Thursday, July 9, 2009

Berita Gumbira.. PPMSI dimansuhkan

Tak sia-sia semua Sasterawan Negara membantah. Paling vokal Pak Samad Janggut.Kawan secara umumnya bersetuju dengan pemansuhan ini. Pada kawan math dan sains bukanlah cara terbaik untuk diajar dalam bahasa yang ramai kanak2 tak faham- termasuklah anak kawan. Habis masa budak2 aje. Kawan confirm cikgu math kat negara pun bukan pandai sangat speaking. Biasalah orang kita/melayu takut cakap kerana takut salah...
Cara terbaik adalah betulkan pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri.Kawan pun dulu taklah pandai. Tapi sekarang bolehlah ada slang mat salleh dari UK (ulu klang) kalau cakap...boleh lah lepas gi europe tanpa masalah..
Ramai yang mempertahankan PPMSI ni dulu dengan mengambil contoh di Philippine. Mungkin kerana Filipino ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Pada kawan, Philippine bukan contoh terbaik-kerana berdasar pergaulan dengan rakan-rakan dari sana ramai yang cakap inggeris asal cakap..kita boleh nampak lintang pukang bahasanya kenalah Pak Menteri kita ni study balik kenapa warga German yang dulu agak malu sekarang ni semakin ok samada dari segi tulisan atau percakapan inggerisnya.

No comments:

Post a Comment