Wednesday, April 6, 2011

Hari Duka keluarga En.Ahmad Sarbani Mohammed

Aku tidak mengenali langsung En. Ahmad Sarbani Mohammed Penolong Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Apatah lagi keluarga dan sahabat-sahabat beliau.


Aku hanya mengenali mereka setelah Ahmad Sarbani ini meninggal dunia kerana jatuh dari bangunan SPRM. Itupun melalui akhbar online yang paparan lebih pantas dari media cetak.


Saat ini keluarga beliau sedang berduka, aku pasti duka ini seperti mana yang keluarga Teoh Beng Hock lalui 2 tahun yang lampau.


Kenapa jadi begini?. Pisang sudah berbuah dua kali. Kisah TBH belum habis lagi, kini ditambah dengan kes Sabrani. Alahai SPRM. Mana perginya procedur SPRM yang diwayangkan setiap hari. SPRM kini sedang dan akan dibicarakan sekali lagi oleh orang ramai. Rasa aku SPRM mengamalkan slogan "1 MALAYSIA..SIASAT SAMPAI MATI".


Jujurnya aku ada perasaan ragu-ragu kepada warga SPRM sendiri.. Aku cuba sedaya upaya mengelak dari mendekati mereka dengan lebih dekat. Pada aku intergriti mereka juga boleh dipersoalkan. Cuba lihat pada Ketua Pengarah SPRM sebelum ini. Beliau juga tercalit dengan beberapa transaksi yang boleh dipertikaikan.


Aku berjiran jauh dengan pegawai SPRM di Presint 9 - anak mereka.. opps.. beberapa ikan Koi dikolam rumah aku diorang buat barbeque sewaktu kami semua balik kampung. Nasib baik ikan aku tak mati semua.


Aku pernah sekapal dan beratur bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, sewaktu menunaikan umrah penghujung 2009. Aku 2 kali terserempak dengan beliau di Kelab Tasik Putrajaya sewaktu makan tengahari. Pada aku, mendekati mereka ini, akan merbahayakan diri aku sendiri. Entahlah.. kenapa aku berkata begitu.. Mungkin kes Rosli Dahlan vs SPRM membuatkan aku sedikit ragu dengan mereka. Tambahan pula, mereka suka menonton filem lucah di office..Royal Comission of Inquiry Teoh Beng Hock adalah bukti.


Kali ini apakah alasan mereka meninggalkan En.Sarbani keseorangan?..Adakah juga untuk menonton "blue filem".. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.


Al Fatihah untuk En. Ahmad Sarbani.. Kepada keluarga beliau, sabarlah atas ujian Allah ini.






Tuesday, April 5, 2011

Mukhriz.... usaha itu tangga kejayaan.

Anak kedua kawan Muhammad Rizman Mukhriz berjiwa sensitif, suka makan pedas, takut mencuba dan lambat tangkap pelajaran kerana banyak main..


Rasanya sifat ini diwarisi dari sifat kawan. Ini yang kawan notice lebih setahun yang lepas sejak Mukhriz ada PRA sekolah. Mungkin silap kami menghantar Mukhriz ke PRA tidak seperti abang dan adiknya yang kami hantar ke tadika private sebelum ke darjah 1. Masa Mukhriz berusia 5 tahun kami hantar dia ke tadika private juga - Cendiakawan, tapi dapat report dia tidur di dalam class dan duduk paling hujung sekali serta kurang komited.


Atas sebab itu kami masukkan sahaja dia di PRA semasa 6 tahun. Sekarang 7 tahun -darjah 1..bacaannya masih merangkak-rangkak. Lebih parah, Mukhriz terpaksa memakai cermin mata kerana rabun jauh - rabun ini kawan rasa disebabkan terlebih menonton tv.


Kawan dilahirkan bukan untuk menjadi cikgu, sebab itu kawan kurang mengajar anak-anak. Kawan takut kawan nie jadi Mak Som _seorang ibu tiri yang garang (lakonan Abby Abadi) didalam Hikayat Putra Shahzan. Jika dulu kawan ajar Mizan mengaji Quran, sekarang tempat itu diambil alih oleh Cik Yah. Sudah pastinya mahraj huruf, tajwid dan lagunya lebih sempurna.. Terima kasih kepada Ustazah Aini..


Mukhriz bukannya benak tetapi anak ini perlu di beri penekanan yang lebih. Buktinya nak bunyikan Alif memakan masa 2 hari kawan mengajar dia, tapi sekarang alahamdulillah sedikit lancar dengan Iqranya.


Kawan lihat tumpuan yang lebih pada Mukhriz sekarang ini akan membuahkan hasil. Kawan berharap CikYah teruskan dan pastikan Mukhriz membuat lebih latihan tekan tubi yang lebih. weekend dia perlu tambah dengan pembendaharaan kata.


Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, belakang parang jika diasah lagikan tajam. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersusah susah dahulu,bersenang-senang kemudian.kita kena tunggu hasilnya 15 tahun lagiye Cik Yah... insyaallah..