Tuesday, May 19, 2009

Flashback Selamat Datang.. Bapak2, Ibu2... ke Sumatera

Feb 2008,
Kunjungan ke Sumatera melengkapkan keseluruhan pulau besar di Indonesia yang pernah kawan kunjungi. Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi melalui jalan udara, hanya kalimantan melalui Sarawak. Beberapa tahun dahulu (tahun 2000) kawan sudah merentas kepulauan Jawa. Di waktu lain kawan berkesempatan melihat pulau Krakatau dan singgah di Anyer/ Merak (feri ke kepulauan Sumatera). (ingat tak lagu bagai anyer dan Jakarta).. dari penghujung bahagian Barat hingga ke Bayuwangi di bahagian Timur(tempat feri ke Bali) telah kawan jajahi. Atas dasar kerja dapatlah kawan keserata pelusuk kepulauan Jawa untuk kerja maintenance di PLN (macam TNB di Malaysia).
Kunjungan sebagai wisata (pelancong) adalah berbeza. Kawan teringat, melalui immigration di Padang, pegawai confuse kerana melihat banyak Visa Kerja dipassport kawan. Mungkin juga dia ingat kawan ni VVIP dr Malaysia kot..Ha..haa....Untuk maklumat, kalau tujuan kerja, rakyat Malaysia perlukan visa. Janganlah jadi 2 org auditor/accountant kita yang ditangkap di PT INCO Sulawesi.. Waktu tu kawan juga berada disana tapi Pak Polisi ingat kawan ni orang Indon.. haa.. terlepas gue dari tido dalam lokap..Kawan tak fikir Pak Polisi melihat warna kulit, Satu lagi advantagenya kawan bisa bertutur bahasa Indonesia dengan fasihnya..Ha..haa..
Ini buktinya
September 22, 2005..Bernama..
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang berusaha membebaskan dua akauntan Malaysia termasuk seorang wanita, yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah berbincang dengan pegawai kedutaan Malaysia di Indonesia bagi membantu membebaskan dua akauntan dari firma perunding perakaunan KPMG itu.
Beliau mengulas kes dua rakyat Malaysia, Choo Yao Chin, 24, dan Raimala Sivalingam, 29, yang ditahan di republik itu sejak 17 Ogos lalu.
Mereka mempunyai urusan dengan syarikat perlombongan, PT International Nickel Indonesia (Inco) di Sorowaka, Makasar.
Selepas 20 hari di sana, mereka ditahan Polis Daerah Sulawesi Selatan (Polda SulSel) atas alasan tidak mempunyai visa kerja.
Choo kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Makassar, manakala Raimala di sebuah hospital kerana tiada penjara wanita di situ.
elmarin, KPMG meminta kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia membebaskan dua akauntan itu.

No comments:

Post a Comment