Monday, June 6, 2011

Cekap dan Smartnya Warga German

Bukan tujuan untuk memuji warga ini atau kena mengena dengan latar belakang aku yang menimba ilmu kejuruteraan elektrik disini..

Menaiki train dari point ke point menjadi rutin aku selama 6 hari ini. Ada tidur di hotel dan ada juga di train. Aku amat suka kerana edah aku di Italy telah habis. Kembara aku di Prague telah tamat. Cuti aku di SalzburgAustria bernilai sentimental bersama Mozart telah habis. Aku gembira untuk masuk semula ke negeri Bavaria Germany.
Aku tahu kat mana nak dapatkan kebab atau ayam halal di bandar Munich / Munchen Bavaria ini. Aku tahu bagaimana untuk ke Marienplatz walaupun mataku ditutup di tengah malam. Bandar tempat lahirnya Nazi Party dan kereta BMW -Bavaria Motor Workshop ini menjadi pusat destinasi aku. Bandar ini adalah tempat aku bermain sejak zaman muda lagi.
Dari sini aku arrange trip ke Italy, Czech, dan Austria. Aku senang dengan warganya. Warga kerja di Deutsch Bahn (German train company ) cukup cekap, sistematik dan menepati citarasa aku sebagai pelanggan.
Mereka akan memulakan perbualan wajib dengan Guten Morgen (Selamat pagi) , Bitte (silakan/please), Danke Schoen ( Terima Kasih bebanyak), Bitte Schoen ( sama-sama/ your welcome) Tschuss (good bye).Very polite and humble you...
Tanpa diminta mereka akan printkan anda jadual perjalanan,connecting train dan buat reservation yang perlu. Di dalam train pengumuman dalam berbagai bahasa – jika ke Italy bahasa German, Italian dan English digunakan. Berbeza dengan italy yang hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja. Toilet di dalam train German 10 kali ganda lebih bersih dari train di Italy.
Suasana di kaunter tiket adalah sangat berbeza, di Italy kita perlu beratur panjang. Semasa aku berada di Milan, seorang warganya memarahi wanita kaunter yang melayani sekumpulan 3 wanita dari Jepun yang terkedek-kedek dan tak tahu arah tujuan membuat penempahan tiket memakan masa hampir 1 jam.
Disini suasana yang tersusun dan santai hampir sama dengan pejabat kerajaan di Putrajaya.Tempat lain aku tak tahu. Boleh lepak-lepak.
Aku rasa warga German dibesarkan dengan cara befikir secara analytical thinking ( mereka adalah penyelesai masalah). Di Munich, aku tak lihat mereka menghabiskan masa melayan pelancong Jepun atau orang yang pura-pura melancong dari Malaysia macam aku..hehehe berjam-jam hingga menimbulkan rungutan kepada orang dibelakang .
Cara kerja yang effisen dan sistematik ini yang perlu diterapkan di Malaysia. Aku percaya,ia perlu dimulakan dengan cara kita berfikir. Didikan untuk berfikir ini adalah dari sistem pembelajaran yang bersistem samada dirumah dan sekolah.
Oleh itu, Jika anda tak boleh berfikir dan menyelesaikan masalah, serahlah masalah itu pada saya dan biar saya fikirkan.Untuk menyelesaikan masalah itu, pengerasnya adalah sebulan gaji anda. Fikir-fikirkanlah..Itulah nilai untuk orang yang berfikir.

No comments:

Post a Comment