Monday, June 8, 2009

Gayat dan teruja..



Isnin 08.06 - Tepat jam 12 kawan sudah berada di perkarangan Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Di Kapar Selangor. Stesen ini merupakan stesen utama dilembah Klang. kalau trip beberapa buah negeri takde elektrik. Syarikat kawan ditugaskan untuk menyeleggara dan menapis insulation oil di bahagian jeti tempat loading arang batu jauh ditengah laut. Lori kawan yang comel ni aje yang boleh masuk. Jalan cuma sehala...
Ada beberapa fasa di stesen ini menggunakan arang batu. Bagi mengawal abu dan debu asap berterbangan di Atmosfera, penerima elektrostatik digunakan bagi memerangkap 99 % asap dan debu yang berterbangan.Cerobong setinggi 175 meter dibina yang menepati piawaian WHO. Ini kerana stesen kuasa ini terletak di dalam laluan perjalanan burung yang berhijrah dari Hemisfera Utara ke selatan di musim dingin...Itulah adanya...

No comments:

Post a Comment