Wednesday, May 20, 2009

Perak.. Tempoyak yang kering

Suasana politik di Negeri Tempoyak ni tak sudah-sudah.. Sebagai seorang kaki business, kawan lihat benda-denda nie tak patut berlarutan panjang sangat. Ini tidak bagus untuk pelaburan dan hala tuju negeri.Ramai rakan-rakan lain bimbang untuk buat projek disini. Nasib baik Power Plant di Lumut under IPP. Kalau State gov. parah gak. Semua aktor yang terlibat cerdik pandai belaka. Dr. Zambry lulusan Phd dari Temple University. Hj Nizar adalah Jurutera perunding lulusan Aston University Birmingham, England dan Raja Nazrin kelulusan Phd dari Havard University. Hebat bukan.. takde pun from local U.
Tapi adakah kerana kekurangan ketakwaan kepada yang Esa menjadikan mereka begini.. Wallahualam..Perlu diingatkan bahawa kuasa, kekayaan, kesihatan, anak adalah kurniaan Allah. Dia berhak menarik kembali dari gengaman kita sebagai tanda amaran dan ujian.
Sudah pasti sebagai seorang politikus mereka akan berlawan selagi ada ruang dan peluang.
Harapan kawan, selesaikan secepat mungkin. Tak guna sijil berjela tapi tak boleh buat keputusan..This is just matter Ok or not ok to dissolve the Perak assembly. Since the ball in Sultan court, patik yang hina ni syorkan Tuanku solat istikarahlah bebanyak,bukan dengar khabar dari kaki bodek yang melepak di kaki istana..

No comments:

Post a Comment