Sunday, September 13, 2009

Ramadhan semakin menipis..

I..
Ramadhan makin menipis. Hanya tinggal berbaki 7 hari. Bagaimanapun, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Di dalamnya ada malam agung yang paling istimewa; beribadat pada malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau 83 tahun, satu tempoh melebihi usia kebanyakan manusia zaman ini. Berusahalah kita mencari malam penuh keberkatan itu. Ya, masih belum terlewat ...
II..
Cik Yah dah beli baju raya anak-anak semalam di Jusco. Banyak dapat angpau kosong..Maksudnya bayar berbelanja dan membeli belah (pinjam kata Mizan)
III..
Mizan dah tunjukkan result Exam dia. Exam dijalankan sebelum cuti sekolah hari tu.. Kawan rasa Alhamdullilah syukur. Sekarang banyak bahasa Melayu standard yang beliau gunakan sebagai pertuturan harian. Harap2 jangan lah bahasa sms yang digunakan nanti. Kadang2 tergelak jugak kerana bahasa dia tak macam bahasa johor Kawan yang kekampungan.
IV.
Toy baru kawan (Lexus baru) insya-allah akan dapat pada hari isnin. kemungkinan besar bolehlah dibawa balik ke Johor. Alfonso tu Cik Lee boleh drive dengan anak2 kawan yang 3 stooges tu.
V.
Cadangan untuk menghantar Mizan menghadiri kelas Math kaedah Mokhdar pada percutian hujung tahun nie. Mungkin start November. Kem selama 8 hari. Harapan kawan apabila dia masuk darjah dua,math. arimetic. dan sifir menjadi 'Kacang'.
VI.
Umrah dan ziarah. Perancangannya penghujung tahun nie. Rakan director kawan (zam) merancang kesana. Kawan ingin mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Istanbul atau Mesir sekali kot..
Salam

No comments:

Post a Comment