat berbahagia. Beliau sekarang ini digelar “Ketua Sindiket Meminta Sedekah Prague”.

No comments:

Post a Comment