Tuesday, June 16, 2009

Percutian Cuti sekolah 11 June



Tanggal 11 June- dikesempatan yang ada kawan membawa family bercuti di Melaka. Tujuan memberi pendedahan awal kepada anak kawan yang sulong tentang negeri bersejarah ini. Apatah lagi Bandar Melaka ini adalah Unesco Heritage site yang berkembar dengan Georgetown. Kawan juga teruja, mungkin lepas ni kawan sekeluarga akan ke Penang untuk menikmati keindahan bumi Malaya ini. Hotel penginapan di Mahkota Hotel memudahkan perjalanan kami di Bandar Hilir. Sebenarnya hanya walking distance ke Melaka shopping mall dan A'Famosa dan Eye on Malaysia. Tapi tak daya den nak jalan kaki..Seharian disini menyeronokkan tapi cuaca sekarang ni boleh tahan panasnya..Semasa check in bersembang jap dengan En. Ariff Azami seorang Pemilik firma Guaman di Puchong Selangor. Beliau ke Melaka juga untuk bercuti bersama keluarga. Mereka akan naik Cruise sungai Melaka untuk melihat matahari terbenam. Kawan tak cruise kat sini sebab cruise kat tasik putrajaya yang free pun kita tak sempat nak ikut. 1 hari kawan akan naik juga sebab Captain Ramli jiran depan rumah yang bawa bot cruise putrajaya baik orangnya.Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

No comments:

Post a Comment