Monday, November 23, 2009

Cita-cita Melahirkan Generasi Al-Quran yang unik

Malam tadi, anak-anak kawan dah didaftarkan untuk mengikuti kelas bimbingan untuk hafazan di Akademi Darul Huffaz di Presint Diplomatik Putrajaya. Visit www.darul-huffaz.com..

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. Mukjizat ini kekal sehingga ke hari Kiamat dan kita dapat melihat dan mengkaji betapa agung dan hebatnya mukjizat Al-Quran. Isi kandungan Al-Quran tidak mampu ditiru dan diubah oleh mana-mana manusia. Bahasa Al-Quran begitu indah dan isi kandungannya mengandungi pelbagai jenis ilmu. Allah mencabar manusia untuk mencipta satu ayat atau surah yang standing dengan Al-Quran namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun manusia yang mampu meniru kehebatan Al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 hingga 24 yang bermaksud :”Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir”.

Tanggungjawab setiap ibu bapa mengajar anak tentang Al-Quran. Anak-anak perlu didedahkan semenjak kecil lagi dengan Al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Ajarkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu mencintai nabi kamu, membaca Al-Quran dan mencintai keluarga Rasulullah”.

Kita bertanggungjawab melahirkan generasi Al-Quran yang unik seperti yang telah ditegaskan oleh Sayyid Qutb. Jadikan cita-cita setiap ibu bapa untuk melahirkan seorang hafiz atau hafizah daripada keluarga mereka dan dalam masa yang sama menjadi seorang profesional. Negara amat memerlukan golongan doktor, jurutera, peguam dan golongan-golongan profesional yang hafiz dan mahir Al-Quran. Semoga cita-cita kawan untuk anak-anak kawan ini dimakbulkan Allah..

Weekend-keluarkan peluh


Ahad-22.11.09
1) Kolam ikan kawan dah bersih semula. Tapi tak tahu berapa lama boleh tahan. Dari pagi bawa kemalam bekerja keras.Tapi ada selingan ke KL.. hasilnya. lumayan sekali. bersih dan rapi. rumput taman dipotong, lumut kolam dibuang..Lihat lah sendiri hasilnya..
2) Tgh hari bergegas ke Taman Titiwangsa TNB Substation untuk tengok barang apa yang TNB minta kawan supply.Current Transformer Manufacturer di Korea. Hico Transformer.
3) Singgah di Pavillion. Hajat di hati nak beli Kemeja dan seluar di butik Raoul tapi tak ada yang sesuai,Dockers takde saiz. sudahnya hanya makan donut di J.Co Donut di 1st floor - (higly recommend) better taste than Dunkin Donut.Donut lembut-Mini donut tu sekali telan aje.
4) Malam ke Darul Huffaz (www.darul-huffaz.com) untuk mendaftarkan anak-anak kawan ke kelas hafazan al-quran. Located at Presint Diplomatik. Cuti sekolah begini lebih baik masukkan kelas daripada asyik main kat taman aje. Lagipun kawan-kawan dia depan rumah akan balik ke Tokyo malam ni dab pulang ke Putrajaya semuala pada awal Jan. So takut mereka boring, main dan tgk TV shj, adalah lebih afdal masukkan mereka ke kelas ini.Pasti ada hasilnya yang lebih lumayan..Jazakallah khairan kathira.(Semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian dengan kebaikan yang banyak)..

Friday, November 20, 2009

Exclusive Invitation that i turn down..


Recently I have received exclusive invitation cards to preview of latest Jaguar XFR and Montblanc Limited Edition.
Well, this new prestige and high end car is look quite sporty compare to previous model, I guess it just copy of Bentley design with few touch up and better finishing. I not big fan of Jaguar or any continental cars. Sedan is out of my mind at the moment.
While, Montblanc is consider new name in high end watches industries, I prefer few another brand of swiss made watches namely, ORIS, Tag Heuer and Baume & Mercier.
Considering this 2 aspect, I have to say sorry and turn down their invitation.

Tuesday, November 3, 2009

Kesian Student.jadi mangsa..

Macam mana student nak pandai, dapat peruntukan Ahli Parlimen kebas. Sampai duit budak sekolah pun dia sapu.. Dulu ada kes duit zakat pun mereka telan...Tappi kawan confirm bila melibatkan dari UNMO, lepas nie sure kes ditutup..Duit habis buat joli..Yang bestnya semua claim sekata 10k each programme.

Sabak Bernam parliamentarian Abdul Rahman Bakri (UMNO), 44, has today been slapped with eight corruption charges, which he pleaded not guilty and claimed trial.
MCPX
Abdul Rahman from Umno was accused of making false claims totaling RM80,000 from his constituency allocation for a series of allegedly non-existing events.

A number of the alleged claims were made when he was Ayer Tawar assemblyperson.

The eight charges are:

1) False claim of RM10,000 for a SPM students programme.

2) False claim of RM10,000 for a PMR students programme.

3) False claim of RM10,000 for a UPSR students programme.

4) False claim of RM10,000 for Program Mesra Rakyat dan Maulud Nabi events.

5) False claim of RM10,000 for a UPSR motivation course.

6) False claim of RM10,000 for a Kemas Family Day

7) False claim of RM10,000 for another Mesra Rakyat Programme.

8) False claim of RM10,000 for a Forum Perdana Programme.