Monday, June 6, 2011

Salzburg –City of Mozart-Aku menikmati musim bunga

Aku hairan kenapa ada kawan aku yang nak dengar muzik Mozart tapi dengar di Vienna atau Prague. Untuk menghayati lagu dan irama kena datanglah ke tempat asal artis tersebut. Betul tak?.Mozart berasal dari Salzburg. Jadi datanglah ke sini.
Mana sedap kalau kita dengar lagu Siti Nurhaliza di RTM Angkasapuri. Nak jiwang karat dan nak ada sentimental value kita kena pergi Kuala Lipis. Barulah kita boleh cakap, ini tempat Siti. Kita boleh menyanyi sekali sambil membayarkan Siti sedang dilahirkan oleh ibunya.
Begitu juga Dato, Datin, Tan, Tin dan Tun yang suka sangat dengar Pavarroti menyanyi di Philharmonic KLCC. Patutnya orang yang kaya itu perlu terbang ke Modena Italy tempat asal mamat tembab yang berjambang ini untuk menikmati suasana dan mengalaman yang mengujakan..Itu barulah betul.
Salzburg tidaklah jauh dari munich. Aku rasa dalam 150km – dengan train lebih kurang satu setengah jam sahaja. Citra kehidupan mereka seperti kebanyakkan warga negeri Bayern Germany. -Satu cara hidup yang aku gemari- smart and analytical thinker.
Aku tak lah obses dengan Salzburg sebagaimana aku sukakan Venice. Tapi oleh kerana aku nak lepak sambil memandang banjaran Alps yang masih memutih, aku cutikan diri aku sebentar disini sebelum pulang ke tanah air. Salzburg adalah sebuah bandar kecil yang sangat cantik.Aku rasa lebih cantik dari Geneva di Switzerland. Ramai yang datang kerana dua perkara. No satu disinilah tempat pengambaraan filem sound of Music yang dirakam pada tahun 1965 dan kedua kerana Mozart lahir disini.
Kota lama Salzburg dibarisi dengan gereja-gereja tua, kedai kopi yang enak dan mahal untuk golongan bercita rasa tinggi dan lorong-lorong tikus yang dipenuhi dengan kedai-kedai mewah. Ini termasuk kedai yang menjual kasut yang dihiasi dengan deretan batu swarovski.. cantik dan mahal.
Di Salzburg, bunga-bunga sedang berkembang mekar, semekar muzik klasik yang sudah menjadi darah daging dari kota yang terbelah oleh aliran sungai Salzach di tengah kota. Nama Wolfgang Amadeus Mozart adalah warisan tinggalan bandar ini. Mozart merupakan pemuzik yang memiliki sejumlah ‘peninggalan’ yang sampai kini masih boleh dinikmati dengan baik oleh warga yang berkunjung ke Salzburg.
Bangunan yang terletak di Makartplatz 8 misalnya, pernah menjadi tempat kediaman Mozart dari tahun 1773 sampai 1798. Sementara di sebuah jalan sempit yang dikenal sebagai pusat keramaian kota tua Salzburg dari dahulu hingga sekarang, Getreidegasse, tepatnya di sebuah bangunan bernombor 9, disinilah Mozart dilahirkan.
Aku membeli beberapa jenis deodarant untuk anak-anak lelaki ku.Hugo Boss, CK One, Escape dan CK Eternity. cukup seorang satu. Tak gaduh. Untuk Cik Yah, aku belikan barang yang sangat berharga - magnet untuk peti ais.. Oklah tu.Laki ko ni bukan banyak duit sangat.

No comments:

Post a Comment