Saturday, February 26, 2011

Selepas Tahajjud Menungu Subuh

Dah lama rasanya tak dapat kesempatan ini.. dah 3 minggu. Penat kerja baru nak hilang.. keluarkan segala tekanan kerja.Dapat tahajjud nie baru syok sikit diri ini. Motivasi pun lebih..

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.

Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

“Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “

Selepas memberi salam ucaplah doa :
” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Selamat beramal...Dah subuh.. gua cau dulu..

Thursday, February 24, 2011

kemana arahnya Anpec

Mingu-mingu nie Anpec mengalami kesibukan melampau tahap gaban..
1 team kat stesen janakuasa Temenggor
1 team ikut aku ke MCB Taiping Perak
1 team gi PMU Telok Kalong
1 team kat PMU Pandan
Nasib baik 1 team lagi tak jadi gi Jalan Gopeng Perak.
Kalau tidak semua tak tido...
Nie tak dicampur dengan kerja pengurusan yang wajib aku jalankan..
alhamdulillah..ini adalah rezeki dari yang Esa..
aku dah booking flight gi munich germany bulan march tapi nampak gayanya
terpaksa postpone kerana Dilo tak cukup korum..
Indonesia kena pergi juga bulan 3 nie, tapi takde tarikh yang sesuai.
Kena meeting dengan Hyundai Power Malaysia untuk future project..so boleh aku slotkan dengan Terman project sekali untuk presentation kepada TNB.. Bila nak jumpa Fahri?.
Semua orang tak ada kesempatan..
Tapi aku perlu rebut peluang ini sblm terbang dibawa angin...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul



Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.
Surah Al-Ahzab :ayat 56.

Semoga kita semua mendapat syafaat kelak di akhirat... dan doakan kami sekeluarga mendapat syafaat dari baginda walaupun nama kami ini adalah nama yang terakhir..

Wednesday, February 9, 2011

Pelaburan 2011

Tahun nie, aku membuat pelaburan yang sedikit besar


1) human capital - tengah mempelajari cara terbaik untuk memberi anak buah aku happy untuk bekerja dengan company aku nie. kerja untuk anpec bermaksud kerja untuk aku.. hahaha.. bila diaorg rajin kerja. aku boleh lah bermalas2san..tapi yang penting niat aku supaya aku jadi lebih insaf dan ikhlas atas titik peluh pekerja2 aku tu. aku perlu berikan ganjaran yang setimpal. tanggungjawab sosial aku ni lah yang aku titik beratkan. - atas dasar itu bulan 3 cuti sekolah nie aku bawak mereka makan angin di Ho Chi Min City Vietnam. Company sponsor - diaorg bawak badan dan duit belanja sendiri aje.


2) Tahun nie lori kren aku dah keluar. Beso.. 24000 kg (24 tan). Aku ambik seorg driver full time. Harga lori hampir 300K. Alhamdulillah.. sejak lori keluar hingga sekarang belum stop lagi. Hatta raya cine pun kita bantai jalan..Sapa nak sewa angkat barang sila lah call saya.. tolong2lah melayu business.. (ayat skema)

Nie lah lori aku yang paling latest... 2 lagi yang kecil 3 dan 5 tan.

3) Indonesia Market - sedang aktif.. Thn nie Indon ni jadi negara paling membangun di Asia Tenggara dengan target 7% pembangunan. Kerja aku perlu diteruskan. Tapi yang masalahnya 1 projek kecik 50 company masuk tender. Aku sebagai agent utk beberapa negara asia nie yg diaorg cari dan kena buat quotation kat mamat2 50 company nie.. Lambat reply, dia call. tak jawab dia call prinsipal aku kat Italy. Lepas tu aku kena taruk.. Loteh den..tapi yang penting masyuuuuk..

4) Philippine Market - aku ingat aku nak beli property kat Makati. Dah servey harga oklah mcm msia.. boleh buat port utk SOHO (small office Home office) aku kat sana.


5)Jimat cermat.. Oleh kerana overhead dah melambung tinggi. aku kena tighten my belt. No shopping kat LV, Prada Gucci Hugo Boss dan Raoul. KLCC, Pavilion, Plaza Indonesia, Senayan, Surabaya Plaza, Orchard, Sukumvit perlu dijauhkan.. Milan, Paris, Oxford Street London Madrid Munich perlu dielakkan, kereta mewah, tak mewah maintain apa yg ada dulu. Sebagai permulaan- aku dah apply diesel subsidi.. hahahaha... mana tak org kaya bertambah kaya.macam macam jalan dia tahu..setakat nie aku berjaya dapatkan 3000 liter diesel bersubsidi sebulan. so penjimatan sebanyak rm960 sebulan untuk petrol. duit nie akan aku bayar expenses office. so jadinya macam aku nie duduk free aje kat opis.. mcm nie lah business otak kena ligat macam gasing..baru masyuuuk..

Adios

lama tak update

lama tak update blog ni. kesibukan melampau..
sebenarnya aku lupa password dan tak tahu camna nak recover password nie.
baru hari ni cuba dan dapat