Sunday, June 19, 2011

Muadz nak adik..

13 June 2011 makan malam..
Cuaca diluar sungguh dingin sekali. Aku rasakan suhu adalah dibawah 12 darjah Celcius. Hanya kami sekeluarga yang menikmati makan malam di hotel Galway Forest Lodge.
Ku kira pelayan dicampur dengan tukang masak mungkin lebih ramai dari kami sekeluarga.
Petang tadi setelah kepala aku kembali normal, kami bersiar-siar di sekitar hotel kemudian anak-anak berkuda di pinggir Nuwara Eliya dan seterusnya membeli barang harian di kota.
Sambil mengunggu makanan dihidang, aku bertanya kepada 4 orang anak aku - siapa nak adik lagi?. Jawapan mengejutkan.. Semua nak adik.. hehehehe.
Mulanya Mizan tak mahu adik kerana kononnya dia yang penat menjaga adik. Tapi jawapan itu dibantah oleh aku dengan membuktikan bahawa dia sering bermain, hanya bibik dan ibu yang sering menjaga Muadz dan adiknya yang lain. Mizan akhirnya terpaksa bersetuju. Kemudian menukar syarat bahawa jika adik lagi dapatkanlah perempuan...Aku katakan itu adalah kuasa Yang Esa Sang Pencipta. Akhirnya Mizan pasrah.
Oleh kerana abang sudah setuju, Mukhriz dan Mikhael jua terpaksa bersetuju daripada terpaksa bersoal jawab dengan aku. Tapi yang kelakar dan bestnya Cik Yah cuba mempengaruhi anak kecilnya Muadz supaya tidak payah beradik lagi.
" Muadz nak adik tak?" Tanya Ibunya.
Sudah pasti budak sekecil Muadz biasanya akan mengambil kata belakang. "tak".
Tapi Muadz berkata "nak"
"Kan susah ada baby macam makcik siti' Cik Yah menambah.
"Baby..Muadz nak baby" kata Muadz menyebabkan kami semua tergelak.
"Issssh.. susah ada baby" Cik Yah berkata.
"Tak, Muadz nak baby" Muadz mula menjerit. kami semua ketawa melihat telatah dua beranak ini.
Camna Cik Yah.. bersedia?.

No comments:

Post a Comment