Monday, May 25, 2009

Penanti: Kenapa BN Menyerah Kalah?.







Former British Prime Minister Sir Winston Churchill says: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran). Pada kawan, keputusan BN tidak bertanding pilihan raya kecil Penanti membayangkan mereka adalah sebuah parti yang pesimis / tidak berdaya. Pengerusi BN, DS Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang”. Kawan kata, kalau tak main politik janganlah jadi politician.
Note : Churchill -photo taken during my London visit in Oct 2008 and March 2009

Penanti : Ada juga drama dari Aminah Abdullah @ Altantuya

Nak gelak pun ada bila tengok berita. Aminah nie ditawarkan jawatan oleh Tim. Ketua menteri kalau menang. Tapi sebelum tu kalau tarik diri dapat RM80,000.
Pada kawan nie hanya auta/gebang/sandiwara mami nie aje. Bukan senang ooo nak glemer. masa nie aje ambil kesempatan..Tapi takpe yang penting dia nie Altantuya @Aminah Abdullah versi mamak...Utusan Malaysia Online - muka hadapan

Sunday, May 24, 2009

Zakat KWSP dan kewajipan..

21.May.2009,
Hanya tazkirah ringkas.. Adalah menjadi kewajipan kita untuk membayar zakat sebanyak 2.5% daripada wang yang kita keluarkan dari simpanan KWSP. Tutup akuan lah nie. Ambil skim pencen...
Bersihkanlah harta adalah satu jalan yang mulia. Jangan ada rasa berat dan kecewa untuk mengeluarkan sedikit dari harta itu. Bahagian itu bukanlah milik kita. Dengan ini semoga kita memperolehi kehidupan yang lebih berkat..
Bacaan kawan daripada majalah ASNAF di TNB Research sambil menunggu Zul habis meeting.

Perak Saga: Zamby is MB

Friday 22nd.May.2009
The appellate court today allowed an appeal by Barisan Nasional's Zambry Abd Kadir to reverse the Kuala Lumpur High Court decision. The court ruled that Zambry was the legitimate menteri besar.
I hope the court's decision will end the political imbroglio in Perak. The question :
What will the declared rightful MB do? And what will the defeated party do?Will any action taken further by one party be acceptable to the other?Will it leave any more room for out- manoeuvring by the other?
For sure, I don't have to be a Perakian to be hoping for an end to this crisis. I sick and tired of this politiking.So, I'd like to see who is the winner here, to realize that the people are the real victims if this imbroglio is prolonged.

Thursday, May 21, 2009

Perak Crisis: My experience with Dato Ramly Ali and Sulaiman Abdullah

21.05.09 Masih bercerita pasal Perak..
Di sudut undang-undang mereka berdua nie juga terlibat secara langsung.Kepada yang tak ambil pot- Hj. Sulaiman adalah peguam DS Nizar dan Dato Ramly Ali adalah hakim mahkamah rayuan yang mendengar rayuan DS Zamry untuk tangguhkan keputusan mahkamah tinggi minggu lalu dan menyebabkan Nizar hanya kurang 24 menjadi MB.

Kawan pernah juga berbual dengan Hj. Sulaiman di Mahkamah Tinggi sewaktu kes saman sivil kawan. Beliau ni OTAI utk lawyer muda macam lawyer kawan ni. Baiknya beliau akan mencurahkan ilmu dimana sahaja. Kelihatan kalau kat Kantin mahkamah, ramai yang respek pada OTAI-OTAI yang macam ni. Perbincangan lebih tertumpu bagaimana penghakiman Dato Ramly. "Perbualan kami ni off record".

Alhamdulillah kawan menang semua kes. Kes kawan ni kes berat. Kawan dapat Anton Pillar order (mcm waran geledah) tapi kawan buang dalam tong sampah kerana pada kawan plantif/pemula ni main kotor. Sudahnya kawan disabitkan dengan contempt of court (menghina mahkamah) pulak.Parahhh... Hakim yang beri judgement ni adalah Dato Ramly. Tapi oleh kerana hujah-hujah lawyer kawan lebih baik dari lawyer lawan, kawan menang semua kes.. Alhamdulillah..Yang paling seronok lawyer kawan dapat mengalahkan very senior corporate lawyer. Dia nie buat buku "Corporate Law" punyelah tebal. Balik kat anjing, anjing pun mati.. Yang menjadi persoalan adakah mungkin sebab Dato Ramly ni bapak mertua Cat Farish dari Fabulous Cat kawan menang kes..Apa kaitan semua ini!!!
Kes kawan sekarang masih di mahkamah rayuan. Pihak plantif telah memfailkan rayuan.Kawan tunggu sahaja flow..

So moral of the story: Kalau kes civil or criminal macam kawan ni, hakim kita OK- jalan yang lurus, tapi kalau ada unsur2 tekanan politik dari atas/pemerintah, hakim kita ni senget sikit. Wallahualam..Nilailah sendiri...

Wednesday, May 20, 2009

Tahu tak anda kenapa kes ragut meningkat??Ini jawapannya

Jenayah ragut di KL membimbangkan-- Utusan
KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan bahawa jenayah ragut di ibu kota meningkat 99 peratus. Berdasarkan statistik 1,915 kes ragut dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
Kes ni belum dicampur 1 kes lagi yang berlaku di Perak yang terbaru..So, sekarang anda dah faham kenapa, kes ragut dah meningkat. Ini kerana orang yang mengubal undang-undang pun jadi peragut. Meragut kuasa dari speaker yang sah bagi kat orang yang dia suka...Dunia dah terbalik...

Perak.. Tempoyak yang kering

Suasana politik di Negeri Tempoyak ni tak sudah-sudah.. Sebagai seorang kaki business, kawan lihat benda-denda nie tak patut berlarutan panjang sangat. Ini tidak bagus untuk pelaburan dan hala tuju negeri.Ramai rakan-rakan lain bimbang untuk buat projek disini. Nasib baik Power Plant di Lumut under IPP. Kalau State gov. parah gak. Semua aktor yang terlibat cerdik pandai belaka. Dr. Zambry lulusan Phd dari Temple University. Hj Nizar adalah Jurutera perunding lulusan Aston University Birmingham, England dan Raja Nazrin kelulusan Phd dari Havard University. Hebat bukan.. takde pun from local U.
Tapi adakah kerana kekurangan ketakwaan kepada yang Esa menjadikan mereka begini.. Wallahualam..Perlu diingatkan bahawa kuasa, kekayaan, kesihatan, anak adalah kurniaan Allah. Dia berhak menarik kembali dari gengaman kita sebagai tanda amaran dan ujian.
Sudah pasti sebagai seorang politikus mereka akan berlawan selagi ada ruang dan peluang.
Harapan kawan, selesaikan secepat mungkin. Tak guna sijil berjela tapi tak boleh buat keputusan..This is just matter Ok or not ok to dissolve the Perak assembly. Since the ball in Sultan court, patik yang hina ni syorkan Tuanku solat istikarahlah bebanyak,bukan dengar khabar dari kaki bodek yang melepak di kaki istana..

Tuesday, May 19, 2009

Flashback Selamat Datang.. Bapak2, Ibu2... ke Sumatera

Feb 2008,
Kunjungan ke Sumatera melengkapkan keseluruhan pulau besar di Indonesia yang pernah kawan kunjungi. Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi melalui jalan udara, hanya kalimantan melalui Sarawak. Beberapa tahun dahulu (tahun 2000) kawan sudah merentas kepulauan Jawa. Di waktu lain kawan berkesempatan melihat pulau Krakatau dan singgah di Anyer/ Merak (feri ke kepulauan Sumatera). (ingat tak lagu bagai anyer dan Jakarta).. dari penghujung bahagian Barat hingga ke Bayuwangi di bahagian Timur(tempat feri ke Bali) telah kawan jajahi. Atas dasar kerja dapatlah kawan keserata pelusuk kepulauan Jawa untuk kerja maintenance di PLN (macam TNB di Malaysia).
Kunjungan sebagai wisata (pelancong) adalah berbeza. Kawan teringat, melalui immigration di Padang, pegawai confuse kerana melihat banyak Visa Kerja dipassport kawan. Mungkin juga dia ingat kawan ni VVIP dr Malaysia kot..Ha..haa....Untuk maklumat, kalau tujuan kerja, rakyat Malaysia perlukan visa. Janganlah jadi 2 org auditor/accountant kita yang ditangkap di PT INCO Sulawesi.. Waktu tu kawan juga berada disana tapi Pak Polisi ingat kawan ni orang Indon.. haa.. terlepas gue dari tido dalam lokap..Kawan tak fikir Pak Polisi melihat warna kulit, Satu lagi advantagenya kawan bisa bertutur bahasa Indonesia dengan fasihnya..Ha..haa..
Ini buktinya
September 22, 2005..Bernama..
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang berusaha membebaskan dua akauntan Malaysia termasuk seorang wanita, yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah berbincang dengan pegawai kedutaan Malaysia di Indonesia bagi membantu membebaskan dua akauntan dari firma perunding perakaunan KPMG itu.
Beliau mengulas kes dua rakyat Malaysia, Choo Yao Chin, 24, dan Raimala Sivalingam, 29, yang ditahan di republik itu sejak 17 Ogos lalu.
Mereka mempunyai urusan dengan syarikat perlombongan, PT International Nickel Indonesia (Inco) di Sorowaka, Makasar.
Selepas 20 hari di sana, mereka ditahan Polis Daerah Sulawesi Selatan (Polda SulSel) atas alasan tidak mempunyai visa kerja.
Choo kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Makassar, manakala Raimala di sebuah hospital kerana tiada penjara wanita di situ.
elmarin, KPMG meminta kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia membebaskan dua akauntan itu.

Kenangan Haji...Re-union

Persidangan haji2 di bawah pokok. Boleh sah ke?. Dont worry kita ada Tn.Hj. Abdullah (duduk celah pokok - Senior Lawyer/owner from Wrigglesworth & Co. He is one of two Notaries Public in Kelantan. (Pangkat atas dari Pesuruhjaya Sumpah)

Persidangan nie boleh sah kot.. kerana kita ada Dato' Zainuddin - former Chairman Putrajaya Holding, and currently Technical Advisor Iskandar Malaysia.I heard from somebody.

Tanggal 25.04.09- kami adakan "so-called" re-union Haji di rumah Tn. Hj Zamani. Ramailah Pak-pak dan mak-mak haji yang turun dari merata Malaya. Basically, kami semua memenuhi undangan kahwin anak perempuan Tn. Hj Zamani yang tinggal di Dengkil. Kesempatan ini kawan ambil untuk berjumpa kawan-kawan yang tinggal bersama, makan bersama, solat bersama, jalan bersama hampir 40 hari di Makkah dan Madinah.
Terasa seronok gak dapat jumpa rakan yang rata-rata lebih berusia dari kawan dan Hj. Din. Tapi nie tidak membatas pergaulan kami semua. Respek tu perlu ada.Tidak putus-putus permintaan memperlawa kami kerumah mereka.
Insya-allah ada kesempatan masa, kawan akan kesana...

Flashback: Benvenuti all'Italia - Welcome to Italy


Kunjungan kami atas undangan principal ke Milan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Anpec adalah sole distributor untuk product transformer accesories Terman di Milan ini.

Sudah lebih 8 tahun kawan tidak ke Milan. Jika zaman muda kawan sanggup bermalam didalam train dari Paris ke sini dan pulang semula ke Munich di German sebelum pagi Isnin untuk ke Kelas, tapi sekarang lebih mudah dengan mengambil speed train atau budget airline untuk menjelajah Eropah. Tak lah sakit badan..

Venice sememangnya cantik. Jadi tidak hairanlah kalau Aishwarya Rai dan Bachan memilih Venice sebagai tempat honeymoon.

Kalau tak silap selepas mereka pergi kami pun kesana. Kesana tahun summer 2007

Flashback: Kota London


14-16 March 2009.
Kunjungan singkat 3 hari ke Kota London, adalah untuk membawa Cik Yah makan angin ke europe dan menghabiskan sisa-sisa point Enrich sebelum tamat tempoh. (tiket free nie sebenarnya)..TQ to Enrich program..
5 bulan yang lalu kawan ke kota ini berseorangan setelah puas bertegang urat dengan my German business counterpart. Dah pasti nak dapatkan discount lebih dan barang yang berquality.Release tension disini..
But this time is not business trip, just spend more time visiting palace, museum, tourist places and window shopping in Harrods and Oxford street.Kawan lebih teruja untuk ke Spain kerana tidak pernah berkunjung kesana.

Flashback: Madrid and Metropulus


16-17.March.2009 Ingat tak cerita Cicak man. Negeri Prof Klon ialah Metropulus. Tapi nie kawan bergambar depan Madrid metropolis -adik beradik metropulus lah tu.
Well, talking about Spain, I plan to visit Bercelona and Zaragoza in near future. Barcelona has complete package in term of tourist attraction.
Meantime I shall brush up my spanish skill and it should start with
Me illamo Rashid - My name is Rashid.
Gracias -Thank you
Adios -Bye

Flashback: Frankfurt Book Fair


16.October 2008,

Tertarik dengan paparan majalah 3, 1. Nov.2008 dengan edisi khas dato' Lat membawa nama malaysia ke Pesta buku Frankfurt. Tahniah kepada Dato' Lat.

Saya berkesempatan bermalam di Frankfurt dan pergi ke pesta tersebut sebelum penerbangan pulang ke tanahair.Pesta buku terbesar di dunia di kota Frankfurt ini adalah meeting place untuk peniaga buku untuk berdagang /membida /mendapat hak cipta /menterjemah dan menerbitkan buku.

Sempat juga saya berdiskusi tentang pesta buku dan budaya membaca dengan Ahmad Saeed dari Pakistan di hotel penginapan. Hotel letaknya kira-kira 500 meter dari tapak pesta dan berhampiran dengan Stesen Keretapi. Beliau adalah pewaris syarikat penerbitan kepunyaan ayahandanya.Bisa layari web beliau di http://www.saeedbookbank.com/

Warna warni kampung


Bersarapan di Kluang Rail Coffee










Cik Yah bersama Hj dan Hjh di Butik Pengantin mereka

17.May.2009

Walaupun lepak seharian sebelumnya di Lumut Power Plant, tapi kerana beberapa perkara, kami sekeluarga bergegas pulang kekampung.

Pertamanya untuk melihat orang tua, ambil gambar di Cameron dan anak tetangga bernikah. Perjalanan selepas subuh menyusuri PLUS highway sudah pasti terasa laju. Sarapan pagi di Kluang Train Station. Sudah pasti orang beratur menunggu giliran. Syukur, orang tua kawan pulang juga kerumah jadi tak perlu kedusun untuk bertanya khabar. Selepas makan nasi minyak, sekeluarga ke butik pengantin Hj. Din untuk mengambil gambar kami di Cameron Highland bulan sudah.

Malam selepas maghrib, kami menyusur laju pulang ke Putrajaya. Terima kasih untuk Cik Yah kerana bawak van putih ni dari Ayer Keroh. Tak tahan mata kerana tidur malam sebelumnya hanyalah 3 jam..

Transformer Failure Investigation


16.May.2009
Well, back to my business world. As usual, if there any tripping of Power Transformer or transformer needs service, we are among very few company in Malaysia will be contacted by end user or Electrical contractor.. Alhamdullilah.

Of course we have equipment and expertise in High Voltage Engineering particularly in Transformer field. I myself has been involved in this line more than 11 years. Tapi belum boleh buat sambil pejam mata.. haa..ha..

On 16.May, our company has been contacted directly by IPP/ Malakoff to carry out investigation on transformer failure particularly on On Load Tap Changer.

Travel from Putrajaya early morning and return back in mid night. The report has been sent to Engineer Incharge this evening...Not bad Rashid.. Keep up your good work..

3 stooges


Lihatlah betapa cerianya mereka. Sentiasa kawan doakan agar mereka menjadi penyejuk mata,penyenang hati..

Robbana Hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun, waj a'lna lil muttaqina imama

Ya Allah, jadikanlah pasangan kami dan zuriat kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin orang yang bertakwa.

Muadz..


Tanggal 26.April yang lalu kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Cameron untuk sessi pengambaran keluarga.
Check it out.. Terima kasih kepada Hj.Din dan Hjh Izan memberikan album gambar percuma ini.

Friday, May 15, 2009

Hanya Aku dan Eiffel Tower

Kunjungan singkat ke Paris tanggal 18.March. Kenangan kunjungan 11 tahun yang lalu masih segar di ingatan. Di sini jugalah kawan berdiri.Juga keseorangan.. Ha..haa.. Paris tak banyak yang berubah. Cumanya, generasi muda mereka lebih mudah berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Tak sempat nak shopping di Galeries Lafayette Haussmann Paris. Bila kami sampai, kedai dah nak tutup. Mungkin ada masa ke Milan sahaja nampaknya tahun akan datang.