Friday, July 24, 2009

Terima kasih kerana sudi datang..


Cik Lah (Hj.Abdullah) Hj.Din dan Hjh Izan bertandang kerumah kawan pada 20hb hingga ke 22hb. Hj. Lah terbang semula ke Kota Bharu pada malam 21hb.
Kedatangan Hj.Lah adalah atas urusan perbicaraan di Mahkamah Rayuan. Hj.Din menyusul setelah mengetahui beliau ada di Putrajaya.
Kesudian mereka bertiga bertandang kerumah amat kawan hargai. Inilah berkat dari haji pada penghujung 2007. Sampai sekarang kami masih berkawan baik.

Oleh kerana rakan-rakan kami nie terdiri daripada pelbagai latar belakang, sebelah petang sebelum kedatangan Hj. Din, Hj.Lah dan kawan bersama rakan beliau En. Roslan Jailani -seorang Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan di MITI berdiskusi berkenaan tesis PhD beliau berkaitan Ulama Nusantara-Syeikh Nuruddin ar-Raniri - seorang ulama Fikah terkenal di Acheh selepas Hamzah Fansuri. Menceritakan masa lapang yang beliau habiskan semasa cuti PhD selama 3 tahun ni, dengan berbincang, berusrah dan diskusi bersama teman lain - membuatkan kawan tertanya dalam hati, alangkah baiknya kalau masa lapang aku pun dihabiskan seperti dia.


Tapi apakan daya masa lapang kami yang lain dipenuhi dengan sembang santai di Starbuck Alamanda, Kelab Tasik dan Taman Pertanian.

Kawan sangat teringin ke KB tapi apakan daya masa yang terluang masih tiada.Kalau ada rayuan di Mahkamah Persekutuan jangan lupa singgah2lah kesini.
Kirim salam pada Cik Ani tu... Ha...hha

No comments:

Post a Comment