Monday, November 23, 2009

Cita-cita Melahirkan Generasi Al-Quran yang unik

Malam tadi, anak-anak kawan dah didaftarkan untuk mengikuti kelas bimbingan untuk hafazan di Akademi Darul Huffaz di Presint Diplomatik Putrajaya. Visit www.darul-huffaz.com..

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. Mukjizat ini kekal sehingga ke hari Kiamat dan kita dapat melihat dan mengkaji betapa agung dan hebatnya mukjizat Al-Quran. Isi kandungan Al-Quran tidak mampu ditiru dan diubah oleh mana-mana manusia. Bahasa Al-Quran begitu indah dan isi kandungannya mengandungi pelbagai jenis ilmu. Allah mencabar manusia untuk mencipta satu ayat atau surah yang standing dengan Al-Quran namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun manusia yang mampu meniru kehebatan Al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 hingga 24 yang bermaksud :”Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir”.

Tanggungjawab setiap ibu bapa mengajar anak tentang Al-Quran. Anak-anak perlu didedahkan semenjak kecil lagi dengan Al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Ajarkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu mencintai nabi kamu, membaca Al-Quran dan mencintai keluarga Rasulullah”.

Kita bertanggungjawab melahirkan generasi Al-Quran yang unik seperti yang telah ditegaskan oleh Sayyid Qutb. Jadikan cita-cita setiap ibu bapa untuk melahirkan seorang hafiz atau hafizah daripada keluarga mereka dan dalam masa yang sama menjadi seorang profesional. Negara amat memerlukan golongan doktor, jurutera, peguam dan golongan-golongan profesional yang hafiz dan mahir Al-Quran. Semoga cita-cita kawan untuk anak-anak kawan ini dimakbulkan Allah..

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete