Saturday, June 18, 2011

Rehat di Colombo

11 June 2011
Seorang pemuda memegang sepanduk bertulis " Rashid Salleh" menunggu aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo. Aku segera melambai kepadanya.
Pemuda berkulit gelap - bukan hitam manis seperti aku..hehehe..maksudku beliau lebih gelap dari aku pastinya. Beliau tersenyum melihat kami sekeluarga berjalan pantas kearahnya. Biasanya orang yang berkulit gelap ini hanya giginya sahaja yang putih. Jadi aku dapat melihat senyumannya dari jauh.
"saya lah Rashid" kataku..
Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Ramesh. Pemandu kami untuk package perlancongan kami di Sri Lanka selama 5 hari 4 malam. Package ini hanya untuk kami sekeluarga sahaja.Ianya direka/ design untuk kesesuaian keluarga aku setelah mendapat pandangan dari rakan aku di sini. Tiada orang lain melainkan kami berenam dan lebih kepada aktiviti untuk anak-anak.
"Selamat datang ke Sri Lanka. Kita akan bersiar-siar di kota sebelum menuju ke hotel di kawasan tepian pantai di Mount Livinia. En. Rohan Dassanayake, Pengarah Urusan Discover Holiday Sri Lanka akan menunggu tuan di hotel" kata Ramesh kepada kami sambil van nissan beliau meluncur laju meninggalkan lapangan terbang.
Kami sampai di Colombo pada jam 8:30 pagi waktu Sri Lanka dengan pesawat Airasia. Waktu disini adalah 2 jam setengah lewat dari waktu Malaysia.
Aku lihat Colombo seperti negara dunia ketiga yang mundur. Colombo masih lagi dalam proses pembangunan. Walaubagaimanapun, keadaan Sri Lanka kini lebih aman apabila peperangan di wilayah utara negeri Jaffna telah diisytiharkan tamat sepenuhnya pada tahun 2009. Tiada lagi pemberontakan Liberation Tigers of Tamil Eelam LTTE. Golongan Tamil yang ingin kemerdekaan dari Sri Lanka.
"Macam Indon pun ada, macam India pun ada" kata Cik Yah kepada ku. Aku menganggukkan kepala tanda setuju.Inilah cara kami pelajari cara hidup, budaya dan sosial masyarakat. Kami turun ke padang. Pengalaman adalah pelajaran yang tidak akan didapati di bilik darjah. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Di hotel Rohan telah menunggu aku. Aku membayar baki wang dan berbincang tentang package supaya perjalanan aku tiada gangguan.
Selepas check in di Palm Beach Hotel, aku melayan anak-anak mandi kolam. Jam 4 petang kami dibawa Ramesh ke kota untuk menikmati suasana di daerah Financial district Colombo. Cuaca yang panas membuatkan kami selesa mengambil gambar dan lari semula ke van yang ber aircond. Makan malam hanya di hotel sambil ditemani beberapa ekor ikan kap yang berada di kolam disisi meja makan kami.Terasa seperti di rumah!.

No comments:

Post a Comment