Sunday, August 30, 2009

Kenapa Provoke Hindu dengan kepala lembu....?


Jumaat lepas kawan baca Malaysian Insider. Terkejut gak mamat mamat Melayu nie habis sembahyang Jumaat bawak kepala lembu utk demo membantah pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam. Bukankah lembu itu tuhan bagi orang yang beragama Hindu.
Kenapa nak provoke agama orang lain sampai menghina sembahan mereka.
Kawan takut penganut Hindu akan membalas dengan menghina tuhan kita pula. Firman Allah dalam surah Al-An'aam (Binatang Ternak) ayat 108: Maksudnya : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.
Kawan tak berminat sangat dengan aksi extrem macam ni walaupun kawan pun suka demo2 nie. Banyak cara yang lebih bertamaddun lagi afdal dari membawa kepala lembu semasa demo. Kuil kat Shah Alam nie sebelum merdeka dah ada. Al-maklum kat situ semua estate sebelum naiknya seksyen2 nie.

Monday, August 24, 2009

Kenapa malas ye?.

Lepas kena demam,batuk dan selesema baru2 nie, kawan berasa hairan kenapa kawan jadi malas untuk bangun malam. Nak tahajud malas,sekarang tarawih hanya lapan, cuma semalam aje dapat 20.Handset macam nak meletup dengan jam loceng tapi tidur lena tak nak jaga.Tak tahu kenapa. Harap dimalam yang mendatang kawan akan bertambah baik. Doa-daokanlah ye..

Seharian di Jakarta

18.08.09 -Awal pagi sebelum subuh kawan sudah membelah jalan ke LCCT untuk berjumpa dengan rakan karib di jakarta, perbincangan tertumpu kepada usaha untuk menambahkan jualan produk kawan di kepulauan Jawa. Dari Mangga Dua kami beralih ke Senayan City yang lebih high end dan privasi.
Alhamdullillah semua berjalan lancar. Pulang lewat malam.Capek tapi tak apa, yang penting hasilnya lumayan.Insya allah
Pohon maaf kepada Hj. Din dan Hjh. Izan kerana tak kesempatan untuk berjumpa di Tanah Abang. Moga jualan baju sempena Ramadhan ni sukses buat kalian ye..

Mencari buah hati baru

Ha..haa..
Last weekend awal ramadhan kawan bersama three stooges pergi mencari buah hati yang baru. Cik Yah tak ikut. Meeting Mary Kay..Akhirnya berjumpalah dengan si dia..
jeng-jeng..sebuah kereta Lexus Harrier warna putih.
Insyaallah kalau ada jodoh dan rezeki dapatlah kawan gunakan sebelum raya.
Sebenarnya hajat dihati memang berkenan pada sport car Nissan Fairlady 350Z. Tapi memandangkan keluarga yang besar dan sentiasa bertambah, hajat ini perlu dipendamkan dulu.
Tak semua apa yang kita hajatkan akan dapat. Sebagai galang gantinya, kawan pun angkatlah MPV ni. Senang untuk kawan sekeluarga.
Masalah sekarang nak parking Transformer Alfonso ni kat mana ye. Semua parking spot dah penuh kat area ni.

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan Ya Kareem datang lagi..
Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang lalu.
Syukur kerana dipanjangkan usia.