Tuesday, May 19, 2009

Kenangan Haji...Re-union

Persidangan haji2 di bawah pokok. Boleh sah ke?. Dont worry kita ada Tn.Hj. Abdullah (duduk celah pokok - Senior Lawyer/owner from Wrigglesworth & Co. He is one of two Notaries Public in Kelantan. (Pangkat atas dari Pesuruhjaya Sumpah)

Persidangan nie boleh sah kot.. kerana kita ada Dato' Zainuddin - former Chairman Putrajaya Holding, and currently Technical Advisor Iskandar Malaysia.I heard from somebody.

Tanggal 25.04.09- kami adakan "so-called" re-union Haji di rumah Tn. Hj Zamani. Ramailah Pak-pak dan mak-mak haji yang turun dari merata Malaya. Basically, kami semua memenuhi undangan kahwin anak perempuan Tn. Hj Zamani yang tinggal di Dengkil. Kesempatan ini kawan ambil untuk berjumpa kawan-kawan yang tinggal bersama, makan bersama, solat bersama, jalan bersama hampir 40 hari di Makkah dan Madinah.
Terasa seronok gak dapat jumpa rakan yang rata-rata lebih berusia dari kawan dan Hj. Din. Tapi nie tidak membatas pergaulan kami semua. Respek tu perlu ada.Tidak putus-putus permintaan memperlawa kami kerumah mereka.
Insya-allah ada kesempatan masa, kawan akan kesana...

No comments:

Post a Comment