Sunday, August 30, 2009

Kenapa Provoke Hindu dengan kepala lembu....?


Jumaat lepas kawan baca Malaysian Insider. Terkejut gak mamat mamat Melayu nie habis sembahyang Jumaat bawak kepala lembu utk demo membantah pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam. Bukankah lembu itu tuhan bagi orang yang beragama Hindu.
Kenapa nak provoke agama orang lain sampai menghina sembahan mereka.
Kawan takut penganut Hindu akan membalas dengan menghina tuhan kita pula. Firman Allah dalam surah Al-An'aam (Binatang Ternak) ayat 108: Maksudnya : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.
Kawan tak berminat sangat dengan aksi extrem macam ni walaupun kawan pun suka demo2 nie. Banyak cara yang lebih bertamaddun lagi afdal dari membawa kepala lembu semasa demo. Kuil kat Shah Alam nie sebelum merdeka dah ada. Al-maklum kat situ semua estate sebelum naiknya seksyen2 nie.

No comments:

Post a Comment