Tuesday, May 19, 2009

Warna warni kampung


Bersarapan di Kluang Rail Coffee










Cik Yah bersama Hj dan Hjh di Butik Pengantin mereka

17.May.2009

Walaupun lepak seharian sebelumnya di Lumut Power Plant, tapi kerana beberapa perkara, kami sekeluarga bergegas pulang kekampung.

Pertamanya untuk melihat orang tua, ambil gambar di Cameron dan anak tetangga bernikah. Perjalanan selepas subuh menyusuri PLUS highway sudah pasti terasa laju. Sarapan pagi di Kluang Train Station. Sudah pasti orang beratur menunggu giliran. Syukur, orang tua kawan pulang juga kerumah jadi tak perlu kedusun untuk bertanya khabar. Selepas makan nasi minyak, sekeluarga ke butik pengantin Hj. Din untuk mengambil gambar kami di Cameron Highland bulan sudah.

Malam selepas maghrib, kami menyusur laju pulang ke Putrajaya. Terima kasih untuk Cik Yah kerana bawak van putih ni dari Ayer Keroh. Tak tahan mata kerana tidur malam sebelumnya hanyalah 3 jam..

No comments:

Post a Comment