Wednesday, June 10, 2009

Unity Govt or 2 party system? The choice is yours

Sepanjang minggu ni selepas muktamar Pas di Shah Alam, kecoh satu Malaya pasal Kerajaan Perpaduan. Idea ni datang daripada Presiden Pas TGHH. Dulu tak jadi tapi sebab Nasharuddin menang, idea ni jadi balik.
Pada kawan ini semua takde hasilnya kerajaan perpaduan ni. Kawan tak boleh terima idea separuh masak camni. Suruh pemimpin tersebut perincikan tak tahu dan tak boleh jawab.
Pada kawan buat apa nak berbaik dengan UMNO,walaupun mereka ini satu akidah dengan kawan, matlamat dan landasan kehidupan mereka kadang-kadang berbeza. Tak usahlah habihkan beras dan air lior tuan guru. Perkasakan jemaah adalah kerja yang lebih aula. Sudah pasti kawan sokong Nik Aziz yang tak berkenan dengan idea tu. Kawan bukan ahli pas, tapi kawan tertarik dengan ucapan Ir. Khalid Samad yang membawa peristiwa peperangan Sifin sebagai peringatan dimana tentera Syaidina Ali diperdaya oleh tentera Muawiyah Abi Sufyan yang meletakkan al-Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas hampir kalah. UMNO belajar dari Muawiyah ini untuk bagi orang keliru dan confuse

No comments:

Post a Comment