Sunday, June 19, 2011

Muadz nak adik..

13 June 2011 makan malam..
Cuaca diluar sungguh dingin sekali. Aku rasakan suhu adalah dibawah 12 darjah Celcius. Hanya kami sekeluarga yang menikmati makan malam di hotel Galway Forest Lodge.
Ku kira pelayan dicampur dengan tukang masak mungkin lebih ramai dari kami sekeluarga.
Petang tadi setelah kepala aku kembali normal, kami bersiar-siar di sekitar hotel kemudian anak-anak berkuda di pinggir Nuwara Eliya dan seterusnya membeli barang harian di kota.
Sambil mengunggu makanan dihidang, aku bertanya kepada 4 orang anak aku - siapa nak adik lagi?. Jawapan mengejutkan.. Semua nak adik.. hehehehe.
Mulanya Mizan tak mahu adik kerana kononnya dia yang penat menjaga adik. Tapi jawapan itu dibantah oleh aku dengan membuktikan bahawa dia sering bermain, hanya bibik dan ibu yang sering menjaga Muadz dan adiknya yang lain. Mizan akhirnya terpaksa bersetuju. Kemudian menukar syarat bahawa jika adik lagi dapatkanlah perempuan...Aku katakan itu adalah kuasa Yang Esa Sang Pencipta. Akhirnya Mizan pasrah.
Oleh kerana abang sudah setuju, Mukhriz dan Mikhael jua terpaksa bersetuju daripada terpaksa bersoal jawab dengan aku. Tapi yang kelakar dan bestnya Cik Yah cuba mempengaruhi anak kecilnya Muadz supaya tidak payah beradik lagi.
" Muadz nak adik tak?" Tanya Ibunya.
Sudah pasti budak sekecil Muadz biasanya akan mengambil kata belakang. "tak".
Tapi Muadz berkata "nak"
"Kan susah ada baby macam makcik siti' Cik Yah menambah.
"Baby..Muadz nak baby" kata Muadz menyebabkan kami semua tergelak.
"Issssh.. susah ada baby" Cik Yah berkata.
"Tak, Muadz nak baby" Muadz mula menjerit. kami semua ketawa melihat telatah dua beranak ini.
Camna Cik Yah.. bersedia?.

Saturday, June 18, 2011

Mabuk darat ke Nuwara Eliya

13 June 2011
"Tu lah baca banyak sangat" Suara Mikhael sayup-sayup masuk ke telinga aku. Itu adalah sangkaan anak ketiga aku apabila aku muntah di pinggir parit besar.
Ketika itu aku masih berteleku dan mengeluarkan sisa sarapan yang aku makan di hotel dan aiskrim yang aku beli di Royal Peradeniya Botanical Gardens. Terasa dunia ini berputar. kepalaku cukup senoneng. Anak aku pula semberono mengeluarkan teori muntah menyebabkan aku tersengih seperti kerang busuk.
Mana tak muntah, jalan menuju ke Nuwara Eliya ini bengkang bengkok macam ular dipalu. Mulanya keadaan boleh dikawal, tapi apabila pemandu kami Ramesh mula membuka tingkap untuk menikmati cuaca sejuk di perjalanan menuju ke Nuwara Eliya tekak aku menjadi semakin tak sedap. Asap diesel dari kenderaan di depan cukup menusuk ke hidung. Tekak menjadi semakin loya. Jadi tak salahlah kalau aku mengeluarkan isi perut aku ke dalam parit. Anak dan isteri selamat sebab awal-awal lagi dah ambil pot masing masing dan mula tidur apabila jalan mula berkoner-koner.


Aku yang duduk dibarisan kedua van ditemani oleh Muadz dan Mizan yang mahu tidur berbaring. Hajat dihati kononnya ingin menghabiskan novel ringan Rindu Yusof Cinta Zulaikha karangan Siti Rozillah tidak kesampaian. Memang benar sebelum tidur Mikhael tahu aku sedang membaca, jadi tak salahlah kalau teori muntah itu terpancul dari mulutnya.
"Papa muntah, anak Ok- ini kali pertama saya bawa kenderaan, orang tua yang muntah" kata pemandu yang beragama Kristian Katolik itu kepada aku. Aku tersenyum dan mendiamkan diri sambil memejamkan mata dengan harapan agar kami sampai segera ke hotel di Galway Forest Lodge.
3 jam sebelum itu.
Selepas check out dari hotel kami menikmati suasana pagi di Peradeniya Botanical Gardens kira-kira setengah jam dari hotel penginapan kami. Taman Botani ini dijadikan sebagai tempat pengambaran pengantin. Mungkin kerana bunga-bunga dan tumbuhan yang sangat besar dan cantik boleh menjadi fokus lensa jurufoto seperti Saiful Nang ataupun anak murid beliau Hj. Din Kota Tinggi :).

Aduhhh..Ya pun geleng, Tidak pun geleng..

12. June 2011
Aku tidak membawa multiple plug untuk mengecas handphone dan bateri kamera dari Malaysia. Sangkaan aku Sri Lanka adalah negara jajahan British,jadinya plug 3 pinnya juga sama sepeti kita di Malaysia. Sangkaan aku meleset - memang betul plugnya 3 pin tapi bentuknya adalah bulat. Kita bersegi empat.Hasilnya tak bisa dicucukkan plug tersebut ke soket.
"Encik boleh tak saya pinjam plug dari hotel ini" Kata aku kepada seorang Guest Relation Officer di Hotel pengginapan kami -Serene View Hotel Kandy
"Ok, pukul 4 petang kami hantar ke bilik tuan" kata beliau sambil menggelengkan kepala.
"Boleh tak" tanyaku lagi
"Ok, 4 petang" katanya lagi dengan mengggelengkan kepala lagi..
Aku menjadi keliru dan akhirnya aku tersenyum sendirian
"Ok ya" kataku sambil tersenyum memandang wajah beliau yang juga keliru . Rupanya disini sama macam orang-orang India yang susah mahu menggangguk. Mereka tidak menggangguk. Geleng yang sekali kekiri sahaja itu tandanya boleh.Pembaca boleh perhatikan macam filem Hindustan yang menggelengkan kepala dari kanan ke kiri dan berkata"Challo". Kalau geleng kanan kiri,kanan kiri, itu tandanya tidak boleh.. Tidak ada istilah kepala keatas dan kebawah disini.- bahasa tubuh dan tanda setuju untuk semua warga dunia.
Satu pelajaran bahasa badan yang baru untuk aku di sini. Geleng sekali maksudnya OK, geleng banyak kali Tak OK.

Pertunjukan kebudayaan di Kandy.. Seronok jugak

"Kandy tak sejuk dan tak panas" kata Ramesh kepadaku. Aku hanya tersenyum, sambil berkata dan memandang kepada cik Yah "kita tengok nanti".
Ternyata suhu tak sejuk dan tak panas hanya sesuai untuk warga Sri Lanka, untuk tubuh aku yang berdarah merah dan mamalia dari Malaysia ini, suhu ini kira panas jugak. Kami masih perlukan aircond dan kipas.
Petang ini kami menikmati pertunjukkan tarian kebudayaan warga Sri Lanka dan masyarakat Kandy khususnya. Tarian yang kelihat seperti tarian Bollywood ini mengujakan anak-anak aku. Aku menjadi juru terjemahan kepada mereka tentang maksud tarian dan gerakan bahasa tubuh berdasarkan pamplet yang diedarkan sebelum kami masuk ke dewan persembahan. Di akhir tarian mereka mempersembahkan ritual keagamaan termasuklah berjalan diatas bara dan mengeluarkan api dari mulut.
Alaaah,aku teringat Noraniza Idris pun pernah keluarkan api dari mulutnya sewaktu Augerah Juara Lagu beberapa tahun lalu. Tapi mungkin Noraniza terlupa untuk berjalan diatas bara. Kalau beliau boleh jalan diatas bara waktu AJL itu, mungkin kini beliau sudah bergelar MAHAGURU dengan mengajar teknik tersebut tanpa sebarang ritual keagamaan di Kandy.

Menunggang gajah di Pinnawala

12.June 2011
Hari ini kami perlu meneruskan perjalanan ke Kandy. Jarak antara Colombo ke Kandy tidaklah jauh. Mungkin sekitar 120km. Akan tetapi, aku terbawa kunci Palm Beach Hotel. Oleh itu kami terpaksa berpatah balik ke hotel untuk memulangkan kuncinya. Nasib baik perjalanan kami masih tidak jauh dari hotel dan nasib baik jugalah aku mendapat driver yang tak membebel.
Kami singgah di Pinnawala untuk menikmati kawasan penjagaan gajah-gajah liar yang tidak berkeluarga - anak gajah yang yatim piatu dibawa kesini untuk di jaga dan dilindungi. Ada antara gajah ini hanya tinggal 3 kaki kesan dari terkena bom kesan perang saudara di utara Sri Lanka. Kami melihat bayi gajah yang sebesar aku ini dijaga dan dilindungi oleh sekumpulan gajah yang lebih besar.
Kemudian kami mengambil kesempatan menaiki gajah bernama Jumbo. Mikhael dan Muadz tidak mahu menunggang gajah -akulah yang terpaksa menggantikan mereka. Ini pengalaman pertama aku menunggang gajah. Rasa otot-otot aku yang berlemak ini berdenyut-denyut dan menjadikan peha aku cramp - kena kangkang besar sangat untuk naik kebadan gajah ini. Aku menjadi gayat apabila gajah ini turun kesungai untuk minum air - sudah pasti kerana aku takut tempat tinggi. Rasa macam nak terjun dari gajah ini. Hatiku berdegus "Lepas ini tak perlulah bergajah kerana aku bukanlah keturunan sultan zaman dahulukala". Pastinya Cik Yah tersenyum kerana berjaya mendera aku..
Perjalanan kami diteruskan ke Kandy - ibu negeri untuk kerajaan kesultanan Singhalese di tahun 1592 yang terletak di 1600 kaki di atas paras laut. Kandy yang terletak di tengah-tengah Sri Lanka adalah antara bandar paling cantik di pulau ini. Kandy dikelilingi dengan gunung ganang yang membawa pesona dan tradisi kehidupan rakyat Sri Lanka zaman berzaman. Kandy ini adalah UNESCO Tapak Warisan Dunia seperti Penang dan Melaka.

Rehat di Colombo

11 June 2011
Seorang pemuda memegang sepanduk bertulis " Rashid Salleh" menunggu aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo. Aku segera melambai kepadanya.
Pemuda berkulit gelap - bukan hitam manis seperti aku..hehehe..maksudku beliau lebih gelap dari aku pastinya. Beliau tersenyum melihat kami sekeluarga berjalan pantas kearahnya. Biasanya orang yang berkulit gelap ini hanya giginya sahaja yang putih. Jadi aku dapat melihat senyumannya dari jauh.
"saya lah Rashid" kataku..
Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Ramesh. Pemandu kami untuk package perlancongan kami di Sri Lanka selama 5 hari 4 malam. Package ini hanya untuk kami sekeluarga sahaja.Ianya direka/ design untuk kesesuaian keluarga aku setelah mendapat pandangan dari rakan aku di sini. Tiada orang lain melainkan kami berenam dan lebih kepada aktiviti untuk anak-anak.
"Selamat datang ke Sri Lanka. Kita akan bersiar-siar di kota sebelum menuju ke hotel di kawasan tepian pantai di Mount Livinia. En. Rohan Dassanayake, Pengarah Urusan Discover Holiday Sri Lanka akan menunggu tuan di hotel" kata Ramesh kepada kami sambil van nissan beliau meluncur laju meninggalkan lapangan terbang.
Kami sampai di Colombo pada jam 8:30 pagi waktu Sri Lanka dengan pesawat Airasia. Waktu disini adalah 2 jam setengah lewat dari waktu Malaysia.
Aku lihat Colombo seperti negara dunia ketiga yang mundur. Colombo masih lagi dalam proses pembangunan. Walaubagaimanapun, keadaan Sri Lanka kini lebih aman apabila peperangan di wilayah utara negeri Jaffna telah diisytiharkan tamat sepenuhnya pada tahun 2009. Tiada lagi pemberontakan Liberation Tigers of Tamil Eelam LTTE. Golongan Tamil yang ingin kemerdekaan dari Sri Lanka.
"Macam Indon pun ada, macam India pun ada" kata Cik Yah kepada ku. Aku menganggukkan kepala tanda setuju.Inilah cara kami pelajari cara hidup, budaya dan sosial masyarakat. Kami turun ke padang. Pengalaman adalah pelajaran yang tidak akan didapati di bilik darjah. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Di hotel Rohan telah menunggu aku. Aku membayar baki wang dan berbincang tentang package supaya perjalanan aku tiada gangguan.
Selepas check in di Palm Beach Hotel, aku melayan anak-anak mandi kolam. Jam 4 petang kami dibawa Ramesh ke kota untuk menikmati suasana di daerah Financial district Colombo. Cuaca yang panas membuatkan kami selesa mengambil gambar dan lari semula ke van yang ber aircond. Makan malam hanya di hotel sambil ditemani beberapa ekor ikan kap yang berada di kolam disisi meja makan kami.Terasa seperti di rumah!.

Izam- Choice is yours.. Pilihan di tangan anda

10.June 2011
SMS berbunyi " Dato, aku kat Alamanda, boleh kita jumpa?"
" Ok, 15 minit" balasku. Dari Kajang aku terus memandu kereta dua pintu berwarna biru gelap buatan German menuju ke Presint 2 Putrajaya.
Izam - rakan aku yang bekerja di Utara Semenanjung singgah di Putrajaya. Beliau dalam perjalanan pulang dari UTM Skudai setelah selesai presentation tesis Master di bidang kejuruteraan Elektrik.
"Kau kat mana?" tanyaku dihujung talian
"kejap bro aku kat MPH"balasnya
Di Starbuck Alamanda - kami mula memesan minuman, bertanya khabar keluarga, pekerjaan dan juga tesis masternya.
Izam adalah seorang Jurutera di sebuah Firma kejuruteraan Perancis yang menjaga sebuah IPP di Utara Semenanjung. Pada aku, anak muda yang berusia 30 tahun dan masih bujang ini sangat bercita-cita tinggi samada dilapangan profesionalnya mahupun dalam bidang yang mahu beliau ceburi - bidang politik.
" Aku tak nampak career path kat sini, jadi aku rasa kena masuk politik" sambil menambah bahawa dia sudah menukar alamat ICnya dari Kuala Lumpur ke Kangar. Izam ingin menjadikan UMNO sebagai platform beliau untuk menaburkan bakti, jasa dan juga RM untuk dirinya.
Isu negara Islam PAS yang bertukar menjadi negara kebajikan menjadi topik hangat kami.
"Kau baca tak blog Mahathir pasal PAS, aku rasa Mahathir betul"beliau menambah.
Aku sedikit terkesima bagaimana seorang anak muda yang berpelajaran tinggi boleh percaya dengan kelentong keling Tun Mahathir tentang Pas dan negara kebajikan. Aku baca apa yang Mahathir fatwakan dalam blognya, aku juga lihat respon pengunjung blognya yang hampir 80 peratus memberikan komen negatif atas surahnya itu.
Aku juga tak faham bagaimana Izam yang cerdik pandai boleh percaya bahawa Bengali Karpal Singh adalah pemenang hasil dari pemilihan Pas yang baru. Macam mana Bengali yang tak ada kena mengena dengan Islam dan Melayu boleh masuk dalam masalah ini. Hanya Mahathir sahaja yang boleh jawab. Mungkin atuk dan nenek mereka berdua ini 1 kapal dari kerala dan Punjap India ke tanah Melayu. Mungkin ini perbalahan keluarga sejak 4 keturunan lampau. Siapa tahu!!!.
Mahathir yang kini bertukar menjadi Pak Imam Mahathir dan pimpinan UMNO yang sekular ini kepingin sangat akan negara islam hingga menyuruh-yuruh PAS supaya tidak membuang matlamat akhir mereka. Aku tak tahu kenapa UMNO yang memegang tampuk sekarang ini tidak mahu memartabatkan negara Islam mereka sendiri.Kenapa sibuk tepi kain orang?.
Aku juga bersurah kepada Izam bahawa tengahari tadi Kuthbah Jumaat di seluruh Selangor adalah berkisar tentang bahaya Fitnah.Aku katakan padanya hati-hati jika anda katakan Anwar meliwat atau berzina tanpa membawa 4 orang saksi. Anda secara automatik akan jatuh kepada hukum Qazaf. Simple. No 4 reliable witness 80 lashes - Qazaf. Aku katakan padanya bahawa Pas sudah mencengkam dan menyusun tenteranya disini.UMNO adalah pembangkang di Selangor, jadi apa hasilnya menjadi ketua Pemuda yang melebong sana sini tapi tidak ada siapa yang nak dengar lebongan anda. Tambahan pula, persaingan untuk Ketua Pemuda menjadi sengit kerana mereka perlu merebut sisa-sisa projek tinggalan kroni dalam koridor kuasa yang lebih tinggi. Aku katakan padanya Pemuda UMNO kini ini tidak akan dapat projek kerana diperintah oleh Pakatan Rakyat- mereka hanya penjual projek untuk makan komisen.
Senja semakin menjelang. Melangkah keluar dari Starbuck aku berkata " Bro, nak projek masuk UMNO, Perlis OK bukan Selangor, tapi kalo ko nak berbakti masuk PAS atau PKR- duit ko kena keluar." kata aku mengakhiri pertemuan petang ini.
Untuk diriku-aku lebih senang menjadi orang tidak berparti atau ber NGO. Aku adalah NGI - Non Govermental Individual walaupun aku penyokong tegar PR.

Tuesday, June 7, 2011

Salam untuk keluarga dari Paka

Selasa 7 June 2011
Masuk hari nie dah 4 hari aku berada di Paka Terengganu. Bulan June ini kelihatannya bulan takde kat office. Bermula dengan 1 June di Loji Penapisan Air Hulu Langat milik Puncak Niaga.Kami antara orang yang menyebabkan hampir 1 juta pengguna di lembah Kelang tiada air.
kemudian pada 2 June berada di Stesen Janaelektrik Sultan Abd. Aziz Kapar untuk membantu rakan dengan membuat investigation atas barang yang aku mempunyai kepakaran untuk melebong.
Jam 4 pagi pada 4 June aku sudah ada di jalan menuju ke Paka. Subuh di R&R Temerloh dan masuk safety briefing jam 9 pagi di Paka. Aku akan berada disini sehingga esok Rabu 8 June. Perancangannya esok setelah selesai kerja terus pulang ke Putrajaya.
Khamis pagi aku perlu ada di Malakoff office KL Sentral untuk meeting. Kebetulan, Technical Support Manager di Malakoff ini adalah senior aku di Universiti. Senang kautim. Sabtu 11 June baru aku ada masa untuk keluarga. Perancangan kami ke Sri Lanka perlu diteruskan walaupun macam malas aje nak gi.Booking dah bayar.
Tengah hari semalam semasa kerja aku ingatkan Cik Yah -sms "Hari ini mengajilah.kan tak jadi balik kg..hehehe Just gentle reminder to my feveret wife".(kata favourite tu kami aje yg tau dari mana datangnya)..
Cik Yah reply : Tau aje aku malas..Hahaha.
Aku reply: sms@ call ustazah skrg ye..Just duduk2 nie teringat pulak...nasib baik aku ada remote control dan six sense.
Senyap2 aku pun sms ustazah-minta dia datang mengajar walaupun cik Yah dah beritahu aku yang dia telah sms tapi Ustazah belum reply.
Tengah malam jam 2 pagi sms masuk 2 kali. Aku cuma lihat selepas subuh kerana aku dah lena di ulik selimut purple di hotel budget di Pekan Paka ini.SMS dari Cik Yah, MMS aku- I love You dan satu lagi I miss You. Itu lah kami,kalau berada berjauhan selalu sayang,rindu randa...Oleh kerana aku tak berapa romantik, aku biarkan sahaja MMS tu,tapi ku tulis di dalam blog ini dan umumkan yang aku juga sayangkan Cik Yah dan keluarga.
Selamat hari lahir untuk anak aku no.3 Muhammad Razif Mikhael yang ke 6 tahun pada 6.June dan selamat menjalani kelas teknik membaca Al-Quran untuk anak aku no.1 Muhammad Rashman Mizan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Salam sayang dari ayah di Paka.

Monday, June 6, 2011

Salzburg –City of Mozart-Aku menikmati musim bunga

Aku hairan kenapa ada kawan aku yang nak dengar muzik Mozart tapi dengar di Vienna atau Prague. Untuk menghayati lagu dan irama kena datanglah ke tempat asal artis tersebut. Betul tak?.Mozart berasal dari Salzburg. Jadi datanglah ke sini.
Mana sedap kalau kita dengar lagu Siti Nurhaliza di RTM Angkasapuri. Nak jiwang karat dan nak ada sentimental value kita kena pergi Kuala Lipis. Barulah kita boleh cakap, ini tempat Siti. Kita boleh menyanyi sekali sambil membayarkan Siti sedang dilahirkan oleh ibunya.
Begitu juga Dato, Datin, Tan, Tin dan Tun yang suka sangat dengar Pavarroti menyanyi di Philharmonic KLCC. Patutnya orang yang kaya itu perlu terbang ke Modena Italy tempat asal mamat tembab yang berjambang ini untuk menikmati suasana dan mengalaman yang mengujakan..Itu barulah betul.
Salzburg tidaklah jauh dari munich. Aku rasa dalam 150km – dengan train lebih kurang satu setengah jam sahaja. Citra kehidupan mereka seperti kebanyakkan warga negeri Bayern Germany. -Satu cara hidup yang aku gemari- smart and analytical thinker.
Aku tak lah obses dengan Salzburg sebagaimana aku sukakan Venice. Tapi oleh kerana aku nak lepak sambil memandang banjaran Alps yang masih memutih, aku cutikan diri aku sebentar disini sebelum pulang ke tanah air. Salzburg adalah sebuah bandar kecil yang sangat cantik.Aku rasa lebih cantik dari Geneva di Switzerland. Ramai yang datang kerana dua perkara. No satu disinilah tempat pengambaraan filem sound of Music yang dirakam pada tahun 1965 dan kedua kerana Mozart lahir disini.
Kota lama Salzburg dibarisi dengan gereja-gereja tua, kedai kopi yang enak dan mahal untuk golongan bercita rasa tinggi dan lorong-lorong tikus yang dipenuhi dengan kedai-kedai mewah. Ini termasuk kedai yang menjual kasut yang dihiasi dengan deretan batu swarovski.. cantik dan mahal.
Di Salzburg, bunga-bunga sedang berkembang mekar, semekar muzik klasik yang sudah menjadi darah daging dari kota yang terbelah oleh aliran sungai Salzach di tengah kota. Nama Wolfgang Amadeus Mozart adalah warisan tinggalan bandar ini. Mozart merupakan pemuzik yang memiliki sejumlah ‘peninggalan’ yang sampai kini masih boleh dinikmati dengan baik oleh warga yang berkunjung ke Salzburg.
Bangunan yang terletak di Makartplatz 8 misalnya, pernah menjadi tempat kediaman Mozart dari tahun 1773 sampai 1798. Sementara di sebuah jalan sempit yang dikenal sebagai pusat keramaian kota tua Salzburg dari dahulu hingga sekarang, Getreidegasse, tepatnya di sebuah bangunan bernombor 9, disinilah Mozart dilahirkan.
Aku membeli beberapa jenis deodarant untuk anak-anak lelaki ku.Hugo Boss, CK One, Escape dan CK Eternity. cukup seorang satu. Tak gaduh. Untuk Cik Yah, aku belikan barang yang sangat berharga - magnet untuk peti ais.. Oklah tu.Laki ko ni bukan banyak duit sangat.

Cekap dan Smartnya Warga German

Bukan tujuan untuk memuji warga ini atau kena mengena dengan latar belakang aku yang menimba ilmu kejuruteraan elektrik disini..

Menaiki train dari point ke point menjadi rutin aku selama 6 hari ini. Ada tidur di hotel dan ada juga di train. Aku amat suka kerana edah aku di Italy telah habis. Kembara aku di Prague telah tamat. Cuti aku di SalzburgAustria bernilai sentimental bersama Mozart telah habis. Aku gembira untuk masuk semula ke negeri Bavaria Germany.
Aku tahu kat mana nak dapatkan kebab atau ayam halal di bandar Munich / Munchen Bavaria ini. Aku tahu bagaimana untuk ke Marienplatz walaupun mataku ditutup di tengah malam. Bandar tempat lahirnya Nazi Party dan kereta BMW -Bavaria Motor Workshop ini menjadi pusat destinasi aku. Bandar ini adalah tempat aku bermain sejak zaman muda lagi.
Dari sini aku arrange trip ke Italy, Czech, dan Austria. Aku senang dengan warganya. Warga kerja di Deutsch Bahn (German train company ) cukup cekap, sistematik dan menepati citarasa aku sebagai pelanggan.
Mereka akan memulakan perbualan wajib dengan Guten Morgen (Selamat pagi) , Bitte (silakan/please), Danke Schoen ( Terima Kasih bebanyak), Bitte Schoen ( sama-sama/ your welcome) Tschuss (good bye).Very polite and humble you...
Tanpa diminta mereka akan printkan anda jadual perjalanan,connecting train dan buat reservation yang perlu. Di dalam train pengumuman dalam berbagai bahasa – jika ke Italy bahasa German, Italian dan English digunakan. Berbeza dengan italy yang hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja. Toilet di dalam train German 10 kali ganda lebih bersih dari train di Italy.
Suasana di kaunter tiket adalah sangat berbeza, di Italy kita perlu beratur panjang. Semasa aku berada di Milan, seorang warganya memarahi wanita kaunter yang melayani sekumpulan 3 wanita dari Jepun yang terkedek-kedek dan tak tahu arah tujuan membuat penempahan tiket memakan masa hampir 1 jam.
Disini suasana yang tersusun dan santai hampir sama dengan pejabat kerajaan di Putrajaya.Tempat lain aku tak tahu. Boleh lepak-lepak.
Aku rasa warga German dibesarkan dengan cara befikir secara analytical thinking ( mereka adalah penyelesai masalah). Di Munich, aku tak lihat mereka menghabiskan masa melayan pelancong Jepun atau orang yang pura-pura melancong dari Malaysia macam aku..hehehe berjam-jam hingga menimbulkan rungutan kepada orang dibelakang .
Cara kerja yang effisen dan sistematik ini yang perlu diterapkan di Malaysia. Aku percaya,ia perlu dimulakan dengan cara kita berfikir. Didikan untuk berfikir ini adalah dari sistem pembelajaran yang bersistem samada dirumah dan sekolah.
Oleh itu, Jika anda tak boleh berfikir dan menyelesaikan masalah, serahlah masalah itu pada saya dan biar saya fikirkan.Untuk menyelesaikan masalah itu, pengerasnya adalah sebulan gaji anda. Fikir-fikirkanlah..Itulah nilai untuk orang yang berfikir.

Cokelat untuk keluarga dari Gopinggen.

29th April 2011
Hari ini aku perlu menaiki train sejauh 200km keutara Munich menuju kebandar kecil dipanggil Gopinggen. Bandar ini juga kira-kira 40km ke selatan stuggart. - City of Mercedez Benz.
Rakan aku yang berdarah India adalah warga German. Aku tak pernah bertanya berapa lama dia dah tinggal di sini, tapi yang pasti beliau sudah berkeluarga dan berniaga disini sejak sekian lama. Beliau boleh dikatakan sangat berjaya dengan membeli beberapa hartanah di beberapa tempatdi sekitar Gopinggen termasuk 1 hotel sederhana disebuah kawasan industri disini. Dia juga yang aku propose supaya membantu aku membeli sebuah syarikat di Shah Alam yang akhirnya tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab tertentu.
Kami sememangnya sering in contact kerana beberapa barang untuk keperluan business aku ambil disini.
Beliau masih mengekalkan budaya Asia dengan sangat menghormati tetamu, membelikan aku buah tangan – cokelat Hanutta untuk anak-anak. Membawa aku makan di restoren terbaik di pekan kecil ini. Aku heran Cokelat Hanutta ini smapai sekarang takde lagi kat KLIA.. Milka dah lama masuk..
Dulu, mereka membelikan aku satu permainan keretapi yang sangat terkenal dari daerah ini bernilai ribuan ringgit. Masa adik ipar aku mengandung dan teringin memakan Hanutta ini, aku minta dia poskan Hanutta tu dari German..
Inilah untungnya ramai kawan- dapat makan free. Orang berbudi kita berbahasa- orang memberi kita merasa.
Danke Hr XXXXX.